>المصدر<
الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
04 - 07 - 1432 هـ
06 - 06 - 2011 مـ
04:06 صباحاً
ـــــــــــــــــــــــ
ردّ الإمام على السائل عن بيان سورة الفلق..
Jawaban Imam untuk orang yang bertanya mengenai bayan Surah Al-Falaq..
بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على جدي محمد وآله الأطهار وجميع المُسلمين إلى يوم الدين..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas nendaku Muhammad Rasulullah dan keluarganya yang suci, serta seluruh kaum muslimin hingga Hari Pembalasan..
سلامُ الله عليكم أيها السائل عن بيان سورة الفلق، وإليك بيانها بالحقِّ كما يلي:
{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ(1)}
فما يقصد بالفلق؟ والجواب تجده في قول الله تعالى:
{فَالِقُ الإِصْبَاحِ} [الأنعام:96].
إذاً المقصود بقول الله تعالى: {قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ} أي قل أعوذُ بربّ الصباح من شرّ خلقه أجمعين، فذلك هو المقصود من قوله تعالى: {قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ﴿١﴾ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ﴿٢﴾} [الفلق].
Salam sejahtera ke atas kalian wahai yang bertanya mengenai bayan Surah Al-Falaq, untukmu bayannya dengan kebenaran seperti berikut:
{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ(1)}
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai Al-Falaq –subuh- (1)
Apakah yang dimaksudkan dengan Al-Falaq?
Jawabannya engkau temukan pada firman Allah Ta'ala:
فَالِقُ ٱلۡإِصۡبَاحِ
Dia menyingsingkan pagi
[Al-An'aam]
Jadi, yang dimaksudkan dengan firman Allah Ta'ala:
{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ(1)}
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai Al-Falaq –subuh- (1)
Yakni, Katakanlah aku berlindung kepada Tuhan Yang Maha Menguasai Subuh dari seluruh kejahatan makhluk-Nya, demikian itulah maksud dari firman Allah Ta'ala:
{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ﴿١﴾ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ﴿٢﴾}
Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh, (1) dari kejahatan makhluk-Nya, (2)
[Al-Falaq]
وأما قول الله تعالى: {وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ(3)} فما هو الغسق؟ وذلك ميقات معلوم وهو غسق الليل. وقال الله تعالى: {أَقِمِ الصَّلاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ} [الإسراء:78]. ألا وإن الغاسق أي السارب بالليل وهو نوع من الشياطين ويسمى "العارض" يظهر لبعض الناس فيخيفهم، وقد يلتبس الخائف إذا لم يتعوذ بالله كما علّمه من شر غاسق إذا وقب.
Adapun firman Allah Ta'ala:
وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (٣)
dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, (3)
Apa pula Al-Ghasaq? Demikian itu adalah waktu yang tertentu dan ianya adalah waktu gelap malam. Allah Ta'ala berfirman:
: {أَقِمِ الصَّلاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَى غَسَقِ اللَّيْلِ}
Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam
[Al-Israa]
Ketahuilah bahawa Al-Ghaasiq adalah As-Saarib, yakni yang berjalan di waktu malam, ia adalah sejenis syaitan, ia dinamakan "Al-'Aaridl"-yang menghalangi, merintangi-, yang menampakkan diri kepada sebahagian manusia untuk mengganggu dan menakut-nakutkan manusia.
Terkadang orang yang penakut jadi kacau, tidak jelas dan diselubungi ketakutan jika dia tidak mohon perlindungan kepada Allah sepertimana yang diajarkan-Nya, untuk memohon perlindungan hanya kepada-Nya dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita.
وأما قول الله تعالى: {وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ(4)} فتلك الساحرات الماكرات. ويعملُ العقد السحرية المشعوذون للناس، ومن فعل ذلك فإنه من أولياء الشياطين، ونعوذ بالله من شرّ سحرهم وجميع مكرهم إن ربّي سميع الدعاء.
Adapun firman Allah Ta'ala:
{وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ(4)}
dan dari kejahatan para tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, (4)
Maka yang demikian itu adalah tukang-tukang sihir yang melakukan makar tipu daya. Para ahli sihir dan tukang jampi itu membuat buhul-buhul sihir untuk menyihir manusia.
Barangsiapa yang melakukan demikian, maka dia termasuk wali-wali syaitan, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan sihir mereka dan dari seluruh makar tipudaya mereka, sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengarkan doa hamba-Nya.
وأما قول الله تعالى: {وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ(5)} فذلك التعويذ يخصّ اتّقاء شرّ أعين الحاسدين الذين هم يصيبون الناس بأعينهم عمداً حسداً من عند أنفسهم إلا من تعوذ بالله من شر حسدهم وإلى الله ترجع الأمور، ولذلك وجب على من أُعجب بشيء أن يقول ما شاء الله تبارك اسم الله حتى لا يضرّ أخيه أو يضرّ مال أخيه، فانظروا لقول الرجل: {وَلَولا إِذ دَخَلتَ جَنَّتَكَ قُلتَ ما شاءَ اللَّهُ} صدق الله العظيم [الكهف:39]. إذاً الإنسان حين يعجب بالشيء فوجب عليه أن يقول: "ما شاء الله" حتى لا يكون من الحاسدين للنعمة على الآخرين.
Adapun firman Allah Ta'ala:
{وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ(5)}
dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki". (5)
Maka yang demikian adalah memohon perlindungan secara khusus buat mencegah dan menghindari kejahatan mata-mata penghasad, orang-orang yang sengaja menujukan pandangan mata mereka pada manusia dengan pandangan mata penuh hasad dengki yang datang dari diri mereka sendiri, kecuali terhadap mereka yang berlindung kepada Allah dari kejahatan hasad dengki mereka, hanya kepada Allah tempat kembali segala urusan.
Oleh kerana itu wajib bagi orang yang merasa takjub dan kagum terhadap sesuatu, agar mengucapkan Masyaa Allaah -sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud- Maha Suci Seluruh Asma-Nya, supaya orang yang mengucapkannya tidak tertimpa mudharat pada dirinya atau hartanya.
Perhatikanlah oleh kalian akan ucapan sang lelaki:
{وَلَولا إِذ دَخَلتَ جَنَّتَكَ قُلتَ ما شاءَ اللَّهُ}
Dan mengapa kamu tidak mengucapkan tatkala kamu memasuki kebunmu "MAA SYAA ALLAH -sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud-
Maha Benar Allah
[Al-Kahfi]
Jika demikian, bilamana seseorang manusia itu merasa takjub dan kagum terhadap sesuatu, maka hendaklah dia mengatakan Maa Syaa Allah -sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud-, supaya dia tidak termasuk kalangan penghasad yang berhasad dengki terhadap nikmat yang ada pada orang lain.
وسلامٌ على المرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين..
أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.
Salam ke atas para Rasul dan segala pujian
hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
Saudara kalian, Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani
ــــــــــــــــــــ
sumber:
https://mahdialumma.net/showthread.php?t=3610