وسأل سائل فقال: فكيف لنا أن نعرف أن أحاديث رسول الله عليه وآله الصلاة والسلام صحيحة؟ وكيف نقيس ذلك؟
وأجاب الذي عنده عِلم الكتاب فقال:
Pertanyaan: Bagaimana kami dapat mengetahui hadits-hadits Rasulullah SAW yang shahih? Bagaimana kami dapat membezakan yang demikian
?
بسم الله الرحمن الرحيم
أضرب لكم على ذلك مثلاً في قول الله تعالى:
{وَيَقُولُونَ طَاعَةٌ فَإِذَا بَرَزُوا مِنْ عِندِكَ بَيَّتَ طَائِفَةٌ مِّنْهُمْ غَيْرَ الَّذِي تَقُولُ ۖ وَاللَّهُ يَكْتُبُ مَا يُبَيِّتُونَ ۖ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا ﴿٨١﴾ أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا ﴿٨٢﴾}
صدق الله العظيم, [النساء]
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Aku akan buatkan permisalan untuk kalian terhadap yang demikian ini pada firman Allah SWT:
Dan mereka [orang-orang munafik] mengatakan: "[Kewajiban kami hanyalah] ta’at". Tetapi apabila mereka telah pergi dari sisimu, sebahagian dari mereka mengatur siasat di malam hari [mengambil keputusan] lain dari yang telah engkau katakan. Allah menulis siasat yang mereka atur di malam hari itu, maka berpalinglah kamu dari mereka dan tawakkallah kepada Allah. Cukuplah Allah menjadi Pelindung. (81)
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur’an? Kalau kiranya Al Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. (82)
Maha Benar Allah
(An-Nisa)
فإذا قام أحد المُفسرين بأخذ الآية رقم (82) قول الله تعالى:
{أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا ﴿٨٢﴾}
صدق الله العظيم
Apabila seorang penafsir membawa ayat 82 firman Allah SWT:
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur’an? Kalau kiranya Al Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. (82)
Maha Benar Allah
ثُمّ فسّرها وقال: "إن الله يُخاطب الكُفّار أن يتدبّروا القُرآن وأن لو كان من عند غير الله لوجدوا فيه اختلافاً كثيراً". ومن اطّلع على هذا التفسير فلن يشك مثقال ذرةً أنه غير صحيح برغم أنه تم تحريف كلام الله عن موضعه المقصود.! وذلك لأن الله لا يُخاطب الكُفّار في هذا الموضع بل يُخاطب عُلماء المُسلمين بأنهم إذا أرادوا أن يكشفوا الأحاديث النبوية التي من عند غير الله افتراءً على رسوله بأن عليهم أن يتدبّروا القُرآن ليقوموا بالمُطابقة للأحاديث الواردة مع مُحكم القُرآن العظيم وعلّمهم الله بأن ما كان من الأحاديث النبوية من عند غير الله فسوف يجدوا بينهُنّ وبين مُحكم القُرآن العظيم اختلافاً كثيراً، وهذا دليل داحض للجدل بأن السُنة النبوية لا شك ولا ريب أنها حقاً جاءت من عند الله كما جاء القُرآن من عند الله، وإنما جعل مُحكم القُرآن هو المرجع لما اختلفتم فيه من الأحاديث النبوية وذلك لأنه محفوظٌ من التحريف، وأمّا السُنة فلم يعدكم الله بحفظها من التحريف، فإن كُنتم من أولوا الألباب تدبّروا الآيتين تجدوا ما جاء في بياني هذا هو الحق لا شك ولا ريب فتدبّروا يا أولوا الألباب قول الله تعالى:
{وَيَقُولُونَ طَاعَةٌ فَإِذَا بَرَزُوا مِنْ عِندِكَ بَيَّتَ طَائِفَةٌ مِّنْهُمْ غَيْرَ الَّذِي تَقُولُ ۖ وَاللَّهُ يَكْتُبُ مَا يُبَيِّتُونَ ۖ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا ﴿٨١﴾ أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا ﴿٨٢﴾}
صدق الله العظيم
Lalu dia menafsirkan ayat tersebut dengan berkata: “Sesungguhnya Allah menujukan firman-Nya ini kepada orang-orang kafir supaya mereka mentadabburi Al-Qur’an, dan sekiranya Al-Qur’an ini dari selain Allah, tentulah mereka akan mendapati padanya ada banyak pertentangan”.
Barangsiapa yang mengetahui tafsir ini, maka dia tidak akan ragu sedikitpun bahawa ianya tidak benar, meskipun telah selesai perubahan terhadap Kalamullah dari maksud sebenarnya! Demikian ini kerana Allah SWT tidak menujukan firman-Nya kepada orang-orang kafir dalam situasi ini, namun Allah SWT menujukannya kepada para ulama kaum muslimin.
Bahawasanya sekiranya mereka ingin untuk menyingkap dan menemukan hadits-hadits Nabawiyah yang datang dari selain Allah yang merupakan kebohongan terhadap Rasulullah, maka mereka perlu mentadabburi Al-Qur’an agar mereka dapat membuat penyesuaian dan mengenalpasti kesamaan bagi hadits-hadits yang diriwayatkan dengan Muhkam Al-Qur’an yang agung.
Allah SWT telah mengajarkan kepada mereka bahawa setiap hadits yang datang bukan dari Allah, maka kelak mereka akan mendapati adanya pertentangan dan perselisihan yang banyak di antara hadits-hadits itu dan Muhkam Al-Qur’an yang agung. Ini adalah bukti yang tak terbantahkan bahawasanya As-Sunnah An-Nabawiyah itu, tidak syak dan ragu lagi ianya benar-benar datang dari sisi Allah SWT sebagaimana Al-Qur’an yang juga datang dari sisi Allah SWT.
Sesungguhnya Allah SWT hanya menjadikan Muhkam Al-Qur’an sebagai batu-ujian yang menjadi rujukan utama bagi semua yang kalian perselisihkan dalam hadits-hadits Nabawiyah, dan demikian ini adalah kerana Al-Qur’an itu terpelihara dari perubahan. Adapun As-Sunnah, maka Allah SWT tidak menjanjikan kepada kalian untuk menjaganya dari perubahan.
Oleh itu, sekiranya kalian benar-benar kalangan Ulul-Albab, maka bertadabburlah terhadap dua ayat ini, kalian akan menemukan apa yang aku sampaikan pada bayanku ini adalah benar, tidak syak dan ragu lagi. Maka bertadabburlah terhadap firman Allah SWT ini, wahai orang-orang yang empunya akal fikiran:
Dan mereka [orang-orang munafik] mengatakan: "[Kewajiban kami hanyalah] ta’at". Tetapi apabila mereka telah pergi dari sisimu, sebahagian dari mereka mengatur siasat di malam hari [mengambil keputusan] lain dari yang telah engkau katakan. Allah menulis siasat yang mereka atur di malam hari itu, maka berpalinglah kamu dari mereka dan tawakkallah kepada Allah. Cukuplah Allah menjadi Pelindung. (81)
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur’an? Kalau kiranya Al Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. (82)
Maha Benar Allah
وفيهما يخبركم الله بأنها توجد طائفةٌ بين المُؤمنين جاءوا إلى مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم وأعلنوا بالطاعة وقالوا نشهد أن لا إله إلّا الله ونشهد أن مُحمداً رسول الله كذباً.! وإنما يريدوا أن يكونوا من صحابة رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم ظاهر الأمر ليكونوا من رواة الحديث فيصدّوا عن سبيل الله بأحاديث لم يقولها عليه الصلاة والسلام.! وقال الله تعالى:
{إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ ﴿١﴾ اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿٢﴾}
صدق الله العظيم, [المُنافقون]
Pada dua ayat ini Allah SWT memberitahukan kalian, bahawasanya terdapat segolongan di antara orang-orang beriman yang datang kepada Muhammad Rasulullah SAW, lalu mereka menyatakan ketaatan dengan bersaksi ‘Tiada tuhan selain Allah’ dan ‘Muhammad adalah utusan Allah’ dengan kesaksian dusta
!
Sesungguhnya mereka hanya mahu menjadi termasuk kalangan sahabat Rasulullah SAW secara zahir sahaja, agar mereka kelak termasuk orang-orang yang meriwayatkan hadits, maka mereka dapat menghalang-halangi manusia dari jalan Allah dengan menggunakan hadits-hadits yang tidak diucapkan oleh Nabi SAW
!
Firman Allah SWT:
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah". Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta. (1)
Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi [manusia] dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan. (2)
Maha Benar Allah yang Maha Agung
(Al-Munaafiqun)
ومن ثُمّ بيّن الله لكم مكرهم والمقصود من قوله:
{فَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ}
Kemudian Allah SWT juga telah menjelaskan bagi kalian mengenai makar tipudaya mereka, dan maksud dari firman-Nya SWT:
lalu mereka menghalangi [manusia] dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan. (2)
وعلّمكم أنهم لم يصدّوا عن الحق بالسيف بل بأحاديث غير التي يقولها عليه الصلاة والسلام في السُنة النبوية. وقال الله تعالى:
{وَيَقُولُونَ طَاعَةٌ فَإِذَا بَرَزُوا مِنْ عِندِكَ بَيَّتَ طَائِفَةٌ مِّنْهُمْ غَيْرَ الَّذِي تَقُولُ ۖ وَاللَّهُ يَكْتُبُ مَا يُبَيِّتُونَ ۖ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا ﴿٨١﴾ أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا ﴿٨٢﴾}
صدق الله العظيم
Allah SWT juga telah mengajarkan kepada kalian bahawa mereka tidak menghalang-halangi manusia dari jalan Allah dengan menggunakan pedang, namun dengan hadits-hadits yang tidak diucapkan oleh Nabi SAW di dalam Sunnah Nabawiyah.
Firman Allah SWT:
Dan mereka [orang-orang munafik] mengatakan: "[Kewajiban kami hanyalah] ta’at". Tetapi apabila mereka telah pergi dari sisimu, sebahagian dari mereka mengatur siasat di malam hari [mengambil keputusan] lain dari yang telah engkau katakan. Allah menulis siasat yang mereka atur di malam hari itu, maka berpalinglah kamu dari mereka dan tawakkallah kepada Allah. Cukuplah Allah menjadi Pelindung. (81)
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur’an? Kalau kiranya Al Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. (82)
Maha Benar Allah
وجاء في هذا الموضع سنداً للحديث الحقّ في أول البيان، قال مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[ألا وإني أوتيت القرآن ومثله معه]
Ada riwayat sebagai sandaran bagi hadits yang haq dalam situasi ini pada permulaan bayan, Muhammad Rasulullah SAW bersabda:
Ingatlah, sesungguhnya aku telah dianugerahi Al-Qur’an dan yang serupa dengan Al-Qur’an itu bersamanya
وذلك لأن الله يُخاطب عُلماء الأُمّة بأن الحديث المُفترى يتم إرجاعه للقُرآن فإذا كان من عند غير الله فسوف يجدوا بينه وبين مُحكم القُرآن اختلافاً كثيراً. ولكني المهدي المُنتظر الحق من ربكم لا أُنكر سُنة مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم بل آخذ بجميع ما ورد عن مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم وذلك لأني أعلم أن السُنة النبوية جاءت من عند الله كما جاء القُرآن من عنده تعالى، وإنما أكفر بما خالف منها لمُحكم القُرآن العظيم لأني أعلم أنه حديثٌ مُفترى ما دام جاء مُخالف لمُحكم القُرآن العظيم، وليس معنى ذلك أن الإمام ناصر مُحمد اليماني لم يأخذ إلّا ما تطابق مع القُرآن وأعوذ بالله أن أكون من الجاهلين .. بل آخذ بجميع الأحاديث النبوية حتى ولو لم يكون لها بُرهان في القُرآن العظيم فأني آخذ بها وإنما أكفر بما جاء مُخالف لمُحكم القُرآن العظيم لأني علمت أنه حديثٌ مُفترى عن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم..
Demikian itu kerana Allah SWT berfirman kepada ulama umat bahawasanya hadits yang diada-adakan itu, dapat diketahui untuk dikeluarkan sekiranya ia dikembalikan dan dihadapkan kepada Al-Qur’an. Jadi, sekiranya hadits itu datang dari selain Allah, maka kelak mereka akan dapati antara hadits rekaan itu dan Muhkam Al-Qur’an ada banyak pertentangan dan perselisihan.
Namun begitu aku Al-Mahdi Al-Muntazhar yang haq dari Tuhan kalian, aku tidak mengingkari Sunnah Muhammad Rasulullah SAW, bahkan aku menerima semua yang diriwayatkan dari Muhammad Rasulullah SAW. Demikian ini kerana aku yakin bahawa Sunnah Nabawiyah datang dari sisi Allah SWT, sebagaimana jua Al-Qur’an yang datang dari sisi Allah SWT.
Sesungguhnya aku hanya mengingkari hadits-hadits yang bertentangan dengan Muhkam Al-Qur’an yang agung, kerana aku yakin bahawasanya ia merupakan hadits yang direka, selagimana riwayatnya bertentangan dengan Muhkam Al-Qur’an yang agung. Ini bukan bermakna Imam Naser Mohammed Al-Yamani tidak menerima sesuatu hadits selain yang serupa dengan Al-Qur’an –aku berlindung kepada Allah dari menjadi termasuk kalangan orang-orang yang jahil-..
Namun aku menerima semua hadits Nabawiy, bahkan sekalipun sekiranya tidak ada bukti dalam Al-Qur’an terhadapnya maka aku tetap menerima hadits tersebut. Sesungguhnya aku hanya menolak semua hadits yang bertentangan dengan Muhkam Al-Qur’an yang agung, kerana aku yakin bahawasanya hadits itu adalah hadits pendustaan terhadap Rasulullah SAW..
ويا هيئة كُبار عُلماء المُسلمين بالمملكة العربية السعودية وكذلك جميع عُلماء الأُمّة الإسلامية إني أدعوكم إلى الاحتكام إلى مُحكم القُرآن العظيم فيما كُنتم فيه تختلفون من أحاديث السُنة من أجل تصحيح أحاديث السُنة المُحمدية الحقّ وتصحيح عقائدكم ونفي كافة البدع والمُحدثات في الدين الإسلامي الحنيف، فنوحّد صفّكم من بعد تفرّقكم وفشلكم فتقوى شوكتكم من بعد أن ذهبت ريحكم نظراً لمُخالفة أمر الله الصادر في آيات القُرآن المُحكمات ينهاكم ويُحذّركم بعدم الاختلاف والاحتكام إلى مُحكم القُرآن فيما اختلفتم فيه من السُنة فما وجدتموه جاء مُخالف لمُحكم القُرآن العظيم فاعلموا أن هذا الحديث النبوي جاء من عند غير الله ورسوله بل من عند الطاغوت الشيطان الرجيم وأولياءهم من شياطين الجنّ و الإنس يوحون إليهم بالباطل ليُجادلوا به الحقّ ليُخرجوكم عن الحقّ كما علّمكم الله بذلك، وأمّا إذا لم يُخالف الحديث المروي لمُحكم القُرآن العظيم فارجعوا ذلك لعقولكم والحقّ منها تطمئن إليه قلوبكم وتقبله عقولكم كمثل حديث السواك، ليس له بُرهان في القُرآن ولكنّه يُقرّه العقل ويطمئن إليه القلب ذلك لأن الله أمركم باستخدام عقولكم تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا ﴿٣٦﴾}
صدق الله العظيم, [الإسراء]
Wahai sekalian pembesar di Dewan Ulama Senior kaum muslimin di Saudi Arabia, demikian juga kepada seluruh ulama umat Islam, sesungguhnya aku menyeru kalian semua untuk kembali berhukum dengan Kitabullah Al-Qur’an yang agung, pada semua perkara yang kalian perselisihkan dari hadits-hadits Sunnah untuk mengadakan pembetulan dan pengesahan bagi Sunnah Nabi SAW yang haq, dan juga untuk memperbaiki dan membetulkan kepercayaan-kepercayaan kalian dengan menafikan seluruh bid’ah dan perkara-perkara baru yang diada-adakan dalam agama Islam yang hanif ini.
Maka kami akan satukan shaf kalian setelah sebelum ini kalian berpecah-belah menjadi gentar dan kalah, agar kekuatan dan kekuasaan kalian kokoh setelah sebelum ini kalian menjadi kehilangan kekuatan, memandangkan kalian telah menyalahi perintah Allah SWT pada firman-Nya dalam ayat-ayat Al-Qur’an yang Muhkamat. Allah SWT telah melarang kalian dan memperingatkan kalian agar tidak berselisih dan supaya kalian kembali berhukum dengan Muhkam Al-Qur’an pada semua hadits yang kalian perselisihkan.
Oleh itu setiap hadits yang kalian dapati bertentangan dengan Muhkam Al-Qur’an yang agung, maka ketahuilah kalian bahawa hadits Nabawiy tersebut datang dari selain Allah dan tidak pula Rasul-Nya, bahkan ianya datang dari sisi Thoghut Syaitan yang direjam beserta para penolongnya dari kalangan syaitan jinn dan manusia, yang membisikkan kebatilan kepada mereka untuk membantah kebenaran agar mereka dapat mengeluarkan kalian dari kebenaran sebagaimana yang Allah SWT telah ajarkan kepada kalian tentang makar mereka itu.
Adapun sekiranya hadits yang diriwayatkan itu tidak bertentangan dengan Muhkam Al-Qur’an yang agung, maka hendaklah kalian kembalikannya kepada akal fikiran kalian kerana hadits yang haq itu akan memberi ketenangan kepada hati kalian dan akal fikiran kalian juga akan dapat menerimanya sebagaimana hadits siwak yang tidak memiliki bukti dari Al-Qur’an, namun akal fikiran menerima dan mengesahkannya lagi menenangkan hati.
Demikianlah Allah SWT telah memerintahkan kalian untuk menggunakan akal fikiran kalian, sesuai firman Allah SWT:
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya. (36)
Maha Benar Allah
وكذلك تجدوا بيان ناصر مُحمد اليماني للقُرآن مُطابقاً للبيان الحقّ لمُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم في السُنة النبوية الحقّ الذي أفتاكم من قبل أن يأتيكم ناصر مُحمد اليماني بأن مُحكم القُرآن هو المرجع لما اختلفتم فيه من أحاديث السُنة النبوية تصديقاً للأحاديث الحقّ في هذا الشأن عن مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم. قال مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[ألا إني أوتيت القرآن ومثله معه]
Demikianlah kalian akan mendapati bayan Naser Mohammed Al-Yamani bagi Al-Qur’an itu, serupa dengan keterangan yang benar milik Muhammad Rasulullah SAW dalam Sunnah Nabawiyah yang haq, yang mana Nabi SAW telah menfatwakannya kepada kalian sebelum datangnya Naser Mohammed Al-Yamani kepada kalian, bahawasanya Al-Qur’an adalah batu ujian, sebagai rujukan utama terhadap semua hadits Sunnah Nabawiyah yang kalian perselisihkan, sebagai pembenaran dan pengesahan terhadap hadits-hadits yang haq dalam perkara ini dari Muhammad Rasulullah SAW.
Nabi SAW bersabda:
Ingatlah, sesungguhnya aku telah dianugerahi Al-Qur’an dan yang serupa dengan Al-Qur’an itu bersamanya
قال مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[اعرضوا حديثي على الكتاب فما وافقه فهو مني وأنا قلته]
Muhammad Rasulullah SAW bersabda:
Bawakanlah oleh kalian haditsku dan rujukkan ia kepada Al-Qur’an. Hadits yang sesuai dan sejalan dengan Al-Qur’an, maka ia dariku dan akulah yang mengucapkannya.
قال مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[وإنها ستفشى عني أحاديث فما أتاكم من حديثي فاقرؤوا كتاب الله واعتبروه فما وافق كتاب الله فأنا قلته وما لم يوافق كتاب الله فلم أقله]
Muhammad Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya kelak akan tersebar dariku hadits-hadits. Setiap hadits yang sampai kepada kalian dariku, maka hendaklah kalian membaca Kitabullah, berpegang padanya dan ambillah pelajaran darinya. Setiap hadits yang sesuai dan sejalan dengan Kitabullah maka aku yang mengucapkannya, dan setiap hadits yang tidak sejalan dengan Kitabullah maka bukan aku yang mengatakannya
قال مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[ستكون عني رواة يروون الحديث فاعرضوه على القرآن فإن وافق القرآن فخذوها وإلا فدعوها]
Nabi Muhammad SAW bersabda:
Kelak akan ada para periwayat hadits dariku. Maka hendaklah kalian bawakan haditsku itu dan rujukkan ia kepada Al-Qur’an. Jika sesuai dan sejalan dengan Al-Qur’an ambillah, dan jika tidak maka tinggalkanlah
قال مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[عليكم بكتاب الله وسترجعون إلى قوم يحبون الحديث عني ومن قال علي ما لم أقل فليتبوأ مقعده من النار فمن حفظ شيئاً فليحدث به]
Nabi Muhammad SAW bersabda:
Hendaklah kalian berpegang teguh Kitabullah. Kelak kalian akan merujuk kepada kaum yang mencintai hadits dariku. Sesiapa yang mengatakan terhadapku sesuatu yang tidak aku ucapkan, maka hendaklah dia bersiap untuk tempat duduknya dari api neraka. Sesiapa yang mengingat dan menegakkan sesuatu (dari sunnahku) maka hendaklah dia menyatakannya
قال مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[عليكم بكتاب الله فإنكم سترجعون إلى قوم يشتهون الحديث عني فمن عقل شيئاً فليحدث به ومن افترى علي فليتبوأ مقعداً وبيتاً من جهنم]
Muhammad Rasulullah SAW bersabda:
Hendaklah kalian berpegang teguh Kitabullah kerana sesungguhnya kalian kelak akan mencari keterangan dari kaum yang gemar dan menginginkan hadits dariku. Sesiapa yang mengetahui sesuatu (sunnahku) maka ceritakanlah ia, dan sesiapa yang mengada-adakan dusta ke atasku maka dia menyiapkan tempat tinggalnya dari Jahannam
قال مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[ألا إنها ستكون فتنة قيل ما المخرج منها يا رسول الله قال كتاب الله فيه نبأ من قبلكم وخبر ما بعدكم وحكم ما بينكم هو الفصل ليس بالهزل من تركه من جبار قصمه الله ومن ابتغى الهدى في غيره أضله الله وهو حبل الله المتين وهو الذكر الحكيم وهو الصراط المستقيم وهو الذي لا تزيغ به الأهواء ولا تلتبس به الألسنة ولا تشبع منه العلماء ولا يخلق عن كثرة الرد ولا تنقضي عجائبه، هو الذي لم تنته الجن إذ سمعته حتى قالوا: {إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا ، يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ} من قال به صدق ومن عمل به أجر، ومن حكم به عدل ومن دعا إليه هدى إلى صراط مستقيم]
Muhammad Rasulullah SAW bersabda:
Ingatlah kalian bahawa kelak akan terjadi fitnah. Nabi SAW ditanya: Apakah jalan keluar dari fitnah itu ya Rasulullah? Baginda menjawab: Kitabullah; padanya terdapat berita orang-orang sebelum kalian dan berita orang-orang yang akan datang setelah kalian; ia adalah hakim terhadap apa yang ada di antara kalian; ia adalah penentu keputusan dan bukanlah sebuah gurauan. Barangsiapa meninggalkannya, maka Allah akan menghancurkannya; dan barangsiapa yang mencari petunjuk dari selain Al Qur'an, maka Allah akan menyesatkannya. Kerana Al Qur'an adalah tali Allah yang kuat, peringatan dan hikmah, jalan yang lurus, yang tidak membuatkan keinginan hawa nafsu melencong, jelas dan mudah dibaca, serta tidak usang disebabkan banyaknya penolakan serta bantahan, dan tidak terukur oleh kita keajaiban-keajaibannya; kitab yang golongan Jin tidak mendekat ketika mendengarnya kecuali mereka berkata 'Sesungguhnya kami telah mendengar bacaan Al Qur'an yang menakjubkan, yang memberi petunjuk ke jalan yang benar lalu kami telah beriman kepadanya'. Barangsiapa yang berpegang dengannya, maka dia benar; dan barangsiapa yang beramal dengannya, maka dia mendapat pahala; dan barangsiapa yang berhukum dengannya, maka dia adil; dan barangsiapa yang mendakwahkannya serta menyeru kepadanya, maka dia telah diberi petunjuk ke jalan yang lurus".
قال مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[يأتي على الناس زمان لا تطاق المعيشة فيهم إلا بالمعصية حتى يكذب الرجل ويحلف فإذا كان ذلك الزمان فعليكم بالهرب قيل يا رسول الله وإلى أين المهرب قال إلى الله وإلى كتابه وإلى سنة نبيه الحق]
Nabi Muhammad SAW bersabda:
Akan datang kepada manusia suatu zaman, di mana kehidupan dan gaya hidup yang ada pada mereka tidak tegak kecuali dengan kemaksiatan hinggakan seseorang sanggup berdusta lalu bersumpah. Maka ketika kalian di zaman itu, hendaklah kalian melarikan diri. Seseorang bertanya 'Ke mana tempat untuk kami lari? Nabi menjawab 'Larilah kepada Allah, kepada Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya yang benar
قال مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[ما بال أقوام يشرفون المترفين ويستخفون بالعابدين ويعملون بالقرآن ما وافق أهواءهم، وما خالف تركوه، فعند ذلك يؤمنون ببعض الكتاب ويكفرون ببعض يسعون فيما يدرك بغير سعي من القدر والمقدور والأجل المكتوب والرزق المقسوم، ولا يسعون فيما لا يدرك إلا بالسعي من الجزاء الموفور والسعي المشكور والتجارة التي لا تبور]
Nabi Muhammad SAW bersabda:
Tidak akan beruntung dan tidak akan tenteram jiwa suatu kaum yang memuliakan orang-orang yang hidup mewah, serta memandang rendah ahli ibadah; dan yang mengamalkan Al Qur'an hanya mengikut apa yang sesuai dengan keinginan hawa nafsunya, sedang yang bertentangan dengan keinginan hawa nafsunya, dia tinggalkan; dan yang demikian, mereka beriman kepada sebahagian kandungan Al Qur'an dan mengingkari sebahagian yang lain; mereka berusaha untuk sesuatu yang dapat diraih tanpa usaha seperti Qadar yang telah ditentukan, ajal yang telah tercatat, serta rezeki yang telah ditetapkan pembagiannya. Mereka malah tidak berusaha untuk sesuatu yang tidak dapat diraih kecuali dengan berusaha, seperti mendapatkan ganjaran pahala secukupnya, usaha yang diberkati, serta perniagaan yang tidak akan merugi
قال مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[من اتبع كتاب الله هداه الله من الضلالة، ووقاه سوء الحساب يوم القيامة، وذلك أن الله يقول: {فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَىٰ}]
Muhammad Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang mengikuti Kitabullah Al Qur'an, maka Allah membimbingnya dari kesesatan; dan menjaganya dari buruknya perhitungan pada hari kiamat, dan demikianlah, sesungguhnya Allah berfirman: "barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, maka dia tidak akan sesat dan tidak akan "celaka
قال مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[يا حذيفة عليك بكتاب الله فتعلمه واتبع ما فيه]
Muhammad Rasulullah SAW bersabda:
Hai Huzaifah, berpegang teguhlah pada Kitabullah; pelajarilah ia dan ikutilah perintah dan larangannya
قال مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[مهما أوتيتم من كتاب الله فالعمل به لا عذر لأحد في تركه، فإن لم يكن في كتاب الله فسنة مني ماضية]
Nabi Muhammad SAW bersabda:
Tiap kali datang kepada kalian, sesuatu perintah dan larangan dari Kitabullah, maka amalkan-lah. Tidak ada uzur bagi seorangpun untuk meninggalkannya. Jika itu bukan sesuatu perintah dan larangan yang ada pada Kitabullah, maka yang ada pada sunnahku yang terdahulu
قال مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[ما هذه الكتب التي يبلغني أنكم تكتبونها، أكتاب مع كتاب الله؟ يوشك أن يغضب الله لكتابه]
Nabi Muhammad SAW bersabda:
Tulisan-tulisan apakah ini, yang diberitahukan padaku bahawa kalian mencatatnya; adakah catatan lain selain catatan wahyu Kitabullah? Akan menyebabkan dekat dengan kemurkaan Allah kerana mencatatnya
قال مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[يا أيها الناس، ما هذا الكتاب الذي تكتبون: أكتاب مع كتاب الله؟ يوشك أن يغضب الله لكتابه قالوا: يا رسول الله فكيف بالمؤمنين والمؤمنات يومئذ؟ قال: من أراه الله به خيراً أبقى الله في قلبه لا إله إلا الله]
Muhammad Rasulullah SAW bersabda:
Hai manusia, catatan apakah yang kalian tulis ini, adakah catatan lain selain catatan wahyu Kitabullah? Akan menyebabkan dekat dengan kemurkaan Allah kerana mencatatnya. Mereka bertanya "Wahai utusan Allah, bagaimana dengan keadaan kaum mukminin dan mukminat kelak?" Nabi menjawab; "Barangsiapa yang dianugerahi kebaikan oleh Allah, maka Allah akan menetapkan kalimah
لا إله إلا الله
di hatinya
قال مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[لا تكتبوا عني إلا القرآن، فمن كتب عني غير القرآن فليمحه، وحدثوا عن بني إسرائيل ولا حرج ومن كذب علي فليتبوأ مقعده من النار]
Muhammad Rasulullah SAW bersabda:
Jangan kalian menulis sesuatu apapun dariku kecuali Al Qur'an, dan barangsiapa yang telah menulis sesuatu dariku selain Al Qur'an, maka hendaklah dia menghapus dan memadamnya; dan tidak mengapa bagi kalian untuk bercerita tentang Bani Israel; dan barangsiapa yang berdusta atasku, maka bersedialah untuk duduk di kerusi dari api di neraka
قال مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[لا تسألوا أهل الكتاب عن شيء فإني أخاف أن يخبروكم بالصدق فتكذبوهم أو يخبروكم بالكذب فتصدقوهم، عليكم بالقرآن فإن فيه نبأ من قبلكم وخبر ما بعدكم وفصل ما بينكم]
Nabi Muhammad SAW bersabda:
Janganlah kalian bertanya mengenai sesuatu perkara kepada ahli kitab kerana aku khuatir sekiranya mereka memberitahukan kepada kalian kebenaran lalu kalian mendustakan mereka; atau mereka memberitahukan kepada kalian kedustaan lalu kalian membenarkan mereka; kalian wajib berpegang dengan Al Qur'an, di dalamnya terdapat berita mengenai orang-orang sebelum kalian dan khabar mengenai orang-orang yang akan datang setelah kalian, dan Al Qur'an ini adalah sebagai penentu dan resolusi bagi apa-apa yang ada di antara kalian
قال مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[لا تسألوا أهل الكتاب عن شيء فإنهم لن يهدوكم وقد ضلوا، إما أن تصدقوا بباطل وتكذبوا بحق، وإلا لو كان موسى حيا بين أظهركم ما حل له إلا أن يتبعني]
صدق مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم..
Nabi Muhammad SAW bersabda:
Janganlah kalian bertanya tentang sesuatu perkara kepada ahli kitab sebab sesungguhnya mereka tidak akan dapat memberi petunjuk kepada kalian kerana mereka telah tersesat, sama ada kalian akan membenarkan kebatilan atau mendustakan kebenaran; padahal, andaikan nabi Musa masih hidup lagi di tengah-tengah kalian, maka tidak halal baginya kecuali menjadi pengikutku
Benarlah ucapan Muhammad Rasulullah SAW..
صلى الله عليه وآله وسلم
وسلامٌ على المُرسلين والحمدُ لله رب العالمين..
خليفة الله الإمام المهدي ناصر مُحمد اليماني
Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Yang Maha Memelihara Semesta Alam
Khalifah Allah Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani
____________
https://mahdialumma.net/showthread.php?t=1687
اقتباس المشاركة 162554 من موضوع Ensiklopedia Soal Jawab Ringkas - Juz 1
اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..