الإمام المهدي المنتظر يعلن الكفر بالتعددية المذهبية في دين الله..
-1-
الإمام ناصر محمد اليماني
Imam Nasser Mohammed Al-Yamani
27 - 03 - 1433 هـ
19 - 02 - 2012 مـ
04:36 AM
ـــــــــــــــــــــــــ ـــــــ
الإمام المهدي المنتظر يعلن الكفر بالتعددية المذهبية في دين الله..
Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazhar Menyatakan Keingkarannya Terhadap Berbilang-bilang Mazhab Dalam Agama Allah..
بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على جدي محمد رسول الله وآله الأطهار وجميع الرسل من ربهم وآلهم الأطهار وجميع المسلمين في الأولين وفي الآخرين وفي الملأ الأعلى إلى يوم الدين، أما بعد..
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam tetap terlimpahkan ke atas junjungan nendaku Muhammad Rasulullah beserta keluarganya yang suci.
Juga ke atas seluruh para utusan dari Tuhan mereka beserta ahli keluarga mereka yang suci, dan seluruh kaum muslimin yang terdahulu dan yang terkemudian, dan yang berada di ketinggian alam malakut hinggalah Hari Kiamat, ammaa ba'd..
فقد عدنا بحفظ الله ورعايته قبل عدة أيام وننتظر ما يفعل الله وإلى الله ترجع الأمور في عصر الحوار من قبل الظهور ومن بعد الظهور إلى اليوم الآخر ولله الأمر من قبل ومن بعد إن الله بالغ أمره، ولكن أكثر الناس لا يعلمون ....
Kami kembali dalam penjagaan Allah dan dalam perlindungan-Nya sejak beberapa hari lalu, kerana menunggu apa yang akan Allah lakukan, hanya kepada-Nya segala urusan dikembalikan pada era diskusi ini sebelum era manifestasi, maupun setelahnya hinggalah Hari Kiamat.
Hanya bagi Allah-lah segala urusan sebelumnya dan selepasnya, sesungguhnya Allah-lah yang melaksanakan urusan-Nya, namun kebanyakan manusia itu tidak mengetahui.
ويا حبيبي في الله نجيب علي العقبي إن كنت من الأنصار السابقين الأخيار في عصر الحوار من قبل الظهور فأعلن الكفر بالتعددية المذهبية في دين الله حتى ينجيك الله من عذابه. تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَاخْتَلَفُواْ مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ}
صدق الله العظيم[آل عمران:105]
Wahai kekasihku di jalan Allah Najib Ali Al-'Aqby
(forumer)
Sekiranya engkau termasuk kalangan Pendahulu Anshar Terpilih di zaman hiwar sebelum zaman kemunculan, maka aku umumkan pengingkaranku terhadap berbilang-bilang mazhab di dalam agama Allah, supaya Allah menyelamatkanmu dari azab-Nya.
Sesuai firmanNya
Dan janganlah kalian menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat, (105)
صدق الله العظيم
[آل عمران:105]
فلا تكن يا عقبي {مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ} [الروم:32] إني لك ناصح أمين كوني أراك متعصباً للمذهب القرآني، وكذلك تفتي أن الشيعة والسنة هم المغضوب عليهم وإنك لمن الخاطئين في أسلوبك هذا المنفِّر عن اتباع المهدي المنتظر من الشيعة والسنة، فاتقِ الله فهم من إخواننا في دين الله، فهل ترى أنك بأسلوبك هذا سوف تهدهم إلى الصراط المستقيم؟ وحاشا لله.. فليس ذلك من الحكمة في شيء في الدعوة إلى الله، ويارجل لقد ادّعى فرعون الربوبية {فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَى} [النازعات:24] وبرغم ذلك تجد أن الله استوصى نبيه موسى وأخاه هارون عليهم الصلاة والسلام بالرفق بفرعون في الخطاب فقال الله تعالى: {فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى} صدق الله العظيم [طه:44]
Janganlah engkau menjadi orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. (32)
[Ar-Ruum]
Sesungguhnya aku ini memberi nasihat kepadamu lagi dapat dipercaya kerana aku melihatmu ta'sub pada mazhab anti hadits.
Begitu juga engkau mengatakan bahawa kaum Syi'ah dan Sunni, mereka itu adalah kaum yang dimurkai Allah, padahal sesungguhnya engkau telah melakukan kesalahan dengan caramu yang menjengkelkan dan membuat orang takut dan menjauh, terhadap pemerhati Al-Mahdi Al-Muntazhar dari kalangan Syi'ah maupun kalangan Sunni.
Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya mereka adalah saudara-saudara kita di dalam agama Allah, adakah engkau menyangka bahawa dengan caramu seperti ini, engkau dapat menunjuki mereka ke jalan yang lurus
?
Maha Suci Allah.. demikian itu bukanlah bahagian dari hikmah kebijaksanaan sama sekali dalam menyeru kepada Allah.
Wahai pemuda, sesungguh Firaun telah mengaku Tuhan
[Fir'aun] berkata: "Akulah tuhanmu yang paling tinggi".
Walaupun begitu, engkau akan dapati Allah berpesan kepada nabi-Nya Musa -'alayhissalaam- dan saudaranya Harun -'alayhissalaam-, agar berlemah lembut kepada Fir'aun dalam pembicaraan.
Sebab itu Allah Ta'ala berfirman:
maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut
(Tho Ha:44)
كون أسلوب الدعوة إلى الله لا يجوز أن يكون منفراً كون التنفير ليس من الحكمة في شيء. تصديقاً لقول الله تعالى:
{ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ} صدق الله العظيم [النحل:125]
Demikian ini kerana uslub berdakwah di jalan Allah itu, tidak boleh dengan cara menjengkelkan membuat orang menjauh, kerana membuat orang enggan dan menjauh sama sekali bukan hikmah kebijaksanaan .
Sesuai firman Allah Ta'ala:
Serulah [manusia] kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (125)
Maha Benar Allah
(An-Nahl:125)
فاتقِ الله حبيبي في الله واتبع الإمام المهدي وأعلن الكفر بالتعددية المذهبية في دين الله، فلا تتعصب للمذهب القرآني ولا للمذهب السني ولا للمذهب الشيعي وكن حنيفاً مسلماً، ويا حبيبي في الله نجيب علي العقبي لن تستطيعوا أن تقنعوا الناس بدين الإسلام وهم يرون المسلمين يلعن بعضهم بعضاً، ويصف بعضهم بعضاً بالكفر كما تصفُ السنة والشيعة أنهم من المغضوب عليهم، وأعوذ بالله من غضب الله..
Bertakwalah kepada Allah wahai kekasihku di jalan Allah, ikutilah Imam Mahdi, aku umumkan keingkaranku terhadap berbilang-bilang mazhab di dalam agama Allah.
Janganlah engkau ta'sub dengan mazhab Anti-Hadits, jangan pula ta'sub dengan mazhab Sunni, tidak pula ta'sub terhadap mazhab Syi'ii namun, jadilah seorang hanif-yang lurus dan jadilah seorang muslim-yang berserah diri pada Allah wahai Najib Ali Al-'Aqby kekasihku di jalan Allah.
Ini kerana kalian tidak akan mampu membuat manusia puas dan rela terhadap agama Islam, sedang mereka memerhatikan kaum muslimin saling kutuk mengutuk dan laknat melaknati.
Sebahagian mereka mengatakan kafir terhadap sebahagian yang lain, sepertimana engkau menyifatkan kaum Sunnah dan Syi'ah bahawa mereka adalah kaum yang dimurkai Allah, aku berlindung kepada Allah dari kemurkaan Allah..
ولكني الإمام المهدي ناصر محمد اليماني أقول يا أحبتي في دين الله السنة والشيعة والقرآنيين وكافة أصحاب المذاهب الإسلامية تعالوا إلى كلمة سواء بيننا وبين العالمين أن لا نعبد إلا الله وحده لا شريك واتبعوني أهدكم صراطاً سوياً على بصيرة من ربي، وما كان الإمام المهدي قرآنياً وما كان الإمام المهدي سنياً ولا شيعياً بل حنيفاً مسلماً وما كان من المشركين من الذين فرقوا دينهم وكانوا شيعاً كل حزب بما لديهم فرحون.
Akan tetapi aku, Imam Mahdi Nasser Mohammed Al-Yamani, aku katakan wahai para kekasihku di jalan Allah, kaum Sunnah, Syi'ah, golongan anti-hadits dan seluruh para pengikut aliran mazhab-mazhab dalam Islam, marilah kalian semua kepada satu kalimah yang sama di antara kita dan seluruh alam, bahawa tidaklah kita beribadat menyembah melainkan hanya kepada Allah yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya.
Ikutlah aku agar aku tuntun kalian ke jalan yang lurus, dengan bashirah ilmu pengetahuan dan hujjah yang nyata dari Tuhanku, Imam Mahdi bukanlah seorang yang anti-hadits, dan Imam bukanlah seorang Sunni dan bukan pula seorang Syi'ii.
Namun, Imam adalah seorang yang haniifan musliman- seorang yang lurus lagi berserah diri pada Allah- dan dia bukanlah termasuk golongan kaum musyrikin, yaitu golongan orang-orang yang memecah-belahkan agama mereka menjadi beberapa golongan, masing-masing golongan itu merasa bangga dengan apa yang ada pada mereka.
وأعلن اتباعي لكتاب التوراة والإنجيل والقرآن العظيم وأحاديث البيان في السنة النبوية إلا ما خالف في التوراة أو في الإنجيل أو في أحاديث السنة النبوية، فاشهدوا وكفى بالله شهيداً أن المهدي المنتظر ناصر محمد اليماني ليعلن الكفر المطلق بما جاء مخالفاً لمحكم القرآن العظيم سواء يكون في التوراة أو في الإنجيل أو في أحاديث السنة النبوية كون ما جاء مخالفاً لمحكم القرآن العظيم فاعلموا أنه حديث مفترًى جاءكم من عند غير الله أي من عند الشيطان على لسان أولياءه الذين يظهرون الإيمان
ويبطنون الكفر والمكر ليصدوا البشر عن اتباع محكم الذكر.
Aku umumkan ikutanku terhadap Taurat, Injil dan Al-Qur'an serta hadits-hadits yang menjelaskan Al-Qur'an di dalam Sunnah-sunnah Kenabian, kecuali yang bertentangan di dalam Taurat, atau di dalam Injil, ataupun di dalam hadits-hadits Sunnah Kenabian.
Maka saksikanlah kalian semua, dan cukuplah Allah sebagai saksi, bahawasanya Imam Mahdi Al-Muntazhar Nasser Mohammed Al-Yamani mengumumkan keingkarannya secara mutlak terhadap segala sesuatu yang bertentangan dengan muhkam Al-Qur'an Al-Adzim, sama ada sesuatu itu di Taurat, atau di Injil, ataupun yang terdapat di dalam Sunnah-sunnah Kenabian.
Ini kerana segala sesuatu yang bertentangan dan menyalahi muhkam Al-Qur'an yang agung, maka ketahuilah kalian semua bahawa yang demikian itu adalah hadits rekaan, yang datang kepada kalian dari selain Allah, yakni datang dari syaitan melalui lisan pembantu-pembantunya, yang mendzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekafiran serta makar rencana jahat, untuk menghalang-halangi manusia dari mengikuti muhkam Al-Qur'an.
ولربما يود أن يقاطعني حبيبي في الله نجيب علي العقبي فيقول: "مهلاً مهلاً يا إمامي ناصر محمد اليماني، وإنما أمر الله محمد رسول الله -صلى الله عليه وآله وسلم- أن يتبع القرآن فقط ولم يأمره أن يتبع كذلك التوراة." ومن ثم يرد عليه المهدي المنتظر ناصر محمد اليماني وأقول: بل أمر الله محمد رسول الله -صلى الله عليه وآله وسلم- أن يتبع التوراة. وقال الله تعالى:
{قُلْ فَأْتُوا بِكِتَابٍ مِّنْ عِندِ اللَّهِ هُوَ أَهْدَى مِنْهُمَا أَتَّبِعْهُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ} صدق الله العظيم [القصص:49]
Barangkali kekasihku di jalan Allah, Najib Ali Al-'Aqby mahu memintas kata-kataku, dia berkata:
"Nanti dulu wahai Imamku Nasser Mohammed Al-Yamani, Allah hanya memerintahkan Muhammad Rasulullah -shollallaahu 'alayhi wasallam- untuk mengikuti Al-Qur'an sahaja, Dia tidak memerintahkan baginda -shollallaahu 'alayhi wasallam- untuk mengikuti seperti demikian, misalnya mengikuti Taurat"
Oleh itu Al-Mahdi Al-Muntazhar Nasser Mohammed Al-Yamani membalasnya dan aku katakan:
Bahkan Allah telah memerintahkan Muhammad Rasulullah -shollallaahu 'alayhi wasallam- agar mengikuti Taurat.
Firman Allah Ta'ala:
Katakanlah: "Datangkanlah kalian sebuah kitab dari sisi Allah yang lebih [dapat] memberi petunjuk daripada keduanya [Taurat dan Al Qur’an] niscaya aku mengikutinya, jika kalian sungguh orang-orang yang benar". (49)
وكذلك أمره الله أن يتبع الإنجيل وإنما كونه كان يتكلم في هذا الموضع عن التوراة. ولذلك قال الله تعالى:{قُلْ فَأْتُوا بِكِتَابٍ مِّنْ عِندِ اللَّهِ هُوَ أَهْدَى مِنْهُمَا أَتَّبِعْهُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ} صدق الله العظيم
Begitu juga Allah telah memerintahkan baginda -shollallaahu 'alayhi wasallam- untuk mengikuti Injil, kerana sebenarnya Allah berfirman mengenai keberadaannya dari selain Taurat.
Sebab itulah Allah Ta'ala berfirman:
Katakanlah: "Datangkanlah kalian sebuah kitab dari sisi Allah yang lebih [dapat] memberi petunjuk daripada keduanya [Taurat dan Al Qur’an] niscaya aku mengikutinya, jika kalian sungguh orang-orang yang benar"
Maha Benar Allah
ولكن تدبر الآيات في هذا الموضع. وقال الله تعالى:
{فَلَمَّا جَاءَهُمُ الْحَقُّ مِنْ عِندِنَا قَالُوا لَوْلَا أُوتِيَ مِثْلَ مَا أُوتِيَ مُوسَىٰ ۚ أَوَلَمْ يَكْفُرُوا بِمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ مِن قَبْلُ ۖ قَالُوا سِحْرَانِ تَظَاهَرَا وَقَالُوا إِنَّا بِكُلٍّ كَافِرُونَ ﴿٤٨﴾ قُلْ فَأْتُوا بِكِتَابٍ مِّنْ عِندِ اللَّـهِ هُوَ أَهْدَىٰ مِنْهُمَا أَتَّبِعْهُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿٤٩﴾ فَإِن لَّمْ يَسْتَجِيبُوا لَكَ فَاعْلَمْ أَنَّمَا يَتَّبِعُونَ أَهْوَاءَهُمْ ۚ وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّنِ اتَّبَعَ هَوَاهُ بِغَيْرِ هُدًى مِّنَ اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ ﴿٥٠﴾وَلَقَدْ وَصَّلْنَا لَهُمُ الْقَوْلَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ ﴿٥١﴾ الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ مِن قَبْلِهِ هُم بِهِ يُؤْمِنُونَ ﴿٥٢﴾ وَإِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ قَالُوا آمَنَّا بِهِ إِنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّنَا إِنَّا كُنَّا مِن قَبْلِهِ مُسْلِمِينَ ﴿٥٣﴾ أُولَـٰئِكَ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُم مَّرَّتَيْنِ بِمَا صَبَرُوا وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿٥٤﴾ وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ ﴿٥٥﴾}
صدق الله العظيم [القصص]
Akan tetapi, bertadabburlah terhadap ayat-ayat dalam situasi berikut .
Allah Ta'ala berfirman:
Maka tatkala datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami, mereka berkata: "Mengapakah tidak diberikan kepadanya [Muhammad] seperti yang telah diberikan kepada Musa dahulu?". Dan bukankah mereka itu telah ingkar [juga] kepada apa yang diberikan kepada Musa dahulu?; mereka dahulu telah berkata: "Musa dan Harun adalah dua ahli sihir yang bantu membantu". Dan mereka [juga] berkata: "Sesungguhnya Kami tidak mempercayai masing-masing mereka itu." (48)
Katakanlah: "Datangkanlah kalian sebuah kitab dari sisi Allah yang kitab itu lebih [dapat] memberi petunjuk daripada keduanya [Taurat dan Al Qur’an] niscaya aku mengikutinya, jika kalian sungguh orang-orang yang benar". (49)
Maka jika mereka tidak menjawab [tantanganmu], ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka [belaka]. Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (50)
Dan sesungguhnya telah Kami turunkan berturut-turut perkataan ini [Al Qur’an] kepada mereka agar mereka mendapat pelajaran. (51)
Orang-orang yang telah Kami datangkan kepada mereka Al Kitab sebelum Al Qur’an, mereka beriman [pula] dengan Al Qur’an itu. (52)
Dan apabila dibacakan [Al Qur’an itu] kepada mereka, mereka berkata: "Kami beriman kepadanya; sesungguhnya; Al Qur’an itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan Kami, sesungguhnya Kami sebelumnya adalah orang-orang yang membenarkan [nya]. (53)
Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan sebagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka, mereka nafkahkan. (54)
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfa’at, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil". (55)
Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya
وكذلك أمر الله اليهود والنصارى أن يتبعوا التوراة والإنجيل والقرآن العظيم. وقال الله تعالى:
{قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَسْتُمْ عَلَى شَيْءٍ حَتَّىَ تُقِيمُواْ التَّوْرَاةَ وَالإِنجِيلَ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِّنْهُم مَّا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا فَلاَ تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ} صدق الله العظيم [المائدة:68]
Demikian juga Allah telah memerintahkan kaum Yahudi dan Nasrani, agar mengikuti Kitab Taurat, Kitab Injil dan Kitab Al-Qur'an yang agung.
Firman Allah Ta'ala:
Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, kalian tidak dipandang beragama sedikitpun sehinggalah kalian menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil dan Al Qur’an yang diturunkan kepada kalian dari Tuhan kalian". Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu [Muhammad] dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu. (68)
Maha Benar Allah
فلم نجد أن الله أمر رسوله بالكفر بالتوراة والإنجيل بل أمره بالكفر بما جاء فيهما مخالف لمحكم القرآن العظيم، ومن ثم يدعوهم للاحتكام إلى القرآن العظيم ليحكم بينهم فيما كانوا فيه يختلفون في التوراة والإنجيل. تصديقاً لقول الله تعالى:
{إِنَّ هَـٰذَا الْقُرْآنَ يَقُصُّ عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَكْثَرَ الَّذِي هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ﴿٧٦﴾وَإِنَّهُ لَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ﴿٧٧﴾ إِنَّ رَبَّكَ يَقْضِي بَيْنَهُم بِحُكْمِهِ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْعَلِيمُ ﴿٧٨﴾}صدق الله العظيم [النمل]
Kita tidak menemukan bahawa Allah memerintah rasul-Nya agar mengingkari Taurat dan Injil, bahkan Allah SWT memerintahkan Rasulullah -shollallaahu 'alayhi wasallam- agar ingkar terhadap segala sesuatu pada kedua-duanya Taurat dan Injil, yang bertentangan dan menyalahi ajaran muhkam Al-Qur'an Al-Adzim.
Kerana itulah Imam Mahdi mengajak mereka semua agar kembali berhukum dengan Al-Qur'an yang agung, agar Imam menetapkan sebuah keputusan di antara mereka, dalam segala sesuatu yang mereka perselisihkan di dalam Taurat maupun Injil.
Demi keyakinan terhadap kebenaran firman Allah Ta'ala:
Sesungguhnya Al Qur’an ini menjelaskan kepada Bani Israil sebahagian besar dari [perkara-perkara] yang mereka berselisih tentangnya. (76)
Dan sesungguhnya Al Qur’an itu benar-benar menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (77)
Sesungguhnya Tuhanmu akan menyelesaikan perkara antara mereka dengan keputusan-Nya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (78)
Maha Benar Allah
وإنما جعل الله القرآن العظيم هو المرجع والحكم المهيمن على التوراة والإنجيل. تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ}صدق الله العظيم [المائدة:48]
Allah hanya menjadikan Al-Qur'an sebagai rujukan utama dan sebagai batu ujian penetap keputusan yang muktamad terhadap Taurat dan Injil.
Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
"Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur’an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab [yang diturunkan sebelumnya] dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan.."
برغم أن في التوراة والإنجيل تحريف وتزييف ولكن الله لم يأمركم أن تنكروا فيهما الحق والباطل بل الباطل المفترى فيها الذي هو من عند غير الله. وقال الله تعالى:
{وَإِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيقاً يَلْوُنَ أَلْسِنَتَهُمْ بِالْكِتَـابِ لِتَحْسَبُوهُ مِنَ الْكِتَـابِ وَمَا هُوَ مِنَ الْكِتَـابِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنْ عِندِ اللهِ وَمَا هُوَ مِنْ عِندِ اللهِ وَيَقُولُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ} صدق الله العظيم [آل عمران:78]
Sungguhpun pada Taurat dan Injil terdapat perubahan dan pemalsuan, namun Allah tidak memerintahkan kalian agar mengingkari apa-apa yang terdapat dalam kedua-duanya itu, yang haq dan yang batil, padahal kebatilan yang merupakan rekaan itu ada padanya, yang datang dari selain Allah.
Allah Ta'ala berfirman:
Sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca Al Kitab, supaya kalian menyangka yang dibacanya itu sebahagian dari Al Kitab, padahal ia bukan dari Al Kitab dan mereka mengatakan: "Ia [yang dibaca itu datang] dari sisi Allah", padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah, sedang mereka mengetahui. (78)
Maha Benar Allah
وقال الله تعالى: {وَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا يَكْسِبُونَ} صدق الله العظيم [البقرة:79]
dan Allah Ta'ala juga berfirman:
Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: "Ini dari Allah", [dengan maksud] untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang mereka kerjakan. (79)
Maha Benar Allah
وبما أن التوراة والإنجيل ليست محفوظة من التحريف ولذلك جعل الله القرآن العظيم هو المرجع للتوراة والإنجيل وما جاء فيهما مخالفاً لمحكم القرآن العظيم فذلك حديث مفترًى على الله من قوم آخرين، وكذلك جعل الله محكم القرآن العظيم هو المرجع لأحاديث السنة النبوية كون الأحاديث الحق في السنة النبوية جاءت لتزيد آياتٍ في القرآن بياناً وتوضيحاً، وهي كذلك من عند الله وما ينطق عن الهوى في دين الله لا في الكتاب ولا في السنة صلى الله عليه وآله وسلم،
Berdasarkan fakta bahawa Kitab Taurat dan Injil tidak terpelihara dari perubahan, maka kerana itulah Allah telah menjadikan Kitab Suci Al-Qur'an sebagai rujukan utama dan batu ujian yang menetapkan keputusan muktamad bagi Taurat dan Injil.
Segala sesuatu pada keduanya itu yang bertentangan dengan muhkam ayat Al-Qur'an, maka ianya merupakan berita rekaan dan pendustaan atas Allah dari perbuatan orang-orang yang datang kemudian.
Demikian juga Allah telah menjadikan Al-Qur'an ini, sebagai rujukan utama bagi hadits-hadits dalam Sunnah Kenabian kerana hadits yang haq dalam Sunnah Kenabian itu, sebenarnya datang untuk memberi tambahan keterangan dan penjelasan terhadap ayat-ayat Al-Qur'an.
Ini kerana hadits yang haq itu juga datang dari sisi Allah SWT, dan tiadalah Muhammad -shollallaahu 'alayhi wasallam- itu berkata-kata mengikuti hawa nafsunya dalam agama Allah, tidak di Al-Kitab dan tidak pula dalam Sunnah Nabi -shollallaahu 'alayhi wasallam-.
ولكن أحاديث السنة النبوية ليست محفوظة من التحريف والتزييف ولذلك أفتاكم الله رب العالمين أنّ ما وجدتم من أحاديث النبي جاء مخالفاً لمحكم القرآن فاعلموا أن ذلك الحديث ليس حديثاً نبوياً من عند الرحمن بل حديث مفترًى من عند الشيطان من عند غير الله، وأفتاكم الله أن الأحاديث النبوية لم يعدكم بحفظها من التحريف والتزييف. وقال الله تعالى:
{مَّن يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّـهَ ۖ وَمَن تَوَلَّىٰ فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا ﴿٨٠﴾ وَيَقُولُونَ طَاعَةٌ فَإِذَا بَرَزُوا مِنْ عِندِكَ بَيَّتَ طَائِفَةٌ مِّنْهُمْ غَيْرَ الَّذِي تَقُولُ ۖ وَاللَّـهُ يَكْتُبُ مَا يُبَيِّتُونَ ۖ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّـهِ وَكِيلًا ﴿٨١﴾ أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّـهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا ﴿٨٢﴾ وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ ۖ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ ۗ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا ﴿٨٣﴾}
صدق الله العظيم [النساء]
Namun demikian, hadits-hadits Sunnah Kenabian itu tidak terpelihara dari perubahan dan pemalsuan.
Sebab itu Allah Tuhan Semesta Alam memberitahukan kalian, bahawa segala sesuatu yang kalian dapatkan dari hadits-hadits Nabi -shollallaahu 'alayhi wasallam- yang bertentangan dengan muhkam ayat Al-Qur'an, maka ketahuilah kalian bahawasanya hadits itu bukan dari Nabi -shollallaahu 'alayhi wasallam-, yang datang dari Ar-Rahman, Tuhan yang Maha Pemurah.
Bahkan hadits itu adalah rekaan syaitan yang datang dari selain Allah, dan Allah Ta'ala juga menyatakan kepada kalian bahawasanya hadits-hadits Nabi itu tidak dijanjikan dapat terpelihara dari sebarang perubahan dan pemalsuan.
Firman Allah Ta'ala:
Barangsiapa yang menta’ati Rasul, sesungguhnya dia telah menta’ati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling [dari keta’atan itu], maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka. (80)
Dan mereka [orang-orang munafik] mengatakan: "[Kewajiban kami hanyalah] ta’at". Tetapi apabila mereka telah pergi dari sisimu, sebahagian dari mereka mengatur siasat di malam hari [mengambil keputusan] lain dari yang telah engkau katakan. Allah menulis siasat yang mereka atur di malam hari itu, maka berpalinglah kamu dari mereka dan tawakkallah kepada Allah. Cukuplah Allah menjadi Pelindung. (81)
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur’an? Kalau sekiranya Al- Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. (82)
Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya [akan dapat] mengetahuinya dari mereka [Rasul dan Ulil Amri]. Kalau tidaklah karena karunia dan rahmat Allah kepada kalian, tentulah kalian mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja [di antaramu]. (83)
ويا حبيبي في الله نجيب كن لبيباً ولا تكفر بالحق والباطل في السنة النبوية حتى لا تكون من الجاهلين، بل أعلن الكفر بما جاء في السنة النبوية مخالفاً لمحكم القرآن العظيم، وأعلن الاتباع لكتاب الله وسنة رسوله الحق فلا تكفر بسنة رسول الله -صلى الله عليه وآله وسلم- فتكون من المعذبين كونك حين تكفر بحديث هو حقٌ فيها فحتماً كفرت بآية في القرآن العظيم، وأضرب لك على ذلك مثلاً. قال محمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[يا فاطمة بنت محمد.. اعملي فإني لا أغني عنك من الله شيئاً]
صدق عليه الصلاة والسلام
Wahai Najib kekasihku di jalan Allah, jadilah orang bijak yang waras, janganlah mengingkari kebenaran dan kebatilan di dalam Sunnah Nabawiyyah, sehingga menyebabkanmu termasuk di kalangan kaum yang tidak mengetahui.
Namun aku nyatakan keingkaranku terhadap hadits Nabi yang bertentangan dengan muhkam Al-Qur'an, dan aku umumkan ikutan dan panutanku terhadap Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah -shollallaahu 'alayhi wasallam- yang haq.
Oleh itu janganlah engkau mengingkari Sunnah Rasulullah -shollallaahu 'alayhi wasallam-, kerana kelak engkau akan berada di kalangan orang-orang yang diazab, kerana yang sebenarnya, ketika engkau mengingkari sesuatu hadits padahal kebenaran ada padanya, maka engkau telah pun mengingkari Al-Qur'an yang agung.
Aku akan buatkan untukmu terhadap yang demikian ini sebuah perumpamaan.
Rasulullah -shollallaahu 'alayhi wasallam- bersabda:
Wahai Fatimah bint Muhammad.. beramallah engkau, kerana aku ini tidak dapat membantumu sedikitpun dari (azab) Allah
Benar sabda baginda -shollallaahu 'alayhi wasallam-
فإن كفرت بهذا الحديث لجدي يا عقبي فقد كفرت بحديث ربي في محكم كتابه القرآن العظيم {لَن تَنفَعَكُمْ أَرْحَامُكُمْ وَلا أَوْلادُكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَفْصِلُ بَيْنَكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ} صدق الله العظيم [الممتحنة:3]
Maka dari itu, sekiranya engkau mengingkari hadits ini yang diucapkan oleh nendaku, maka sesungguhnya engkau telah mengingkari pemberitaan Tuhanku dalam muhkam Kitab Induk-Nya Al-Qur'an yang agung
Karib kerabat dan anak-anakmu sekali-kali tiada bermanfa’at bagimu pada hari Kiamat. Dia akan memisahkan antara kamu. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (3)
Maha Benar Allah
ولذلك قال محمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[يا فاطمة بنت محمد.. اعملي فإني لا أغني عنك من الله شيئاً]
صدق عليه الصلاة والسلام
Kerana itulah Muhammad Rasulullah -shollallaahu 'alayhi wasallam- bersabda
Wahai Fatimah binti Muhammad.. beramallah engkau, kerana aku ini tidak dapat membantumu sedikitpun dari (azab) Allah
Benar sabda utusan Allah
صلى الله عليه وسلم
أفلا ترى يا حبيبي في الله نجيب علي العقبي أن القرآن والسنة النبوية الحق نور على نور، فكن من الشاكرين إذ جعلك الله في الأمة التي يبعث فيها المهدي المنتظر، وكن من الشاكرين إذ أعثرك الله على دعوة المهدي المنتظر في عصر الحوار من قبل الظهور، وكن من الشاكرين إذ جعلك من الأنصار السابقين الأخيار في عصر الحوار من قبل الظهور، وما كان للإمام المهدي الحق من ربكم أن يتبع أهواءكم ليرضيكم والله أحق بالرضى إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الآخر، فلا تنكروا السنة النبوية الحق، واتبعوا كتاب الله وسنة رسوله صلى الله عليه وآله وسلم، وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين..
Tidakkah engkau perhatikan wahai Najib Ali Al-'Aqby, kekasihku di jalan Allah, bahawasanya Al-Qur'an dan Sunnah Nabi -shollallaahu 'alayhi wasallam- yang haq itu adalah
Nuur 'alaa nuur
CAHAYA DI ATAS CAHAYA
Maka jadilah engkau sebagai seorang hamba Allah yang bersyukur, di mana Allah Ta'ala telah menjadikan dirimu berada di kalangan suatu umat yang akan diutus pada mereka Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazhar.
Jadilah engkau seorang hamba Allah yang bersyukur, di mana Dia telah menuntunmu menemukan
DAKWAH DAN SERUAN AL-MAHDI AL-MUNTAZHAR
di zaman hiwar sebelum muncul.
Jadilah engkau di kalangan hamba-hamba Allah yang bersyukur, di mana Allah telah menjadikanmu termasuk di kalangan Pendahulu Anshar Al-Mahdi Yang Terpilih di era diskusi ini menuju era manifestasi.
Tidaklah layak bagi Imam Mahdi yang sejati dari Tuhan kalian untuk mengikuti hawa nafsu kalian agar dia redha dengan kalian.
Allah-lah yang lebih berhak untuk (diharapkan dari-Nya) redha sekiranya kalian benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah mengingkari Sunnah Nabi yang haq, dan ikutilah Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya -shollallaahu 'alayhi wasallam-.
Salam sejahtera ke atas para utusan dan segala pujian
hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam
أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.
Saudaramu, Imam Mahdi Nasser Mohammed Al-Yamani.
ـــــــــــــــــــــــــ ـ
sumber bayan:
https://mahdialumma.net/showthread.php?p=34354
تم بالتوفيق والعناية
والحمد لله لا شريك له
15 محرم 1435هـ
18 نوفمبر 2013م