الموضوع: Katakanlah: "Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata..

النتائج 1 إلى 1 من 1
  1. افتراضي Katakanlah: "Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata..


    اقتباس المشاركة 312322 من موضوع Balasan Imam Untuk Yang Nama Panggilannya Penuntut Ilmu

    - 9 -

    Al Imam Nasser Mohammed Al Yamani
    07 - 02 - 1429 هـ
    15 - 02 - 2008 مـ
    11:28 مساءً
    ـــــــــــــــــــ


    Katakanlah: "Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata..


    Dengan nama Allah Ar Rahman Ar Rahim, salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam, semoga keselamatan tetap ke atas kita dan pengikut kebenaran, selanjutnya..

    Kepada semua orang yang mengikuti Al Imam Al Mahdi dari seluruh dunia, ketahuilah oleh kalian bahawa gerakan Al Mahdi Al Muntadhar dengan kebenaran, Al Imam Nasser Mohammed Al Yamani, adalah gerakan yang membawa rahmat ke seluruh dunia mengikuti jalan nendaku, Nabi pilihan dan penutup para nabi dan rasul, sholawat dan salam penghormatan ke atas baginda beserta keluarganya dan ke atas semua umat Islam yang mengikuti kebenaran, sebaik-baik perkataan adalah seruan dakwah ke jalan Allah Tuhan Semesta Alam.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
    Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"
    Maha Benar Allah
    [Fushshilat 33]


    Aku tidak tahu ada ucapan dalam Kitabullah yang lebih baik dari seruan dakwah ke jalan Allah Tuhan Semesta Alam berdasarkan hujjah yang jelas dan nyata menuju jalan yang lurus.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
    Katakanlah: "Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata..
    Maha Benar Allah
    [Yusuf 108]


    Akan tetapi wahai sekalian pendakwah yang menyeru ke jalan Allah, Allah berpesan kepada kalian dalam Al Quran, firman Allah Ta'ala:
    Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk
    Maha Benar Allah
    [An Nahl 125]


    Bilamana orang-orang jahil yang tidak mengetahui berbicara tidak elok kepada kalian, maka janganlah kalian membalas mereka dengan balasan yang serupa, bersabarlah kalian semata-mata demi Tuhan kalian.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
    Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan
    Maha Benar Allah
    [Al Furqan 63]


    Jadilah kalian semua termasuk kalangan orang-orang yang dinyatakan oleh Allah mengenai mereka:
    Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil"
    Maha Benar Allah
    [Al Qashash 55]


    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
    dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan
    Maha Benar Allah
    [Al Furqan 63]


    Wahai Penuntut Ilmu, sesungguhnya kami telah sertakan untuk kalian pautan tambahan bagi risalahku sebagai amanah untuk kalian sampaikan ke seluruh laman web para mufti di negara-negara Islam, yang demikian itu supaya mereka dapat membantumu untuk membalas kami.

    Aku mempersilakan semua ulama Sunnah dan Syi'ah untuk berhiwar, begitu juga seluruh ulama dari kelompok-kelompok yang lain, hendaklah kalian semua mempertahankan agama Islam, seandainya kalian berpendapat aku ini berada di atas kesesatan yang nyata, jika sungguh kalian orang-orang yang benar
    !
    Akan tetapi tidak seperti balasanmu ini wahai Penuntut Ilmu, sesungguhnya aku lihat engkau benar-benar masih sebagai penuntut ilmu, dan engkau hanya mengetahui sedikit dari perkara agama sebagaimana yang engkau katakan, namun tuntutlah ilmu dari ahlinya, yaitu dari orang-orang yang telah Allah kurniakan ilmu pengetahuan kepada mereka, lalu Allah tambahkan kepada mereka keluasan dan penguasaan terhadap ilmu pengetahuan Al Quran melebihi seluruh ulama umat.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
    maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui
    Maha Benar Allah
    [Al Anbiya 7]


    Wahai saudaraku yang budiman Penuntut Ilmu, aku ini tidak mengajakmu dengan selain firman Allah dan sabda Rasulullah -shollallaahu 'alayhi wasallam-, lalu engkau bersumpah demi Allah dengan sungguh-sungguh menyatakan aku ini berada di atas kesesatan yang nyata! Adakah engkau lihat Nasser Mohammed Al Yamani menghujjahmu dengan selain ayat-ayat Allah yang muhkamat, yang jelas lagi menjelaskan, lantas engkau berpendapat aku ini berada di atas kesesatan yang nyata
    ?
    Semoga Allah memaafkanmu wahai saudaraku yang budiman, kelak aku akan ajarkan kepadamu permohonan doa untuk engkau mohon dalam doamu jika sungguh engkau mencari kebenaran, sesungguhnya engkau tidak akan nampak kebenaran selama-lamanya, selagi engkau sendiri tidak menginginkan kebenaran itu dan bukan selain kebenaran, ucapkanlah:


    Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Al Haqq, yang Maha Benar, dan Penuntut Ilmu ini tidak menginginkan kecuali kebenaran, sekiranya sungguh Nasser Mohammed Al Yamani membawa kebenaran dan membimbing ke jalan yang lurus, maka perlihatkanlah padaku kebenaran itu sebagai kebenaran dan anugerahilah aku untuk mengikutinya

    Dan sekiranya Nasser Al Yamani berada dalam kebatilan maka teguhkanlah aku untuk menghadapinya dengan dalil bukti dari Al Quran, agar kami dengan kebenaran dapat membungkamnya dengan sebenar-benarnya, sesungguhnya Engkau-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, wahai (Allah) Cahaya langit dan bumi, barangsiapa yang tidak Engkau jadikan baginya cahaya, maka tiadalah baginya cahaya sedikitpun, hanya kepada-Mu-lah tempat kembalinya segala urusan

    Wahai (Allah) Yang Maha Mengetahui mata-mata khianat, Yang Maha Mengetahui segala yang terpendam di dalam dada, wahai (Allah) Yang Maha Membangkitkan orang-orang yang telah mati, hanya kepada-Mu-lah semuanya dibangkitkan, Maha Suci Engkau dan Maha Tinggi Engkau, Maha Luhur lagi Maha Agung, sesungguhnya Engkau-lah yang Maha Tinggi lagi Maha Menguasai, dan hanya kepada-Mu-lah semuanya dikembalikan.


    Saudara kalian Al Imam Nasser Mohammed Al Yamani
    _______________

    اقتباس المشاركة 49787 من موضوع ردود الإمام على المكنّى طالب العلم: إلى طالب العلم هَلُمّ إلى الحوار..




    - 9 -

    الإمام ناصر محمد اليماني
    07 - 02 - 1429 هـ
    15 - 02 - 2008 مـ
    11:28 مساءً
    ـــــــــــــــــــ



    { قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّه عَلَى بَصِيرَة أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي }..

    بسم الله الرحمن الرحيم، وسلامٌ على المُرسلين والحمدُ لله ربّ العالمين، السلام علينا وعلى التابعين للحقّ، وبعد..
    إلى جميع التابعين للمهديّ المنتظَر من العالمين، عليكم أن تعلموا إنّما حركة المهديّ المنتظَر بالحقّ (الإمام ناصر مُحمد اليماني) إنما هي رحمةٌ للعالمين على نهج جدّي المُصطفى خاتم الأنبياء والمُرسلين عليه وعلى آله الطيبين الصلاة والتسليم وعلى جميع المُسلمين التابعين للحقّ، وأحسن ما ينطق به اللسان هي الدعوة إلى الله ربّ العالمين. تصديقاً لقول الله تعالى:
    {وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ} صدق الله العظيم [فصلت:33].

    فلا أعلم قولاً في الكتاب هو أحسن قولاً من الدعوة إلى الله ربّ العالمين على بصيرةٍ مُنيرةٍ إلى الصراط المُستقيم. تصديقاً لقول الله تعالى:
    {قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي} صدق الله العظيم [يوسف:108].

    ولكن يا معشر الدُّعاة إلى الله لقد توصّاكم الله في القرآن العظيم، وقال تعالى:
    {ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ} صدق الله العظيم [النحل:125].

    وإذا خاطبكم الجاهلون فلا تردّوا عليهم بالمثل صابروا من أجل ربكم. تصديقاً لقوله تعالى:
    {وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا} صدق الله العظيم [الفرقان:63].

    وكونوا من الذين قال الله عنهم:
    {وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ} صدق الله العظيم [القصص:55].

    تصديقاً لقول الله تعالى:
    {وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا} صدق الله العظيم [الفرقان:63].

    ويا طالب العلم لقد أرفقنا لكم الرابط المُضاف إلى الخطاب أمانةً تبلّغوا بها إلى جميع مواقع المفتين في الديار الإسلاميّة وذلك حتى يساعدوك في الرد علينا. وأُرحبُّ بجميع عُلماء السّنة والشيعة للحوار وكذلك بجميع عُلماء الطوائف الأخرى أجمعين، وذودوا عن حياض الدين إن كنتم تروني على ضلالٍ مُبينٍ إن كنتم صادقين! ولكن ليس كردك يا طالب العلم، وإني أراك حقاً لا تزال طالب علمٍ وعويلم كما تقول، ولكن أطلب العلم من أهله الذين يؤتيهم الله العلم فيزيدهم بسطةً في علم الكتاب على جميع علماء الأمّة. تصديقاً لقول الله تعالى:
    {فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ} صدق الله العظيم [الأنبياء:7].

    ويا أخي الكريم طالب العلم، إني لا أدعوك بغير حديث الله ورسوله صلّى الله عليه وآله وسلم ومن ثم تقسم بالله جهد أيمانك أنك تراني على ضلالٍ مبين! فهل رأيت ناصر اليماني يجادلك بغير آيات الله المُحكمات الواضحات البيّنات ومن ثم تراني على ضلالٍ مُبينٍ؟ وعفا الله عنك أخي الكريم، وسوف أعلّمك دُعاءً تدعو به إن كنت تبحث عن الحقّ فإنك لن تُبصر الحقّ أبداً ما لم تُرد الحقّ ولا غير الحقّ، وقل:
    اللهم إنك أنت الحقّ وطالب العلم لا يُريد غير الحقّ، فإن كان ناصر مُحمد اليماني قد جاء بالحقّ ويهدي إلى صراطٍ مُستقيمٍ فأرني الحقّ حقاً وارزقني اتِّباعه، وإن كان ناصر اليماني على الباطل فأيِّدني عليه بالسلطان من القرآن حتى نلجمه بالحقّ إلجاماً إنك أنت السميع العليم، يا نور السموات والأرض من لم تجعل له نوراً فما له من نور وإليك تُرجع الأمور يا من تعلم خائنة الأعين وما تخفي الصدور ويا من تبعث من في القبور وإليك النشور، سبحانك وتعاليت علواً كبير إنك أنت العلي القدير وإليك المصير.

    أخوكم الإمام ناصر مُحمد اليماني.
    _______________







    اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..

المواضيع المتشابهه
  1. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 06-06-2018, 10:00 PM
  2. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 26-06-2016, 01:59 AM
  3. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 01-05-2016, 09:04 PM
  4. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 21-02-2016, 10:57 AM
  5. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 27-06-2015, 01:43 AM
ضوابط المشاركة
  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •