[ لمتابعة رابط المشاركـــــــــــــة الأصليّة للبيــــــــــــــان ]
Lihat postingan asal keterangan ini
الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
11 - 10 - 1435 هـ
07 - 08 - 2014 مـ
09:54 مساءً
ــــــــــــــــــ
ليست نجاسة الشرك بدنيّة؛ بل نجاسة روحيّة لا علاقة لها بالمصافحة بين الناس..
Kekotoran syirik itu bukanlah secara jasmani; namun najis secara rohani yang tiada hubungannya dengan berjabat tangan sesama manusia..
بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على محمدٍ رسول الله وجميع المؤمنين في كل زمانٍ ومكانٍ إلى يوم الدين..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas Muhammad Rasulullah dan seluruh orang-orang beriman pada setiap zaman dan tempat hinggalah Hari Pembalasan..
وياحبيبي في الله (ع) السائل هل مصافحة المشرك أو الكافر تنقض الوضوء؟ فمن ثمّ نفتيك بالحقّ أن ذلك المعتقد سوف ينفِّر المشركين والكافرين حين يرونكم تصافحونهم ومن ثمّ تنطلقون لتتوضأوا.
Wahai kekasihku di jalan Allah yang bertanya adakah bersalaman dengan orang musyrik atau kafir itu dapat membatalkan wudhu? Untuk ini kami fatwakan dengan kebenaran bahawa kepercayaan yang demikian itu kelak dapat membuatkan orang-orang musyrik dan kafir merasa takut dan asing tatkala mereka melihat kalian bersalaman dengan mereka, lalu kemudian kalian pergi meninggalkan mereka untuk berwudhu.
ويا قرة عين إمامك، إنما النّجاسة الشركيّة نجاسةٌ روحيّة وليست نجاسةً بدنيةً خارجيةً، فبشروا ولا تنفروا أحبتي في الله، وادعوا إلى سبيل الله بالحكمة والموعظة الحسنة، وأكرموا الكافرين بضيافتكم وبروهم وأقسطوا إليهم تنفيذاً لأمر الله إليكم في محكم كتابه في قول الله تعالى:{لا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ} صدق الله العظيم [الممتحنة:8].
Wahai penyejuk mataku, sesungguhnya kenajisan syirik itu hanyalah najis secara rohani dan bukan najis secara jasmani luaran, maka gembirakanlah dan jangan membuat mereka takut atau merasa asing wahai kekasihku di jalan Allah.
Serulah mereka ke jalan Allah dengan hikmah kebijaksanaan dan pengajaran dengan kata-kata yang baik, hormati orang-orang kafir yang menjadi tetamu kalian, layanilah mereka dengan baik, dan hendaklah kalian berlaku adil terhadap mereka, demi menuruti perintah Allah kepada kalian dalam muhkam KitabNya pada firman Allah Ta'ala:
Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak [pula] mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (8)
Maha Benar Allah
[Al-Mumtahanah]
واعلموا إنّما ابتعثكم اللهُ والإمامَ المهدي رحمةً للعالمين فقولوا للناس حسناً وبشِّروا ولا تنفِّروا وأكرموا الكافرين بضيافتكم كما تكرمون المؤمنين، ألا وإنّ الدين هو المعاملة الحسنة الطيبة مع الناس بشكلٍ عامٍ، واعلموا أنّ دين الله الإسلام رحمةٌ للأمم أجمعين.
Ketahuilah kalian bahawasanya Allah telah mengutus kalian dan Al-Imam Al-Mahdi sebagai rahmat buat sekalian alam, maka ucapkanlah oleh kalian kata-kata yang baik kepada manusia, sampaikanlah berita gembira kepada mereka dan janganlah kalian membuat mereka merasa takut, terasing dan menjauh.
Muliakan dan hormatilah orang-orang non-muslim yang bertamu kepada kalian sebagaimana kalian memuliakan dan menghormati orang-orang beriman, ingatlah bahawasanya agama itu adalah mu'amalah -perhubungan dan interaksi- yang baik lagi menyenangkan sesama manusia secara umum, dan ketahuilah oleh kalian bahawasanya agama Allah Islam ini merupakan rahmat bagi sekalian umat.
وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.
Salam sejahtera ke atas para Rasul, segala pujian hanya
bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
Saudara kalian Al-Imam Al-Mahdi
Naser Mohammed Al-Yamani.
ــــــــــــــــــ