مصدر البيان:
https://mahdialumma.net/showthread.php?t=2608
الإمام ناصر محمد اليماني
Imam Nasser Mohammed Al-Yamani
12-03-2010
09:58 pm
ـــــــــــــــــــ
بيان المهدي المنتظر عن القضاء والقدر من محكم الذكر..
Bayan Imam Mahdi Mengenai Qada dan Qadar dari Muhkam Al-Qur'an
بسم الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
{ إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا }
والصلاة والسلام على كافة الأنبياء والمُرسلين وآلهم الطيبين الطاهرين من أولهم إلى خاتمهم جدي محمد رسول الله وكافة المُسلمين التابعين للحق إلى يوم الدين..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.
Sholawat dan salam ke atas seluruh para Nabi dan Rasul beserta keluarga mereka yang suci, dari yang pertama hingga Penutup mereka nendaku Muhammad Rasulullah, dan seluruh kaum muslimin yang mengikuti mereka dengan kebenaran hingga Hari Kiamat..
وهذا بيان الإمام المهدي إلى القدريين الذين يقولون على الله مالا يعلمون، فيزعمون أن ارتكاب الفاحشة وأعمال السوء قدراً من الله، فيقول: "قدّر الله عليه أن يرتكب فاحشة". والجواب من محكم الكتاب: قال الله تعالى: { وَإِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً قَالُوا وَجَدْنَا عَلَيْهَا آبَاءَنَا وَاللَّـهُ أَمَرَنَا بِهَا قُلْ إِنَّ اللَّـهَ لَا يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ أَتَقُولُونَ عَلَى اللَّـهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ ﴿٢٨﴾ قُلْ أَمَرَ رَبِّي بِالْقِسْطِ وَأَقِيمُوا وُجُوهَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ كَمَا بَدَأَكُمْ تَعُودُونَ ﴿٢٩﴾ فَرِيقًا هَدَىٰ وَفَرِيقًا حَقَّ عَلَيْهِمُ الضَّلَالَةُ إِنَّهُمُ اتَّخَذُوا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ اللَّـهِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُم مُّهْتَدُونَ ﴿٣٠﴾ } صدق الله العظيم [الأعراف]
Ini adalah keterangan Imam Mahdi kepada kelompok Qadariyah yang mengatakan terhadap Allah SWT mengenai sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya.
Mereka menyangka bahawa perlakuan perbuatan keji dan berbuat keburukan itu adalah Qadar (ketetapan) dari Allah SWT, dengan mengatakan:
“Allah telah mentakdirkan dia melakukan perbuatan keji”
Padahal jawaban dari Muhkam Al-Qur'an:
Firman Allah SWT:
Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata: "Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya. Katakanlah: "Sesungguhnya Allah tidak menyuruh [mengerjakan] perbuatan yang keji." Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?(28)
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh menjalankan keadilan".Dan [katakanlah]: "Luruskanlah muka [diri] mu di setiap shalat dan sembahlah Allah dengan mengikhlaskan keta’atanmu kepada-Nya. Sebagaimana Dia telah menciptakan kamu pada permulaan [demikian pulalah] kamu akan kembali kepada-Nya]". (29)
Sebahagian diberi-Nya petunjuk dan sebahagian lagi telah pasti kesesatan bagi mereka. Sesungguhnya mereka menjadikan syaitan-syaitan pelindung [mereka] selain Allah, dan mereka mengira bahwa mereka mendapat petunjuk. (30)
Maha Benar Allah
(Al-A'raaf)
وقال الله تعالى:
{ إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاء ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ } صدق الله العظيم [النحل:90]
Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya Allah menyuruh [kamu] berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. (90)
Maha Benar Allah
(An-Nahl)
ولربما يود أن يقاطعني أحد عُلماء القدريين فيقول: "مهلاً يا ناصر محمد اليماني ألم يقل الله تعالى: { وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا } صدق الله العظيم [الكهف:49]
Barangkali ada seseorang dari kalangan ulama Qadariyah ingin memotong ucapanku dengan mengatakan:
“Nanti dulu wahai Nasser Mohammed Al-Yamani, bukankah Allah SWT berfirman:
Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang [tertulis] di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak [pula] yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada [tertulis]. Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang jua pun".(49)
Maha Benar Allah
(Al-Kahfi)
ويقصد بذلك أعمال السوء في الكتاب المبين الخاص برب العالمين".
Yang dimaksudkan dengan demikian adalah amal-amal dari perbuatan buruk dalam Kitab Yang Nyata (Lauh Al- Mahfuz), yang berhubungan dan melibatkan Tuhan Semesta Alam – yakni merupakan ketetapan Allah dan ketentuan dari-Nya”.
ومن ثم يرد عليه الإمام المهدي ناصر محمد اليماني وأقول: حَقِيقٌ عَلَى أَنْ لاَ أَقُولَ عَلَى اللَّهِ إِلاَ الْحَقَّ، ولسوف أفتيكم عن القضاء والقدر. ألا وإن القدر هو تقدير أحكامٍ من الرب في الكتاب بسبب علمه بما سوف يعمله عبيده، ويعلم علام الغيوب أعمالكم فكتب ما سوف تفعلون، وليس أنّ عِلْمَه السوء هو القضاء والقدر، سبحان رب العالمين.. بل القضاء والقدر هي الأحكام التي حكم بها على أصحاب فعل السوء، ويعلم علّام الغيوب أن عبده فلان سوف يفعل من السوء كذا وكذا، ثم كتب ذلك في علم الغيب عنده في الكتاب المبين كتاب علام الغيوب، ثم قدّر حكمه على عبده من غير ظلمٍ بل بسبب علمه ما سوف يفعله عبدُه من السوء الذي علمه من قبل أن يخلق عبدَه، وليس أن الله قدّر عليه عمل السوء بل عَلِمَ الله ما سوف يعْمَلُهُ عبادُه من السوء ثم دوّنه في كتابه ثم قدّر الأحكام عليهم من العذاب الأدنى دون العذاب الأكبر لعلهم يرجعون. ولكنّ الله جعل فارق زمني بين علمه بحدث السوء وبين القضاء والقدر، فجعل هناك فارق زمني ما يشاء قبل أن يصيبه بحكم القضاء بقدر مقدور، وذلك لعله يستغفر ويتوب قبل مجيئ قدر القضاء لحكمه بالمصيبة. تصديقاً لقول الله تعالى:
{ وَمَا كَانَ اللّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ } صدق الله العظيم [الأنفال:33]
Oleh itu Imam Mahdi Nasser Mohammed Al-Yamani membantahnya, aku katakan:
Sudah selayaknya aku tidak mengatakan terhadap Allah kecuali kebenaran, dan kelak aku akan fatwakan kepada kalian mengenai Qada' dan Qadar.
Ketahuilah sesungguhnya Qadar adalah takdir ketentuan dari ketetapan keputusan Tuhan di dalam Kitab (Lauh Mahfuz), berdasarkan pengetahuan-Nya terhadap apa yang kelak akan diperbuat oleh hamba-hamba-Nya.
Dia Yang Maha Mengetahui Segala Keghaiban sangat mengetahui amal-amal yang kalian perbuat, kerana Dia-lah yang telah menentukan apa yang kalian akan perbuat kelak.
Ini tidak bermakna pengetahuan-Nya terhadap keburukan adalah Qada' dan Qadar, Maha Suci Tuhan Semesta Alam..
Namun Qada' dan Qadar ialah ketetapan-ketetapan yang Allah SWT putuskan dengannya terhadap pelaku-pelaku perbuatan buruk, sedang Dia Yang Maha Mengetahui Segala Keghaiban sangat mengetahui bahawa hamba-Nya si Fulan kelak akan mengerjakan amal buruk sekian dan sekian, lalu Dia mencatatkan demikian dalam ilmu pengetahuan ghaib di sisi-Nya dalam Kitab Yang Nyata, Kitab Milik Yang Maha Mengetahui Segala Keghaiban, kemudian Dia menetapkan hukum keputusan-Nya terhadap hamba-Nya tanpa menzaliminya, namun berdasarkan pengetahuan-Nya terhadap amal buruk yang kelak akan diperbuat oleh hamba-Nya, yang telah diketahui-Nya sebelum Dia menciptakan hamba-Nya.
Bukan bermakna Allah telah mentakdirkan terhadap hamba-Nya perbuatan buruk, akan tetapi Allah SWT telah mengetahui apa yang akan dikerjakan oleh hamba-hamba-Nya dari perbuatan buruk, lalu Allah SWT mencatatnya dalam Kitab-Nya kemudian Dia menetapkan keputusan hukum-Nya dari sebahagian azab yang dekat sebelum azab yang lebih besar terhadap mereka agar mereka kembali (menyesali-bertaubat).
Namun, Allah SWT telah menjadikan adanya tempoh waktu di antara keduanya, antara pengetahuan-Nya terhadap terjadinya perbuatan buruk, dan antara Qada' dan Qadar.
Maka Allah SWT telah menjadikan masa di antara keduanya menurut apa-apa yang dikehendaki-Nya sebelum Dia menimpakan kepada hamba-Nya hukuman keputusan dari Qada' ketentuan dengan Qadar ketetapan yang telah ditakdirkan-Nya.
Demikian ini mudah-mudahan agar hamba-Nya memohon ampun beristighfar dan kembali bertaubat, sebelum datangnya ketentuan yang ditetapkan bagi menghukumnya dengan musibah.
Pembenaran terhadap firman Allah SWT:
Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.(33)
Maha Benar Allah
(Al-Anfal)
كون العبد لو عمل سوءً ثم استغفر وتاب وأناب إلى الرب ليغفر ذنبه ويهدي قلبه فلن يصيبه الله بحكم القضاء والقدر عليه بالمصيبة، بل سوف يبرئ الله حكم المصيبة المقدرة في الكتاب فلا تصيبه بسبب توبته من بعد فعل السوء، فيبدلها بحكم حسنة العفو والمغفرة على عبده بسبب أنه أناب من قبل أن يأتي القدر الزمني لقضاء حكمه على عبده بالمصيبة في نفسه أو أي مصيبة مادية يقدرها عليه فلن تصيبه، فيمر قدرها المقدور في الكتاب المسطور فلا يتحقق من المصيبة شيء، والسبب كون الله أبرأها من الكتاب بسبب أن عبدَه من بعد أن فعل السوء استغفر الله وتاب وأناب فتاب الله عن الخطّائين الذين تابوا وأنابوا وقالوا: { رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ }صدق الله العظيم [البقرة:286]
Kerana sekiranya hamba-Nya berbuat keburukan kemudian dia beristighfar dan bertaubat dengan kembali kepada Tuhan, nescaya Tuhan mengampuni dosanya dan menunjuki hatinya.
Allah SWT tidak akan menimpakan kepadanya ketetapan hukum dari Qada dan Qadar terhadapnya dengan musibah, bahkan kelak Allah akan membebaskan hukuman musibah yang ditakdirkan-Nya dalam Kitab-Nya, lalu musibah yang telah ditetapkan itu tidak menimpanya disebabkan dia bertaubat setelah melakukan perbuatan buruk.
Allah SWT menggantikan musibah itu dengan ketetapan hukum berupa kebaikan dari kemaafan dan keampunanan ke atas hamba-Nya disebabkan hamba-Nya telah kembali bertaubat, sebelum datangnya Qadar ketetapan duniawi bagi Qada' ketentuan hukuman keputusan-Nya terhadap hamba-Nya dengan musibah pada dirinya, atau apa sahaja musibah kebendaan yang akan ditakdirkan terhadap perbuatan buruk.
Maka musibah itu tidak menimpanya dan berlalulah takdir yang telah ditetapkan dalam Kitab yang tertulis, jadi tidak ada musibah yang menimpanya sama sekali.
Penyebabnya, kerana Allah SWT telah melenyapkan musibah itu dari Kitab-Nya, disebabkan bahawasanya hamba-Nya itu setelah melakukan kejahatan, dia memohon ampun dan bertaubat serta kembali kepada Tuhannya Allah SWT.
Maka Allah SWT menerima taubat dari orang-orang yang melakukan kesalahan, yang benar-benar bertaubat serta kembali kepada Allah SWT dengan berkata:
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". (286)
Maha Benar Allah
(Al-Baqarah)
ومن ثم يغفر الله لهم خطأهم، ويغفر الله لهم ما عملوه من السوء كونهم استغفروا الله وأنابوا إليه وتابوا من قبل أن يأتي القضاء والقدر عليهم بحكم المصيبة الحق من غير ظلمٍ، ولم يأتي القضاء والقدر إلا وقد أبرأ الله حكمه حتى لا يصيبهم به كون القضاء والقدر لن يصيبهم بالمصيبة في أنفسهم أو في أموالهم إلا إذا جاء قدر قضائها وهم لم يستغفروا ربهم ويتوبوا إليه. تصديقاً لقول الله تعالى:
{ مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ } صدق الله العظيم [الحديد:22]
Kerana itulah Allah SWT mengampuni bagi mereka atas kesalahan-kesalahan mereka dan Allah SWT juga mengampuni bagi mereka terhadap keburukan yang mereka kerjakan, kerana mereka telah memohon ampunan Allah dan kembali kepada-Nya dengan bertaubat, sebelum datangnya Qada' dan Qadar ke atas mereka dengan hukuman musibah yang haq tanpa ada kezaliman padanya.
Qada dan Qadar tidak datang melainkan Allah SWT telah menciptakan keputusan baginya supaya mereka tidak tertimpa hukuman itu, kerana Qada dan Qadar tidak akan menimpa mereka dengan musibah pada diri mereka atau pada harta mereka, kecuali ketika telah datang Qadar ketetapan dari Qada' ketentuan bagi hukuman musibah, sedang mereka tidak memohon ampun kepada Tuhan mereka dan tidak bertaubat kembali kepada-Nya.
Benarlah firman Allah SWT:
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (22)
Maha Benar Allah
(Al-Hadid)
وتلك المصيبة هي المقصودة بالقضاء والقدر في الكتاب، وهي أحكام الله بالمصائب على عبيده بالحق من غير ظلم بقدر مقدور في الكتاب المسطور، ولكن سبحان ربي الذي من رحمته جعل هناك فارق زمني بين السوء الذي سيرتكبه عبده وبين الحكم عليه بمصيبة ما، وجعل فارق زمني في الكتاب للقضاء بحكم المصيبة عليه إلى قدر مقدور. وأغلب القضاء والقدر هي أحكام عليهم بالمصائب بسبب ذنوبهم لعلهم يرجعون دون المصيبة الكبرى بالعذاب الأكبر، كون الله لو يصيب الناس بالعذاب الأكبر فور ذنوبهم إذاً لأهلكهم فور الانتهاء من عمل السوء، كون الله لو يأخذ كل عبد بما كسب فور ذنبه إذاً لما ترك على الأرض من دابة كونه لا يوجد أحد معصوم من الخطأ أبداً غير الله سبحانه وتعالى علواً كبيراً. تصديقاً لقول الله تعالى:
{ وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآياتِ رَبِّهِ فَأَعْرَضَ عَنْهَا وَنَسِيَ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ إِنَّا جَعَلْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَنْ يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْراً وَإِنْ تَدْعُهُمْ إِلَى الْهُدَى فَلَنْ يَهْتَدُوا إِذاً أَبَداً (57) وَرَبُّكَ الْغَفُورُ ذُو الرَّحْمَةِ لَوْ يُؤَاخِذُهُمْ بِمَا كَسَبُوا لَعَجَّلَ لَهُمُ الْعَذَابَ بَلْ لَهُمْ مَوْعِدٌ لَنْ يَجِدُوا مِنْ دُونِهِ مَوْئِلاً (58) } صدق الله العظيم [الكهف]
Musibah itulah yang dimaksudkan dengan Qada' dan Qadar di dalam Al-Qur'an, ia merupakan keputusan-keputusan dari Allah dengan hukuman berupa musibah-musibah terhadap hamba-Nya dengan haq tanpa menzaliminya, sesuai takdiryang telah ditentukan-Nya di dalam Kitab yang tertulis.
Namun Maha Suci Tuhanku yang dari rahmat-Nya itu, Dia telah menjadikan adanya tempoh waktu antara keburukan yang kelak akan dilakukan oleh hamba-Nya, dan antara hukuman terhadap pelaku keburukan itu dengan apa-apa musibah.
Allah SWT telah menjadikan adanya tempoh waktu dalam Kitab-Nya bagi Qada' ketentuan dengan hukuman musibah terhadapnya sampailah pada Qadar ketetapan (takdir)yang ditetapkan-Nya.
Bahagian terbesar dari Qada' dan Qadar ialah hukuman-hukuman ke atas mereka berupa musibah-musibah disebabkan dosa-dosa yang mereka perbuat agar mereka kembali.
Ia bukan musibah terbesar dengan siksaan yang besar pula kerana sekiranya Allah SWT langsung menimpakan manusia dengan azab yang besar sebaik sahaja mereka usai melakukan dosa-dosa, jika begitu, nescaya Allah SWT telah membinasakan mereka sebaik sahaja mereka selesai mengerjakan perbuatan buruk.
Demikian ini kerana jika Allah SWT langsung membalas setiap hamba menurut apa yang diperbuatnya sebaik sahaja dia berdosa, jika begitu tentulah tidak ada seorang manusia pun yang masih tinggal di bumi, kerana tidak ada seorang pun yang ma'sum -terjaga dari melakukan kesalahan- selama-lamanya selain Allah SWT, Maha Tinggi Dia lagi Maha Agung.
Pembenaran terhadap firman Allah SWT:
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu dia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak) dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayat petunjuk selama-lamanya. (57)
Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya. Jika Dia mahu menyeksa mereka (di dunia) disebabkan apa yang mereka telah usahakan, tentulah Dia akan menyegerakan azab itu menimpa mereka; (tetapi Dia tidak berbuat demikian) bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang mereka tidak sekali-kali akan dapat sebarang tempat perlindungan, yang lain daripadanya. (58)
Maha Benar Allah
(Al-Kahfi)
ولكن الله يمهل عباده ويقدّر لمن يشاء منهم بمصائب في أموالهم أو مرض بأنفسهم لعلهم يرجعون إلى ربهم فيتوبون إليه قبل أن يأتي قدر القضاء بالحكم عليهم بالهلاك، وعلى سبيل المثال: علِم الله أن عبده فلان سوف يفعل من السوء كذا وكذا في يوم كذا وكذا في الساعة الفلانية، ثم يكتب الله ذلك في علم غيبه لعمل هذا العبد، ومن ثم يكتب عليه حكمه بقضائه وقدره بمصيبة كذا، ولكنه لا يجعل قدر حكمه الزمني فور زمن فعل ارتكاب فعل السوء إذ لا يزال يريد أن يمهل عبده فيجعله الحكم بالمصيبة بقدر من بعد ذلك بما يشاء الله، وتلك فرصة زمنية من رب العالمين لعل عبده يستغفر ويتوب وينيب من قبل أن يأتي قدر القضاء عليه بحكم المصيبة، ولكن الذين لا يعلمون خلطوا بين علم الله بأعمال عباده وبين القضاء والقدر فليتقوا الله ولا يقولوا على الله مالا يعلمون كون الله لا يأتي منه إلا الخير وأما المصيبة فهي بسبب ما قدمته أيديهم. تصديقاً لقول الله تعالى:
{ ذَلِكَ بِمَا قَدّمَتْ أَيْدِيكُمْ وَأَنّ اللّهَ لَيْسَ بِظَلاّمٍ لّلْعَبِيدِ } صدق الله العظيم [آل عمران:182]
{ مَّا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفْسِكَ } صدق الله العظيم [النساء:79]
Namun Allah SWT memberi tangguh terhadap hamba-hamba-Nya, dan Dia menentukan takdir-Nya bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dengan musibah-musibah pada harta-benda mereka atau dengan penyakit yang menimpa mereka agar mereka kembali kepada Tuhan mereka, lalu mereka bertaubat kepada-Nya sebelum datangnya Qadar ketetapan dari Qada' ketentuan-Nya dengan hukuman ke atas mereka dengan kebinasaan.
Sebagai contoh: Allah SWT telah mengetahui bahawa hamba-Nya si Fulan kelak akan berbuat jahat sekian dan sekian, pada hari sekian dan sekian, jam sekian dan sekian. Kemudian Allah SWT mencatatkan yang demikian dalam ilmu keghaiban-Nya bagi amal perbuatan si hamba tadi, lalu Allah SWT menetapkan ke atasnya hukum keputusan-Nya dengan Qada' ketentuan-Nya dan Qadar ketetapan-Nya dengan musibah sekian.
Akan tetapi Allah SWT tidak menjadikan Qadar ketetapan hukumannya yang sementara itu langsung pada waktu perbuatan buruk dikerjakan, sementara Allah SWT masih berkehendak untuk memberi tangguh hamba-Nya, lalu menjadikan hukuman dengan musibah itu dengan Qadar ketetapan setelah terjadi demikian menurut apa-apa yang dikehendaki Allah SWT.
Itu adalah peluang dalam tempoh tertentu dari Tuhan Semesta Alam agar hamba-Nya memohon ampun, bertaubat dan kembali kepada-Nya sebelum datang Qadar ketetapan dari Qada' ketentuan-Nya terhadap hamba-Nya dengan hukuman musibah.
Namun orang-orang yang tidak mengetahui telah mencampur-adukkan antara ilmu pengetahuan Allah terhadap amal perbuatan hamba-Nya, dan antara Qada' dan Qadar.
Maka hendaklah mereka bertakwa dan takut kepada Allah, dan hendaklah mereka tidak mengatakan terhadap Allah dengan apa-apa yang mereka tiada mengetahuinya, kerana tiada sesuatu yang datang dari sisi Allah SWT selain kebaikan.
Adapun musibah, maka ianya disebabkan oleh apa-apa yang diperbuat oleh tangan-tangan mereka.
Benarlah firman Allah SWT:
yang demikian itu adalah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, dan bahwasanya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hamba-Nya. (182)
Maha Benar Allah
(Ali Imron)
Apa saja ni’mat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari [kesalahan] dirimu sendiri.
Maha Benar Allah
(An-Nisa)
ولربما يود أحد الذين يُؤوِّلون كلام الله من عند أنفسهم أن يقاطعني فيقول: "مهلاً يا ناصر محمد اليماني، إنما يكتب الله عمل السوء في الكتاب عند الحدث. تصديقاً لقول الله تعالى: { لّقَدْ سَمِعَ اللّهُ قَوْلَ الّذِينَ قَالُوَاْ إِنّ اللّهَ فَقِيرٌ وَنَحْنُ أَغْنِيَآءُ سَنَكْتُبُ مَا قَالُواْ } صدق الله العظيم [آل عمران:181]
Barangkali ada seseorang dari kalangan orang-orang yang mentafsirkan Al-Qur'an mengikut kehendak mereka ingin menyangkal ucapanku dengan berkata:
“Nanti dulu wahai Nasser Mohammed Al-Yamani, Allah SWT hanya mencatat amal buruk dalam Kitab-nya ketika ia terjadi, sesuai firman Allah SWT:
Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya". Kami akan mencatat perkataan mereka itu
Maha Benar Allah
(Ali Imron)
ثم يزعم أنه قد حاجَّ الإمام ناصر محمد اليماني بآية محكمة بيّنة، ثم يقول: "وكيف لا تكون آية محكمة وفتوى داحضة تفتي أن الله لا يكتب قولَ وفعلَ السوء للعبيد إلا من بعد ما يُحدثون فعل أو قول السوء؟ تصديقاً لقول الله تعالى: { لّقَدْ سَمِعَ اللّهُ قَوْلَ الّذِينَ قَالُوَاْ إِنّ اللّهَ فَقِيرٌ وَنَحْنُ أَغْنِيَآءُ سَنَكْتُبُ مَا قَالُواْ } صدق الله العظيم." ومن ثم يرد عليه الإمام المهدي ناصر محمد اليماني وأقول: سبحان الله العظيم علام الغيوب فهو لا يقصد كتابة السوء في كتابه المبين بل يقصد في كتاب الملك عتيد فهو لا يكتب السوء فيه إلا من بعد حدث فعل السوء. تصديقاً لقول الله تعالى: { ما يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيد } صدق الله العظيم [ق:18]
Kemudian dia menyangka bahawa dirinya telah menghujjah Imam Nasser Mohammed Al-Yamani dengan ayat Muhkamat yang jelas lalu dia berkata:
“Bagaimana pula ianya bukan ayat Muhkamat sedang engkau mengatakan fatwa yang bertentangan, bahawa Allah SWT tidak mencatat perkataan dan perbuatan buruk hamba-Nya kecuali setelah mereka mengerjakannya?
Pembenaran terhadap firman Allah SWT: Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya". Kami akan mencatat perkataan mereka itu.
Maha Benar Allah.
Oleh itu Imam Mahdi Nasser Mohammed Al-Yamani membalasnya dan aku katakan:
Maha Suci Allah Yang Maha Agung – Yang Maha Mengetahui Segala Keghaiban, Dia tidak maksudkan catatan keburukan pada Kitab-Nya yang nyata (Lauh Al-Mahfuz), namun yang Dia maksudkan adalah pada kitab Malaikat 'Atid, kerana Malaikat 'Atid tidak mencatat keburukan dalam buku amalan melainkan setelah terjadinya keburukan.
Benarlah firman Allah SWT:
Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat Roqib dan 'Atid (18)
Maha Benar Allah
(Qaf)
كون رقيب كاتب الحسنات وعتيد كاتب السيئات لا يعلمون ما سوف تفعلون بل يعلمون ما تفعلون حين الفعل ثم يكتبونه. تصديقاً لقول الله تعالى:
{ كَلا بَلْ تُكَذِّبُونَ بِالدِّينِ (9) وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ (10) كِرَامًا كَاتِبِينَ (11) يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ (12) } صدق الله العظيم [الإنفطار]
Kerana Malaikat Roqib adalah pencatat kebaikan sedang Malaikat 'Atid adalah pencatat keburukan, dan mereka tidak mengetahui apa yang kelak akan kalian kerjakan, namun mereka mengetahui apa yang kalian lakukan ketika perbuatan itu terjadi kemudian mereka mencatatnya.
Benarlah firman Allah SWT:
Bukan hanya durhaka saja, bahkan kamu mendustakan hari pembalasan.(9)
Padahal sesungguhnya bagi kamu ada [malaikat-malaikat] yang mengawasi [pekerjaanmu], (10)
yang mulia [di sisi Allah] dan yang mencatat [pekerjaan-pekerjaanmu itu], (11)
mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan. (12)
Maha Benar Allah
(Al-Infithor)
ومن ثم يقومون بكتابة السوء من بعد الفعل، أو كتابة القول من بعد القول. تصديقاً لقول الله تعالى:
{ لّقَدْ سَمِعَ اللّهُ قَوْلَ الّذِينَ قَالُوَاْ إِنّ اللّهَ فَقِيرٌ وَنَحْنُ أَغْنِيَآءُ سَنَكْتُبُ مَا قَالُواْ } صدق الله العظيم
Lalu kemudian mereka mencatat keburukan setelah dikerjakan, atau mencatat perkataan setelah diucapkan.
Benarlah firman Allah:
Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya". Kami akan mencatat perkataan mereka itu.
Maha Benar Allah
{ ما يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيد }
صدق الله العظيم
Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat Roqib dan 'Atid
Maha Benar Allah
{ وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ (10) كِرَامًا كَاتِبِينَ (11) يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ (12) }
صدق الله العظيم
Padahal sesungguhnya bagi kamu ada [malaikat-malaikat] yang mengawasi [pekerjaanmu], (10)
yang mulia [di sisi Allah] dan yang mencatat [pekerjaan-pekerjaanmu itu], (11)
mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan. (12)
Maha Benar Allah
وسلامٌ على المُرسلين والحمدُ لله رب العالمين..
أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.
Salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala
puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
Saudaramu, Al-Imam Al-Mahdi
Nasser Mohammed Al-Yamani
ـــــــــــــــــــ
Sumber:
https://mahdialumma.net/showthread.php?t=2608