>المصدر<
الإمام ناصر محمد اليماني
Al Imam Naser Mohammed Al Yamani
21 - 08 - 1430 هـ
04 - 08 - 2009 مـ
02:28 صباحاً
ــــــــــــــــــــ
الرايات السود..
أخي السائل رجَّعك الله بالسلامة والتوفيق.
Panji-panji Hitam..
Saudaraku Yang Bertanya, Semoga Allah Mengembalikanmu Dengan Selamat Dan Sukses
بسم الله الرحمن الرحيم، وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, salam ke atas para rasul dan segala pujian hanya bagi Allah Tuhan Sekalian Alam..
لو كنت أرى في الردّ عليك على هذا السؤال خيراً لما تأخرنا على الردّ عليك؛ ذلك لأن الأسئلة التي لا أرى من الإجابة عليها خيراً للمُسلمين ولن تُؤلف بين قلوبهم أعرض عنها سواء تكون حقاً أم باطلاً فلا أنفيها ولا أثبتها، فأرى الإعراض عنها أفضل وخيراً من الردّ عليها، وليس بعجز مني ولكني أعلم أن الردّ سيعجب قوماً ويُنفِّر آخرين، ونحن نسعى إلى لمِّ شملِ الأمّةِ ودواء جراحها، فلا نريد أن نُدمي الجروحَ في القلوب؛ بل نضع عليها بلسم الجروح، وهل تدري ما هو بلسم الجروح؟ إنهُ القرآن العظيم. تصديقاً لقول الله تعالى: {قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاء} صدق الله العظيم [فصلت:44].
Seandainya aku dapati adanya kebaikan untuk membalasmu terhadap pertanyaan ini, nescaya aku tidak berlengah lagi untuk menjawabnya;
Demikian itu kerana pertanyaan ini, aku tidak fikir dari jawabannya nanti ada kebaikan untuk umat Islam, ianya tidak akan menyatukan hati-hati mereka, maka tinggalkanlah, sama ada ianya benar atau batil, aku tidak menafikannya dan tidak pula menegaskan, malah aku lihat berpaling darinya adalah lebih utama dan lebih baik dari menjawabnya.
Bukanlah aku ini tidak mampu membalas, akan tetapi kerana aku tahu kelak jawabannya nanti akan membuatkan sebahagian orang menyenanginya dan membuatkan sebahagian yang lain tidak menyenanginya, kita ini berusaha untuk menyatukan kekuatan umat dan mengubati luka mereka.
Kita tidak mahu melukakan hati-hati mereka; namun kita sapukan balsam penawar yang menyembuhkan luka di hati-hati mereka, adakah engkau tahu apa itu balsam penawar yang menyembuhkan luka di hati? Ianya adalah Al Qur’an yang agung.
Pembenaran terhadap firman Allah:
Katakanlah: Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin.
Maha Benar Allah
[Fushshilat]
أخوك الإمام ناصر محمد اليماني.
Saudaramu, Al Imam Naser Mohammed Al Yamani
ــــــــــــــــــــ
>sumber<