مقتبس من أحسن القصص..
Petikan dari Sebaik-baik kisah..
المصدر:
https://mahdialumma.net/showthread.php?p=4537
التثبيت برحلة الإسراء والمعراج..
Pengukuhan Dengan Bukti Perjalanan Isra’ dan Mi’raj..
فمر على النَّار وشاهدها وشاهد من فيها ليلة الإسراء وكذلك شاهد جنّة ربّه عند سدرة المنتهى، وهناك شاهد جبريل نزلة أخرى بصورته الملائكية كما خلقه ربّه لأنه دائماً يشاهده بصورة إنسان؛ بشراً سوياً، إلا ليلة وصلا إلى سدرة المُنتهى تحول بقدرة ربّه إلى صورته الملائكية فشاهد محمد رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - أن الملك جبريل مخلوق عظيم ثمّ خرّ جبريل ساجداً لربه الله ربّ العالمين، فكان محمد رسول الله ينظر إلى حجاب ربّه العظيم، فإذا هو يرى نور وجه ربّه يشرق مخترقاً الحجاب، فإذا ربّه يُرحب به من وراء الحجاب فكلمه تكليماً ولم يشاهد ذاته سبحانه وتعالى علواً كبيراً.
Maka Rasulullah SAW melalui Neraka dan baginda menyaksikannya beserta penghuni-penghuni Neraka pada malam baginda di’Isra’kan, demikian juga Rasulullah SAW menyaksikan Syurga Tuhannya di dekat Sidratul Muntaha, dan di situlah Nabi melihat Jibril pada waktu yang lain dalam bentuk Malaikat sebagaimana Tuhannya menciptakannya.
Ini kerana Rasulullah SAW selalunya melihat Jibril AS dalam bentuk seorang Insan manusia yang sempurna, kecuali pada malam baginda sampai ke Sidratul Muntaha, Jibril merubah bentuknya menjadi bentuk asli Malaikat dengan Qudrah Tuhannya.
Maka Muhammad Rasulullah SAW menyaksikan bahawa sesungguhnya Malaikat Jibril merupakan makhluk yang hebat, lalu Jibril menunduk sujud kepada Tuhannya Allah Yang Maha Memelihara Seluruh Alam Semesta.
Lalu Muhammad Rasulullah SAW melihat hijab Tuhannya Yang Maha Agung, lantas baginda menyaksikan Cahaya Wajah Tuhannya bersinar terang menembus hijab.
Lalu Tuhannya menyapa dari balik hijab dan berkata-kata secara langsung kepada Muhammad Rasulullah SAW, sedang baginda tiada melihat akan Dzat Tuhannya Maha Suci Dia, Maha Luhur, Maha Tinggi lagi Maha Agung.
ألا والله لو تقدروا ربّكم حقٌّ قدره فتكفرون برؤية الله جهرة لما استطاع المسيح الكذاب أن يفتنكم شيئاً لأنه سوف يكلمكم مواجهةً وأنتم ترونه! أفلا تتقون؟ ألم يضرب الله لكم على ذلك مثلاً لعلكم تعقلون أنه لا يتحمل رؤية الله أي شيء، فمهما كان عظيماً فليس أعظم من ذات ربّه ولذلك لن يتحمل رؤيته أي شيء من خلقه جميعاً إلا شيء مثله، وليس كمثله شيء من خلقه جميعاً. ولذلك قال الله تعالى لنبيه موسى عليه الصلاة والسلام:
{وَلَمَّا جَاء موسَى لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ ربّه قَالَ ربّ أَرِنِي أَنظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَن تَرَانِي وَلَـكِنِ انظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى ربّه لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ موسَى صَعِقًا فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَاْ أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ}
صدق الله العظيم [الأعراف:143]
Ketahuilah demi Allah, sekiranya kalian mengagungkan Allah dengan sebenar-benar pengagungan terhadapNya, dengan mengingkari bahawa Allah dapat dilihat secara langsung, nescaya tiadalah Al-Masih Si Pendusta (Dajjal) mampu memfitnah kalian sedikitpun.
Ini kerana kelak Dajjal akan berkata-kata kepada kalian secara berhadapan sedang kalian dapat melihatnya
!
Maka mengapakah kalian tidak bertakwa
?
Bukankah Allah SWT telah membuatkan untuk kalian permisalan terhadap yang demikian mudah-mudahan kalian memikirkan, bahawasanya tiada sesuatu apapun yang sanggup melihat Allah, bahkan meskipun sesuatu itu hebat dan besar, kerana tiada yang lebih besar dan lebih hebat dari Dzat Tuhan.
Sebab itulah segala sesuatu dari makhluk ciptaanNya tidak akan sanggup memandangNya sama sekali melainkan sesuatu yang serupa dengan-Nya sedangkan tiada sesuatu apapun yang menyerupaiNya dari ciptaanNya seluruhnya.
Kerana itu Allah SWT berfirman kepada NabiNya Musa AS:
Dan tatkala Musa datang untuk [munajat dengan Kami] pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman [langsung] kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah [diri Engkau] kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau". Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya [sebagai sediakala] niscaya kamu dapat melihat-Ku". Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu, dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musapun jatuh pingsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman". (143)
Maha Benar Allah
[Al-A’raaf]
....................................
ومن ثمّ نأتي إلى خاتم الأنبياء والمرسلين محمد رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - بعد أن وجده الله ضالاً باحثاً عن الحقّ لا يعلم أيهم على الحقّ فيتبعه! هل قومه أم النّصارى أم اليهود. وكان يعتزل النّاس في الغار يتفكر ويريد من الله أن يهديه إلى الحقّ ولم يكن على ضلال لأنه لم يعبد الأصنام ولم يعتنق النصرانية ولا اليهودية ولكنه كان ضالاً عن الطريق الحقّ وهو لا يريد غير الحقّ، ثمّ هداه الله إلى الحقّ. تصديقاً لقول الله تعالى: {وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَى} [الضحى:7].
Demikianlah, kita kembali pada kisah Penutup Para Nabi dan Rasul Muhammad Rasulullah SAW, setelah Allah SWT mendapati Muhammad bingung dan mencari kebenaran, beliau tidak tahu mana satu di antara mereka yang berada di atas kebenaran untuk dia ikuti! Adakah kaumnya, ataukah kaum Nasrani ataupun kaum Yahudi.
Maka Muhammad menjauhkan dirinya dari manusia dengan menyendiri di gua, dia bertafakkur dan menginginkan dari Allah agar menunjukinya kepada kebenaran, dan Muhammad tidak berada dalam kesesatan, sebab dia tidak menyembah berhala-berhala, tidak pula mempercayai dan mengikuti kaum Nasrani ataupun kaum Yahudi.
Akan tetapi Muhammad bingung dan mencari Jalan Kebenaran kerana dia tidak menginginkan selain kebenaran, sebab itu Allah SWT menunjukinya kepada kebenaran.
Benarlah firman Allah SWT:
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. (7)
Maha Benar Allah
[Ad-Dhuha]
واصطفاه الله وهداه إلى الحقّ وأوحى إليه بالحقّ عن طريق جبريل عليه الصلاة والسلام، وابتعثه الله إلى النّاس رسولاً، وكان يدعوهم إلى الحقّ ولكنه كان يعتقد أنه لا يمكن أن يشك في الحقّ بعد إذ هداه الله إليه ظن وأراد الله أن يُعلمه درساً في العقيده في علم الهُدى.
وقال له قومه إنما اعتراك أحد آلهتنا بسوءٍ بمسِّ شيطانٍ وهو الذي يوحي إليك ذلك، فشكَّ محمدٌ رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - أن الذي يُكلمه لعله يكون من الشياطين، ولم يبدِ ذلك الشكّ لأحدٍ وهو أميٌّ لا يقرأ ولا يكتب وذلك لأن قومه قالوا له إن الذي يُكلمك إنه شيطان وليس ملك بسبب إعراضه عن آلهتهم، ولذلك ردّ الله عليهم مع التحذير لنبيّه بقوله تعالى:
{وَمَا تَنَزَّلَتْ بِهِ الشَّيَاطِينُ ﴿٢١٠﴾ وَمَا يَنبَغِي لَهُمْ وَمَا يَسْتَطِيعُونَ ﴿٢١١﴾ إِنَّهُمْ عَنِ السَّمْعِ لَمَعْزُولُونَ ﴿٢١٢﴾ فَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّـهِ إِلَـٰهًا آخَرَ فَتَكُونَ مِنَ الْمُعَذَّبِينَ ﴿٢١٣﴾}
صدق الله العظيم [الشعراء]
Maka Allah SWT telah memilih Muhammad dan menunjukinya kepada kebenaran, dengan mewahyukan kepada Muhammad melalui Jibril AS dengan kebenaran, lalu kemudian Allah SWT mengutus Muhammad kepada manusia sebagai seorang Rasul, maka Muhammad menyeru mereka kepada kebenaran.
Namun Muhammad menganggap tidak mungkin akan ditimpa kebimbangan dan keraguan dalam kebenaran, setelah Allah memberi petunjuk kepadanya, maka Allah SWT berkehendak mengajarkan kepada Muhammad tentang akidah dan pengajaran ilmu pengetahuan dari petunjuk.
Kaumnya mengatakan kepadanya [Muhammad], bahawa dia hanyalah menimpakan kata-kata buruk terhadap salah satu tuhan-tuhan mereka dari bisikan syaitan yang mewahyukan kepada Muhammad demikian.
Maka Muhammad Rasulullah SAW merasa bimbang dan ragu terhadap yang mewahyukan padanya barangkali ianya dari syaitan-syaitan, namun Muhammad Rasulullah SAW tidak menampakkan rasa syak dan ragu itu kepada sesiapapun sedang dia ummi, tidak membaca dan tidak menulis.
Demikian ini, kerana kaumnya mengatakan padanya bahawa yang berkata-kata kepada Muhammad itu adalah syaitan dan bukannya malaikat, disebabkan keberpalingan Muhammad dari tuhan-tuhan mereka, maka lantaran itu Allah SWT membalas kaum Muhammad beserta peringatan untuk NabiNya dengan firmanNya SWT:
Dan Al Qur’an itu bukanlah dibawa turun oleh syaitan-syaitan. (210)
Dan tidaklah patut mereka membawa turun Al Qur’an itu, dan merekapun tidak akan kuasa. (211)
Sesungguhnya mereka benar-benar dijauhkan daripada mendengar Al Qur’an itu. (212)
Maka janganlah kamu menyeru [menyembah] tuhan yang lain di samping Allah, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang diazab. (213)
Maha Benar Allah
[Asy-Syu’ara]
ولكن محمد رسول الله أصبح مثله كمثل إبراهيم يريد أن يطمئن قلبه وقال تعالى:
{فَإِنْ كُنْتَ فِي شَكٍّ مِمَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ فَاسْأَلِ الَّذِينَ يَقْرَأُونَ الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكَ لَقَدْ جَاءَكَ الحقّ مِنْ ربّك فَلا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ}
صدق الله العظيم [يونس:94]
Akan tetapi Muhammad Rasulullah SAW telah menjadi seperti Nabi Ibrahim AS yang ingin menenangkan hatinya.
Allah SWT berfirman:
Maka jika kamu [Muhammad] berada dalam keragu-raguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu. (94)
Maha Benar Allah
[Yunus]
ولكن محمد رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - لم يسأل الذين أوتوا الكتاب بل أناب إلى الله ويريد أن يعلم علم اليقين أنه على الحقّ المبين، ومن ثمّ أرسل الله له جبريل عليه الصلاة والسلام بدعوة له من ربّه ليريه بعين اليقين النَّار ومن فيها من الذين كذبوا بالحقّ من ربّهم من الأمم الأولى ويريه الجنّة ومن فيها من المتقين، وأراه الله من آياته الكبرى ليطمئن قلبه أنه على الحقّ المبين. وقال الله تعالى:
{لَقَدْ رَأَى مِنْ آيات ربّه الْكُبْرَى}
صدق الله العظيم [النجم:18]
Namun, Muhammad Rasulullah SAW tidak bertanya kepada orang-orang yang membaca kitab, akan tetapi Nabi kembali kepada Allah dan ingin mengetahui dengan pasti bahawa dirinya di atas kebenaran yang nyata.
Maka Allah SWT mengutus Jibril AS dengan seruan untuk Nabi dari Tuhannya, supaya Allah memperlihatkan Neraka kepada Muhammad SAW dengan Ainul Yaqin, beserta penghuninya dari kalangan yang mendustakan kebenaran dari Tuhan mereka dari kalangan ummat terdahulu, dan supaya Allah SWT memperlihatkan Syurga kepada Muhammad SAW beserta penghuninya dari kalangan orang-orang yang bertakwa.
Demikian Allah SWT memperlihatkan kepada Muhammad SAW sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah yang besar, agar hati Muhammad SAW tenang dan tenteram bahawa dirinya berada di atas kebenaran yang nyata.
Allah SWT berfirman:
Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda [kekuasaan] Tuhannya yang paling besar. (18)
Maha Benar Allah
[An-Najm]
إذاً حكم الله آياته لنبيّه وأراه من آيات ربّه الكبرى ليلة الإسراء والمعراج إلى سدرة المنتهى فطهر الله قلبه من الشكّ تطهيراً. وذلك هو البيان الحقّ لقول الله تعالى:
{وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ وَلَا نبيّ إِلَّا إِذَا تَمَنَّى أَلْقَى الشَّيْطَانُ فِي أُمْنِيَّتِهِ فَيَنسَخُ اللَّهُ مَا يُلْقِي الشَّيْطَانُ ثمّ يُحْكِمُ اللَّهُ آيَاتِهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ}
صدق الله العظيم [الحج:52]
Dengan demikian, Allah SWT telah menetapkan tanda-tanda kekuasaanNya dengan mantap kepada NabiNya, Allah memperlihatkan kepada Muhammad Rasulullah SAW tanda-tanda kekuasaanNya yang besar pada malam Israa dan Mi’raj ke Sidratul Muntaha, Allah SWT membersihkan hati NabiNya dari rasa bimbang dan ragu dengan sebersih-bersihnya.
Demikianlah keterangan yang benar bagi firman Allah SWT:
Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasulpun dan tidak [pula] seorang nabi, melainkan apabila ia mempunyai sesuatu keinginan, syaitanpun memasukkan godaan-godaan terhadap keinginan itu, Allah menghilangkan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu, dan Allah menguatkan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, (52)
Maha Benar Allah
[Al-Hajj]
.................................
الإسراء والمعراج وفرض الصلاة..
Isra’ dan Mi’raj serta Fardhu Sholat..
وإليكم الجواب على السؤال الأول وأهم الأسئلة أجمعين حول مواقيت الصلوات الخمس عمود الدين.
عليك أن تعلم أيّها السائل بأن أمر الصلاة تلقاه محمد رسول الله مباشرةً بالتكليم من وراء الحجاب ليلة الإسراء إلى المسجد الأقصى والمعراج إلى سدرة المُنتهى ليريه الله من آياته الكبرى بعين اليقين بالعلم لا بالحُلم.
Untuk kalian jawaban terhadap soalan pertama dan yang terpenting sekali, yaitu mengenai waktu-waktu sholat fardhu yang lima sebagai tiang agama.
Perlu engkau ketahui wahai yang bertanya, bahawasanya perintah sholat diterima oleh Muhammad Rasulullah SAW secara langsung dengan firman Tuhan dari balik hijab, pada malam Isra’ ke Masjidil Aqsho dan Mi’raj ke Sidratul Muntaha, agar Allah memperlihatkan kepada Nabi-Nya akan tanda-tanda kekuasaanNya yang hebat, dengan Ainul Yakin dalam keadaan sadar bukannya mimpi.
وكذلك مرَّ بأصحاب النَّار الذين يدخلونها بغير حساب قبل يوم الحساب من شياطين الجنّ والإنس وكذلك الذين تأخذهم العزة بالإثم بعد ما استيقنت الحقّ أنفسُهم فأعرضوا عنه وهم يعلمون أنه الحقّ من ربّهم، أولئك يدخلون النَّار بغير حسابٍ قبل يوم الحساب ويوم الحساب يدخلون أشدّ العذاب.
Demikian juga Nabi SAW telah melewati penghuni Neraka, yakni orang-orang yang masuk ke dalamnya tanpa hisab sebelum Hari Perhitungan dari kalangan syaitan jinn dan manusia, demikian juga orang-orang yang bangkit kesombongan dalam diri mereka, menyebabkan mereka berbuat dosa setelah diri mereka mengetahui kebenaran dengan pasti.
Namun mereka mengabaikan dan berpaling dari kebenaran itu, padahal mereka mengetahui bahawa ianya benar dari Tuhan mereka, merekalah orang-orang yang masuk ke dalam Neraka tanpa hisab sebelum Hari Perhitungan, sedang pada Hari Perhitungan kelak mereka akan masuk ke dalam seksaan yang amat dahsyat.
وقد مرَّ محمد رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - بأصحاب النَّار في طريقه ليلة الإسراء بجسده وروحه فشاهد أصحاب النَّار بعين اليقين علماً وليس حُلماً؛ بل أسري به بقدرة الله الواحد القهّار. تصديقاً لقول الله تعالى في كتابه القرآن العظيم:
{وَإِنَّا عَلَى أَنْ نُرِيَكَ مَا نَعِدُهُمْ لَقَادِرُونَ}
[المؤمنون:95]
Sesungguhnya Muhammad Rasulullah SAW telah melalui penghuni-penghuni Neraka dalam perjalanan pada malam Isra’ dengan jasad dan rohnya, maka Nabi SAW melihat penghuni Neraka dengan Ainul Yakin secara sedar dan bukannya mimpi; Bahkan Nabi SAW diIsra’kan (dibawa menempuh perjalanan) dengan Qudrah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan.
Benarlah firman Allah SWT dalam Kitab-Nya Al-Qur’an yang agung:
Dan sesungguhnya Kami benar-benar kuasa untuk memperlihatkan kepadamu apa yang Kami ancamkan kepada mereka. (95)
Maha Benar Allah
[Al-Mukminun]
وكان ذلك برغم المسافة العظمى بين الثرى وسدرة المنتهى والتي جعلها الله منتهى المعراج للمخلوق وما بعدها الخالق، وتلك الشجرة المباركة لا شرقية ولا غربية نظراً لأنها تحيط بعرش الملكوت كلّه شرقاً وغرباً.
ولو كانت شرقية لعلمنا أنها صغيرة الحجم نظراً لتواجدها في مكان بناحية الشرق ولو كانت غربية لرأينا الأمر كذلك. وبرغم جهة المشارق وجهة المغارب فلو كانت صغيرة لكانت إما شرقيّة وإما غربيّة ولكنا وجدناها في القرآن بأنها ليست شرقية وليست غربية، ومن ثمّ بحثنا عن هذه الشجرة المباركة وعن سرها وموقعها فوجدناها هي العرش الأعظم والمحيط بالسماوات والأرض؛ بل وتحيط بالجنة التي عرضها كعرض السماوات والأرض.
وقد يود سائل أن يقول: "إذا كانت الجنّة عرضها السماوات والأرض فكم الطول؟". ومن ثمّ نقول: ليس للكرة طول؛ بل عرض، والكون كرة وتحيط به أربعة عشر كرة وهُن السماوات السبع، والجنة التي عرضها السماوات والأرض، وكلّ سماء أوسع حجماً من التي قبلها بمعنى أن السماء الدُنيا هي أصغر السماوات السبع، وهي الطبق الأول، فتأتي من بعدها طبق السماء الثانية وهي الدور الثاني فتكون أكبر حجماً من الأولى، وكلّ بناءُ سماءٍ يحيط بالرقم الأدنى منه إلى أكبر السماوات وهي الرقم سبعة أوسعهن حجماً.
وتحيط السماء السابعة بالسماوات الست جميعاً وهي أوسعهن حجماً وذلك معنى قوله تعالى:
{وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْيدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ}
صدق الله العظيم [الذاريات:47]
Sesungguhnya demikianlah, meskipun jarak yang besar antara bumi dan Sidratul Muntaha, yang telah Allah SWT jadikannya sebagai puncak penghabisan Mi’raj bagi makhluk, dan apa yang ada setelah itu adalah Al-Khaliq, Sang Pencipta.
Sidratul Muntaha itu adalah pohon yang diberkahi, tidak di timur dan tidak di barat kerana ia meliputi Arasy Malakut seluruhnya timur dan barat.
Sekiranya di timur tentu kita tahu bahawa dimensinya kecil, kerana keberadaannya pada tempat di arah timur, dan jika ianya di barat tentulah kita dapati perkara itu demikian juga.
Begitu pula meskipun arah seluruh timur dan barat, jika ianya kecil tentulah kedudukannya sama ada berada di timur atau di barat, akan tetapi kita dapati pohon yang diberkahi itu di dalam Al-Qur’an, bahawasanya ia tidak di timur dan tidak pula di barat.
Kerana itu kita menyelidiki pohon yang diberkahi ini, mencari rahsianya dan tempatnya, maka kita dapati bahawa ia adalah Arasy Agung, yang meliputi seluruh langit dan bumi; bahkan ianya meliputi Syurga yang seluas langit dan bumi.
Barangkali ada yang mahu bertanya:
“Jika Syurga itu seluas langit dan bumi, maka berapa panjang
?”
Untuk ini kami katakan:
Tidak ada panjang bagi bulatan; tapi keluasan, kerana alam semesta ini adalah bulatan yang dikelilingi oleh empat belas bulatan, ianya merupakan tujuh lapis langit dan Syurga yang seluas langit dan bumi.
Setiap langit lebih luas dimensinya dari langit yang berada sebelumnya, bermakna langit dunia ini adalah dimensi langit yang terkecil dari ketujuhnya, dan ia adalah tingkatan langit pertama.
Maka setelah langit pertama adalah tingkatan langit kedua yang lebih besar dimensinya dari yang pertama, dan setiap binaan langit itu mengelilingi angka yang paling rendah darinya hingga ke langit yang terbesar, ia merupakan angka tujuh, binaan langit yang paling luas dimensinya.
Langit ketujuh ini mengelilingi langit yang keenam seluruhnya kerana ia adalah langit yang paling luas dimensinya dari tingkatan langit yang lain.
Demikianlah makna dari firman Allah SWT:
Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan [Kami] dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (47)
Maha Benar Allah
[Adz-Dzaariyat]
بمعنى أن كلّ سماء تحيط بالأدنى منها، فالسماء الأولى تحيط بها السماء الثانية لأنها أوسع منها حجماً، وكلما ارتفعت في السماوات تجد بناءهن أوسع فأوسع إلى السماء السابعة.
ومن ثمّ يأتي من بعد ذلك كُرة الجنّة التي عرضها كعرض السماوات والأرض، الأرض الأمّ مركز الانفجار الكوني، ومن ثمّ يأتي من بعد ذلك الشجرة المباركة والتي تحيط بما خلق الله أجمعين، ومنتهى ما خلقه الله، ومنتهى حدود الملكوت الشامل فتحيط بما قد خلق، وهي تحيط بالخلائق، وأعلى منها الخالق يغشى السدرة ما يغشى من نور وجهه تعالى.
بل هي عَلَمٌ كبيرٌ يُعرف بها موقع الجنّة التي هي أقرب شيء إليها، وبما أنا نعلم بأن الجنّة عرضها كعرض السماوات والأرض ولكنا نجد بأن سدرة المُنتهى أعظمُ حجماً من الجنّة التي تحيط بالسماوات والأرض.
وقد وصف الله لكم حجمها في القرآن العظيم لمن يتدبر ويتفكر وقال الله تعالى:
{عِندَهَا جنّة الْمَأْوَىٰ ﴿١٥﴾}
صدق الله العظيم [النجم]
Ini bermakna setiap langit meliputi langit yang lebih rendah darinya, maka langit yang pertama dikelilingi oleh langit yang kedua kerana ia lebih luas dimensinya, semakin engkau naik meninggi engkau akan dapati binaan langit yang lebih luas dan lebih luas lagi hingga ke langit ketujuh, kemudian setelah itu diikuti oleh bulatan Syurga yang seluas langit dan bumi induk kita ini yang menjadi pusat ledakan alam semesta.
Lalu setelah yang demikian itu adalah pohon yang diberkahi, yang mengelilingi dan meliputi segala yang diciptakan oleh Allah seluruhnya, dan merupakan akhir dari seluruh ciptaan Allah SWT, akhir dari batasan-batasan alam malakut seluruh semesta, dengan meliputi dan mengelilingi semua yang telah Allah SWT ciptakan.
Pohon yang diberkahi itu meliputi dan mengelilingi seluruh makhluk, dan yang melampaui semua itu adalah Al-Khaliq, yang mana Sidratul Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya dari nur wajah-Nya SWT.
Bahkan Sidratul Muntaha adalah tanda besar yang dengannya dapat diketahui kedudukan tempat Syurga yang paling dekat dengan Sidratul Muntaha.
Sebagaimana yang kita tahu bahawa Syurga itu seluas langit dan bumi, akan tetapi kita dapati bahawa Sidratul Muntaha adalah lebih besar dimensinya dari Syurga yang meliputi langit dan bumi.
Sesungguhnya Allah SWT telah menggambarkan dimensinya kepada kalian dalam Al-Qur’an yang agung, bagi sesiapa yang mentadabburi dan mentafakkurinya.
Allah SWT berfirman:
Di dekatnya ada surga tempat tinggal, (15)
Maha Benar Allah
[An-Najm]
فإن سألني أحدكم عن بيت فلان فقلت له الجبل الفلاني عند بيت فلان الذي تسأل عنه، لقاطعني قائلٌ: "كيف تجعل الجبل وهو الأكبر علامة للبيت وهو الأصغر؟ بل قُل بيت فلان عند الجبل الفلاني". فأقول له صدقت وصدق الله العظيم وقال: {عِندَهَا جنّة الْمَأْوَىٰ ﴿١٥﴾}، وذلك لأن السدرة أكبر حجماً من الجنّة التي عرضها كعرض السماوات والأرض.
أم تظنونها شجرة صغيرة فكيف تكون الجنّة عندها وأنتم تعلمون بأن الجنّة عرضها السماوات والأرض! أفلا تتفكرون؟
Sekiranya seseorang dari kalian bertanya padaku mengenai rumah si fulan, lalu aku katakan padanya gunung si fulan ada di dekat rumah si fulan yang engkau tanyakan, tentu dia akan menyelaku berkata:
“Bagaimana engkau dapat menjadikan gunung yang besar sebagai alamat bagi rumah yang kecil? Namun, yang benar ucapkan rumah si fulan di dekat gunung si fulan”.
Maka aku katakan padanya engkau benar dan benarlah Allah Yang Maha Agung, Dia berfirman:
Di dekatnya ada surga tempat tinggal, (15)
Demikian ini kerana Sidratul Muntaha itu lebih besar dimensinya dari Syurga yang seluas langit dan bumi.
Ataukah engkau menyangka ianya pohon yang kecil, lalu bagaimana Syurga dapat berada di dekat Sidratul Muntaha padahal kalian mengetahui bahawa Syurga itu seluas langit dan bumi
!
Mengapakah kalian tidak memikirkannya
?
بل هي من آيات ربّه الكبرى التي رآها محمد رسول الله في منتهى موقع المعراج فتلقى الكلمات من ربّه من ورائها. تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِن وَرَاء حِجَابٍ}
صدق الله العظيم [الشورى:51]
Bahkan Sidratul Muntaha itu adalah bahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah yang besar, yang disaksikan oleh Muhammad Rasulullah SAW di akhir tempat Mi’raj, maka Nabi SAW menerima kalimat-kalimat Tuhannya dari sebalik Sidratul Muntaha itu.
Benarlah firman Allah SWT:
Dan tidak ada bagi seorang manusiapun bahwa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau dari sebalik hijab (51)
Maha Benar Allah
[Asy-Syura]
وهل تظنون الله كلم موسى تكليماً في البقعة المباركة جهرةً؟ بل من الشجرة المباركة وقربه الله نجياً وموسى عليه الصلاة والسلام في الأرض. وقال الله تعالى:
{فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِيَ مِن شَاطِئِ الْوَادِ الْأَيْمَنِ فِي الْبُقْعَةِ الْمباركة مِنَ الشَّجَرَةِ أَن يَا موسَىٰ إِنِّي أَنَا اللَّـهُ ربّ العالمين ﴿٣٠﴾}
صدق الله العظيم [القصص]
Apakah kalian menyangka Allah berkata-kata kepada Musa AS dengan sebenar-benarnya pada tempat yang diberkahi secara terbuka
?
Padahal Allah berkata-kata dari sebalik pohon yang diberkahi, maka Allah SWT mendekatkan Musa AS kepadaNya sewaktu Musa AS munajat sedang dia berada di bumi.
Allah SWT berfirman:
Maka tatkala Musa sampai ke [tempat] api itu, diserulah dia dari [arah] pinggir lembah sebelah kanan, di tempat yang diberkahi, dari sebatang pohon kayu, yaitu: "Ya Musa, sesungguhnya aku adalah Allah, Tuhan Semesta Alam. (30)
Maha Benar Allah
[Al-Qasas]
ولربما يستغل الضالون هذه الآية فيؤولونها بالباطل، فأما قوله تعالى في شطر الآية الأول فيتكلم عن موقع موسى بأن موقعه في البقعة المباركة من شاطئ الوادي الأيمن، وأما موقع الصوت فهو من الشجرة لذلك قال الله تعالى بأنه كلم موسى من الشجرة. وقال سبحانه:
{فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِيَ مِن شَاطِئِ الْوَادِ الْأَيْمَنِ فِي الْبُقْعَةِ الْمباركة مِنَ الشَّجَرَةِ أَن يَا موسَىٰ إِنِّي أَنَا اللَّـهُ ربّ العالمين ﴿٣٠﴾}
صدق الله العظيم [القصص]
Barangkali orang-orang yang sesat akan sibuk terhadap ayat ini lalu mereka menerangkannya dengan batil.
Adapun firman Allah SWT pada bahagian ayat yang awal, maka ianya menyatakan tentang tempat Musa, bahawa kedudukannya adalah di tempat yang diberkahi dari pinggir lembah di sebelah kanan.
Adapun tempat suara (firman Allah), maka ia datang dari arah pohon.
Kerana itu Allah SWT berfirman menyatakan bahawa Dia berkata-kata dengan Musa AS dari arah balik pohon itu.
Allah SWT berfirman:
Maka tatkala Musa sampai ke [tempat] api itu, diserulah dia dari [arah] pinggir lembah sebelah kanan, di tempat yang diberkahi, dari sebatang pohon kayu, yaitu: "Ya Musa, sesungguhnya aku adalah Allah, Tuhan Semesta Alam. (30)
Maha Benar Allah
[Al-Qasas]
وأما النَّار فالحكمة منها إحضار موسى إلى البقعة المباركة وهي في الحقيقة نور وليست نار، وإنما حسب ظنّ موسى بأنها نار ولكنهُ حين جاءها فلم يجدها ناراً بل نورٌ آتٍ من سدرة المُنتهى ولكنه لم يرى موسى بأن هذا الضوء آتٍ من السماء بل كان يراه جاثماً على الأرض فأدهش ذلك موسى عليه الصلاة والسلام، ومن ثمّ وضع رجله على ذلك الضوء الجاثم على الأرض فلم يشعر له بحرارة مستغرباً من هذا الضوء الجاثم على الأرض فإذا بالصوت يُرحب به من الشجرة سدرة المنتهى:
{نُودِيَ أَنْ بُورِكَ مَنْ فِي النَّار وَمَنْ حَوْلَهَا وَسُبْحَانَ اللَّهِ ربّ العالمين}
صدق الله العظيم [النمل:8]
Adapun api (Naar) itu, maka hikmah darinya adalah untuk (menarik) kehadiran Musa AS ke tempat yang diberkahi itu, sedang ia pada hakikatnya adalah cahaya (Nuur) dan bukannya api (Naar).
Hanya sahaja ianya menuruti persangkaan Musa AS bahawa cahaya itu adalah api, namun ketika Musa AS tiba di situ, dia tidak menemukannya sebagai api, bahkan ianya adalah cahaya yang datang dari Sidratul Muntaha.
Akan tetapi Musa AS tidak melihat bahawa cahaya itu datang dari langit, namun Musa AS melihat cahaya itu menerangi bumi, membuatkan Musa AS kagum dan hairan terhadap yang demikian.
Kemudian dia meletakkan kakinya atas cahaya yang terang menerangi bumi itu, dan Musa tidak merasakan kepanasannya kerana kekaguman dan terpesona terhadap cahaya terang benderang itu, lalu tiba-tiba ada suara yang mempersilakannya dari pohon Sidratul Muntaha:
Maka tatkala Musa tiba di [tempat] api itu, diserulah dia: "Bahwa telah diberkati orang yang berada di dekat api itu, dan orang-orang yang berada di sekitarnya. Dan Maha Suci Allah, Tuhan Semesta Alam". (8)
Maha Benar Allah
[An-Naml]
فأما الذي بورك فهو موسى بعد دخوله دائرة النّور الذي ظنها ناراً، ومن ثمّ رأى بأن النّور في الحقيقة منبعث من السماء فرفع رأسه ناظراً لنور ربّه المُنبعث من سدرة المُنتهى ومن ثمّ عرف الله لموسى بأن هذا النّور منبعث من نور وجهه سبحانه لذلك قال الله تعالى:
{يَا موسَىٰ إنّه أَنَا اللَّـهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿٩﴾}
[النمل]
وذلك لأن الله نور السماوات والأرض ومن لم يجعل الله له نور فما له من نور.
Adapun orang yang diberkahi, maka dia adalah Musa AS setelah dia memasuki daerah cahaya yang disangkanya api, lalu Musa AS melihat bahawa cahaya itu sebenarnya terpancar dari langit.
Maka Musa mengangkat kepalanya mendongak untuk melihat cahaya Tuhannya yang memancar dari Sidratul Muntaha, lalu Allah SWT memberitahukan kepadanya bahawa cahaya itu memancar dari Cahaya Wajah-Nya SWT.
Kerana itu Allah SWT berfirman:
Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, (9)
[An-Naml]
Demikian ini kerana Allah adalah (Pemilik) cahaya langit dan bumi, dan barangsiapa yang Allah SWT tidak menjadikan cahaya untuknya maka tiadalah baginya cahaya.
ولا يزال لدينا الكثير من البرهان لتأويل الحقّ لهذه الآية والذي يريد أن يستغلها المسيح الدجال فترون ناراً سحريّة لا أساس لها من الصحة ثمّ ترون إنساناً في وسطها فيكلمكم وخسئ عدو الله، ولأنه يقول بأنه أنزل هذا القرآن سوف يعمُد إلى هذه الآية وقد روج لها أولياؤه تأويلاً بالباطل للتمهيد له ولكنا نعلم بأن الله ليس كمثله شيء فلا يشبه الإنسان وليس كمثله شيء من خلقه في السماوات ولا في الأرض وهيهات هيهات لما يمكرون، وليس الله هو النّور بل النّور ينبعث من وجهه تعالى علواً كبيراً. وقال سبحانه وتعالى:
{اللَّـهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأرض مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ يَهْدِي اللَّـهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّـهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿٣٥﴾}
صدق الله العظيم [النور]
Kami masih memiliki banyak bukti bagi takwil yang haq terhadap ayat ini, dan yang mahu menggunakan ayat ini adalah Al-Masih Ad-Dajjal, di mana kelak kalian akan melihat api sihir yang tiada asas yang shahih baginya, kemudian kalian akan melihat seorang insan berada di tengah-tengah api itu lalu dia berkata-kata kepada kalian sedang dia adalah musuh Allah yang terusir.
Dia akan mengatakan bahawa dia yang menurunkan Al-Qur’an ini, kelak dia akan membawa ayat ini kerana sesungguhnya penolong-penolongnya telah menyebarkan takwil yang batil terhadap ayat ini bagi memudahkan Dajjal beraksi.
Namun kita mengetahui bahawa Allah SWT itu, tidak ada sesuatu apapun yang setara dengan Dia, maka Dia tidak menyerupai seorang insan kerana tiada suatu apapun yang dapat menyamaiNya dari ciptaanNya di langit dan tidak juga di bumi.
Jauh, jauh sekali tipudaya yang mereka rencanakan itu, Allah SWT bukan cahaya itu, namun cahaya itu memancar dari Wajah-Nya Maha Suci Dia, Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Allah SWT berfirman:
Allah [Pemberi] cahaya [kepada] langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca [dan] kaca itu seakan-akan bintang [yang bercahaya] seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, [yaitu] pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur [sesuatu] dan tidak pula di sebelah barat [nya], yang minyaknya [saja] hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya [berlapis-lapis], Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (35)
Maha Benar Allah
[An-Nur]
فلا تفكروا في ذاته فكيف تتفكروا في شيىء ليس كمثله شيىء؟ وتعرفوا على عظمة الله من خلال آياته بين أيديكم ومن فوقكم ومن تحتكم، وتفكروا في خلق السماوات والأرض ومن ثمّ لا تجدون في أنفسكم إلا التعظيم للخالق العظيم وأعينكم تسيل من الدمع مما عرفتم من عظمة الحقّ سبحانه، ومن ثمّ تقولون ربنا ما خلقت هذا باطلاً سُبحانك فقنا العذاب .
Maka janganlah kalian memikirkan Dzat Allah, kerana bagaimana kalian dapat memikirkan SESUATU yang tidak ada sesuatu apapun yang serupa denganNya
?
Kenalilah oleh kalian akan keagungan Allah melalui ayat-ayat-Nya yang ada pada tangan-tangan kalian, melalui tanda-tanda-Nya di atas kalian dan di bawah kalian.
Maka fikirkanlah penciptaan langit dan bumi kerana kelak kalian tidak akan menemukan dalam diri kalian, kecuali pengagungan terhadap Sang Pencipta (Al-Khaliq) Yang Maha Agung.
Kemudian air mata kalian akan mengalir bercucuran disebabkan keagungan Al-Haqq SWT yang telah kalian ketahui, lalu kalian akan mengatakan wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau peliharalah kami ini dari azab neraka.
وأجبرني على بيان ذلك برهان حقيقة المعراج لمحمدٍ رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - من الثرى إلى سدرة المنتهى بالجسد والروح لكي يرى من آيات ربّه الكبرى بعين اليقين ثمّ يتلقى الوحي مباشرةً من ربّ العالمين في فرض الصلوات الخمس التي جعلهن الله الصلة بين العبد والمعبود من أقامهن أقام الدين ومن هدمهن هدم الدين فانظروا لجواب أهل النَّار على المؤمنين السائلين عن سبب دخولهم النار:
{مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ ﴿٤٢﴾ قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ﴿٤٣﴾}
صدق الله العظيم [المدثر]
Bukti hakikat Mi’raj Muhammad Rasulullah SAW ini harus aku nyatakan demikian, sebuah perjalanan dari bumi ke Sidratul Muntaha dengan jasad dan ruh, agar Muhammad Rasulullah SAW menyaksikan tanda-tanda besar dari kekuasaan Tuhannya dengan mata-kepala, dengan kesaksian Ainul Yaqin.
Kemudian Nabi menerima wahyu secara langsung dari Tuhan Semesta Alam mengenai fardhu sholat lima waktu, yang Allah SWT telah menjadikannya sebagai Shilah, sebuah ikatan perhubungan di antara hamba dan Tuhan, antara yang menyembah dan Yang Disembah.
Barangsiapa yang mendirikannya, maka dia mendirikan agama, dan sesiapa yang meruntuhkannya, maka dia meruntuhkan agama.
Kerana itu perhatikanlah oleh kalian akan jawaban penghuni Neraka terhadap orang-orang beriman, yang bertanya mengenai sebab masuknya mereka ke dalam Neraka itu:
Apakah yang memasukkan kalian ke dalam Saqar [neraka]?" (42)
Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan sholat, (43)
Maha Benar Allah
[Al-Muddatstsir]
وقد يقول أحد المسلمين من الذين لا يصلّون: "إنما تخصّ هذه الآية الكفار". ومن ثمّ نقول له: إذا لم تصلِّ فأنت منهم، والعهد الذي بيننا وبينهم ترك الصلاة. فإذا لم يسجد جبينك لربك فأنت متكبرٌ بغير الحقّ عصيت أمر ربّك وأطعت أمر الشيطان في عدم السجود لله ربّ العالمين يوم يُدعون وأولياءهم إلى السجود فلا يستطيعون وقد كانوا يدعون للسجود لله في الدنيا وهم سالمون.
Mungkin ada seseorang dari kaum Muslimin dari kalangan orang-orang yang tidak sholat akan mengatakan:
"Ayat ini hanya khusus untuk orang-orang kafir"
Untuk itu kami katakan padanya:
Jika engkau tidak sholat maka engkau termasuk mereka, kerana jaminan dan perjanjian yang ada di antara kita dan mereka adalah dalam melaksanakan sholat atau meninggalkannya.
Jadi, sekiranya dahimu tidak bersujud untuk Tuhanmu, maka engkau takabbur tanpa alasan yang benar, engkau telah melanggar perintah Tuhanmu kerana mentaati perintah syaitan untuk meniadakan sujud kepada Allah Tuhan Semesta Alam.
Pada hari penolong-penolong syaitan ini diseru untuk bersujud maka mereka tiada sanggup melakukannya, kerana sesungguhnya mereka dahulu telah diseru agar sujud kepada Allah SWT sewaktu hidup di dunia ini agar mereka selamat.
--------------------
وأما مواقيت الصلوات الخمس فقد جاء ذلك في القرآن العظيم بأن ثلاث من الصلوات الخمس جعل الله ميقاتهن في زُلفة من الليل في أوله وآخره، ومعنى الزُلفة أي ميقات قريب من أول النّهار وآخره.
وأما اثنتين فجعلهن الله في النّهار فيكونا في طَرفي نهار العشي، ونهار العشي من الظُهر وينتهي بغروب الشمس. وقال الله تعالى :
{إِذْ عُرِضَ عَلَيْهِ بِالْعَشِيِّ الصَّافِنَاتُ الْجِيَادُ ﴿٣١﴾ فَقَالَ إِنِّي أَحْبَبْتُ حُبَّ الْخَيْرِ عَن ذِكْرِ ربّي حَتَّىٰ تَوَارَتْ بِالْحِجَابِ ﴿٣٢﴾}
[ص]
Adapun waktu-waktu seluruh sholat fardhu yang lima, maka sesungguhnya yang demikian ini telah dinyatakan dalam Al-Qur’an bahawa tiga dari sholat fardhu yang lima itu, telah Allah jadikan waktu-waktunya pada bahagian dari malam, yakni pada awal dan akhirnya.
Makna kalimah Az-Zulfah yakni, waktu-waktu malam yang dekat dari permulaan siang dan akhirnya.
Adapun dua waktu lagi, maka Allah telah menjadikannya pada waktu siang, jadi waktu keduanya adalah pada kedua tepi siang sebelah petang (sore), waktu siang sebelah petang adalah bermula dari waktu Zhuhur dan selesai hingga terbenamnya matahari.
Allah SWT berfirman:
[ingatlah] ketika dipertunjukkan kepadanya kuda-kuda yang tenang di waktu berhenti dan cepat waktu berlari pada waktu petang. (31)
Maka ia berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik [kuda] sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan". (32)
[Shood]
فمن خلال هذه الآية نفهم بأن نهار العشي طرفه الأول حين تكون الشمس بمنتصف السماء، وطرفه الآخرعند الغروب، فينتهي وقت صلاة العصر بتواري الشمس وراء الحجاب، فيدخل ميقات صلاة المغرب، فيستمر إلى غسق الليل، فيدخل ميقات صلاة العشاء. وقال الله تعالى:
{وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النّهار وَزُلَفًا مِّنَ اللَّيْلِ}
[هود:114]
Melalui ayat ini, kita memahami bahawa siang sebelah petang, waktu tepinya yang awal adalah ketika matahari berada tepat di tengah langit, dan waktu tepinya yang akhir adalah ketika matahari terbenam.
Maka selesai waktu sholat Asar dengan menghilangnya matahari dari penglihatan, lalu masuknya waktu sholat Maghrib dan berterusan hingga gelap malam, kemudian masuk waktu sholat Isya.
Allah SWT berfirman:
Dan dirikanlah sholat itu pada kedua tepi siang (Zhuhur, Asar) dan pada waktu-waktu yang dekat dengan tepi malam (Maghrib, Isya dan Subuh)
(Hud-114)
فأما طرفي النّهار فهو يتكلم عن نهار العشي، وطرفيه هم الظهر في طرف نهار العشي الأول، فيكون عند وقت صلاة الظُهر، والطرف الآخر في وقت صلاة العصر إلى الغروب وتواري الشمس بالحجاب .
Adapun kedua tepi siang, maka firman Allah ini mengatakan mengenai siang sebelah petang, dan kedua tepinya itu adalah Zhuhur pada tepi siang sebelah petang yang awal, ianya terjadi ketika waktu sholat Zhuhur, dan tepi yang akhir adalah pada waktu sholat Asar hinggalah terbenamnya matahari hilang dari pandangan.
وأما زُلفاً من الليل، فقد بينا بأن الزُلفة أي الوقت القريب من النّهار سواء في قطع من أول الليل وهو وقت صلاة المغرب والعشاء، أو قطعاً من آخر الليل وهو وقت صلاة الفجر، ويمتد ميقاتها إلى لحظة طلوع الشمس .
Adapun waktu-waktu yang dekat dengan tepi malam, maka kami telah menjelaskannya bahawa Al-Zulfah adalah waktu-waktu malam yang hampir dengan waktu siang, sama ada pada bahagian dari awal malam, iaitu waktu sholat Maghrib dan Isya, ataupun bahagian akhir malam iaitu waktu sholat Fajar (Subuh), yang berlanjutan waktunya sampai saat terbitnya matahari.
ولربّما يودّ ابن عمر أو غيره أن يقول: "مهلاً إنما يقصد طرفي النّهار أي الفجر والمغرب فكيف تجعل طرف النّهار وسطه؟". ومن ثمّ نقول له: إعلم بأن النّهار يتكون من نهار الغدو، وهو من طلوع الشمس إلى المُنتصف والانكسار، فيدخل نهار العشي، وأطراف نهار الغدو والعشي تحتويهما بالضبط صلاة الظهر. وقال الله تعالى:
{فَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ ربّك قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا وَمِنْ آنَاءِ اللَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ النّهار لَعَلَّكَ تَرْضَىٰ ﴿١٣٠﴾}
صدق الله العظيم [طه]
Barangkali Ibn Umar atau selainnya mahu mengatakan:
“Nanti dulu, yang dimaksudkan kedua tepi siang adalah Fajar dan Maghrib, bagaimana pula engkau menjadikan tepi siang itu berada di pertengahannya
?”
Untuk ini kami katakan kepadanya:
Ketahuilah bahawa siang terdiri dari siang sebelah pagi, iaitu dari terbit matahari hingga pertengahan dan kemudian tergelincir, maka masuk waktu siang sebelah petang.
Waktu-waktu tepi siang sebelah pagi dan siang sebelah petang ini, terdapat sholat Zhuhur persisnya pada (pertemuan) keduanya.
Allah SWT berfirman:
Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang. (130)
Maha Benar Allah
[Tha Ha]
فأما قوله تعالى: {وَسَبِّحْ بِحَمْدِ ربّك قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ} وذلك ميقات التسبيح لله في صلاة الفجر وينتهي ميقاتها بطلوع الشمس، وميقاتها من الدلوك إلى الشروق بطلوع الشمس. وأما قوله تعالى {وَقَبْلَ غُرُوبِهَا} وذلك ميقات التسبيح لله في صلاة العصر وينتهي ميقاتها بتواري الشمس وراء الحجاب.
وأما قوله تعالى: {وَمِنْ آنَاءِ اللَّيْلِ فَسَبِّحْ} وهو أوانه الأول ويبتدأ من الشفق بعد الغروب إلى الغسق، وذلك ميقات صلاة المغرب والعشاء، وهُن قريبات من بعض فصلاة المغرب منذ أن تتوارى الشمس في الحجاب إلى إقبال الغسق، فيدخل ميقات صلاة العشاء، وذلك هو آناء الليل، ويقصد أوانه الأول من الشفق إلى الغسق.
Adapun firman Allah SWT:
dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari
Maka itu adalah waktu bertasbih kerana Allah dalam sholat Fajar (Shubuh), dan selesai waktunya dengan terbitnya matahari, waktu sebelum terbit matahari adalah dari mula ia terbenam hingga terbit kembali.
Adapun firman Allah SWT: sebelum terbenamnya, maka yang demikian adalah waktu bertasbih kerana Allah dalam sholat Asar, dan selesai waktunya dengan hilangnya matahari dari pandangan
(terbenam).
Adapun firman Allah SWT:
dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari, yang mana ianya merupakan waktunya yang awal dan bermula dari mega merah setelah terbenam matahari hingga gelap malam, itulah waktu sholat Maghrib dan Isya.
Kedua-duanya berdekatan satu sama lain, kerana sholat Maghrib bermula sejak hilangnya matahari dari pandangan mata (terbenam) hingga datang gelap malam (hilang mega merah), maka masuklah waktu sholat Isya.
Demikianlah waktu-waktu di malam hari, yang dimaksudkan adalah waktu-waktunya yang awal, iaitu dari senja hingga gelap malam.
وأما قوله تعالى: {وَأَطْرَافَ النّهار} وهو ملتقى أطراف نهار الغدو ونهار العشي ومجمعهما في ميقات صلاة الظهر.
ولا أظن أحداً الآن سوف يقاطعني ليقول بل معنى قوله وأطراف النّهار أي طرفه من الفجر وطرفه الآخر هو العصر. فنقول ولكنك كررت صلوات وأضعت أُخر فتدبر الآية جيداً تجد بأنه ذكر ميقات صلاة الفجر وكذلك ميقات صلاة العصر فكيف تظنّ قوله {وَأَطْرَافَ النّهار} بأنه يقصد صلاة الفجر والعصر وهو قد ذكرهم بقوله تعالى {وَسَبِّحْ بِحَمْدِ ربّك قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا} ؟
إذاً ليس لك إلا أن توقن بأنه حقٌّ ميقات صلاة الظهر تكون في مجمع أطراف النّهار ومجمع أطراف نهار الغدوة ونهار الروحة يحتويهما وقت صلاة الظهر ..
Adapun firman Allah SWT: dan pada waktu-waktu di siang hari, maka ianya adalah waktu pertemuan tepi-tepi siang sebelah pagi dan siang sebelah petang, dan waktu berkumpul kedua-dua itu adalah pada waktu sholat Zhuhur.
Aku tidak rasa kelak akan ada seseorang sekarang ini memintasku untuk mengatakan:
“Bahkan makna firman Allah 'dan pada waktu-waktu di siang hari’ yakni tepi siang dari Fajar (Shubuh) dan tepinya yang akhir adalah Asar.”
Maka kami katakan, akan tetapi engkau telah mengulang menyebut sholat-sholat dan mengabaikan sholat yang lain, maka bertadabburlah terhadap ayat ini baik-baik, engkau akan dapati bahawa ianya menyebutkan waktu sholat Fajar dan demikian juga waktu sholat Asar.
Lalu bagaimana pula engkau menyangka firmanNya “dan pada waktu-waktu di siang hari,” bermaksud sholat Fajar dan Asar, sedangkan Allah SWT telah menyatakan kedua-dua itu dengan firmanNya: dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya
?
Jika demikian, tiada bagimu selain meyakini bahawasanya sudah tentu waktu sholat Zhuhur adalah pada pertemuan tepi-tepi siang, dan pada persilangan waktu siang sebelah pagi dan siang sebelah petang, pada pertemuan keduanya itu terdapat sholat Zhuhur..
ومن ثمّ نأتيكم بآية من القرآن العظيم تؤكد ماسلف ذكره بأن الصلوات خمس وليس ثلاث.. وقال الله تعالى:
{فَسُبْحَانَ اللَّـهِ حِينَ تمْسُونَ وَحِينَ تصْبِحُونَ ﴿١٧﴾ وَلَهُ الحمد فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرض وَعَشِيًّا وَحِينَ تظْهِرُونَ ﴿١٨﴾}
صدق الله العظيم [الروم]
Untuk ini, kami datangkan sebuah ayat dari Al-Qur’an yang agung, yang menegaskan perkara yang telah kami nyatakan bahawasanya seluruh sholat fardhu adalah lima waktu bukannya tiga waktu..
Allah SWT berfirman:
Maka bertasbihlah kepada Allah pada waktu kamu berada di sore hari dan pada waktu kamu berada di waktu subuh, (17)
dan bagi-Nyalah segala puji di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari dan di waktu kamu berada di waktu Zhuhur. (18)
Maha Benar Allah
[Ar-Ruum]
وإلى التأويل المُطابق بالحقّ مع الآيات التي ذكرناها من قبل {فَسُبْحَانَ اللَّـهِ حِينَ تمْسُونَ} وإنما الحين هو الوقت المُحدد لتسبيح في الصلوات، لذلك يقول {حِينَ}.
وأما التسبيح المطلق فهو في النوافل والذكر وهي في أي وقت من الأوقات. كمثال قوله تعالى {إِنَّ لَكَ فِي النّهار سَبْحًا طَوِيلًا ﴿٧﴾}. وأما إذا تمَّ التحديد بقوله {حِينَ} فذلك تحديد الوقت وذلك الوقت قد أصبح معلوم للتسبيح لله في الفرض تصديقاً لقوله تعالى:
{إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا ﴿١٠٣﴾}
صدق الله العظيم [النساء]
Untuk takwil yang serupa dengan ayat-ayat yang telah kami nyatakan sebelum ini dengan kebenaran, “Maka bertasbihlah kepada Allah pada waktu kamu berada di sore hari,” sesungguhnya kalimah Al-Hin adalah waktu yang tertentu untuk bertasbih dalam sholat-sholat, kerana itu Allah SWT berfirman
"pada waktu"
Adapun tasbih yang mutlak (tanpa batasan) adalah pada Nawafil (sholat sunnah) dan Zikir, dan ianya pada bila-bila masa sahaja, sebagaimana firman Allah SWT:
Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang [banyak]. (7).
Adapun ketika telah sempurna penjelasan batasan waktu dengan firmanNya “pada waktu”, maka itulah keterangan bagi ketentuan waktu kerana waktu-waktu sholat fardhu itu telah sedia dimaklumi untuk bertasbih kerana Allah Ta’ala, benarlah firmanNya:
Sesungguhnya sholat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman. (103)
Maha Benar Allah
[An-Nisa]
يكون وقت صلاة مفروضة بلا شك أو ريب نظراً لتحديد وقت التسبيح ويقصد بذلك التسبيح لله في صلاة مفروضة.
ألستم إذا ركعتم تسبحون وتحمدون وإذا سجدتم تسبحون وتحمدون؟ وقال الله تعالى:
{فَسُبْحَانَ اللَّـهِ حِينَ تمْسُونَ وَحِينَ تصْبِحُونَ ﴿١٧﴾ وَلَهُ الحمد فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرض وَعَشِيًّا وَحِينَ تظْهِرُونَ ﴿١٨﴾}
[الروم]
Adanya waktu sholat fardhu tanpa syak dan ragu lagi kerana adanya ketentuan batasan waktu untuk bertasbih, yang dimaksudkan dengan demikian adalah bertasbih kerana Allah Ta’ala di dalam sholat fardhu.
Bukankah kalian bertasbih dan memuji Allah tatkala kalian rukuk dan sujud
?
Allah SWT berfirman:
Maka bertasbihlah kepada Allah pada waktu kamu berada di sore hari dan pada waktu kamu berada di waktu subuh, (17)
dan bagi-Nyalah segala puji di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari dan di waktu kamu berada di waktu Zhuhur. (18)
Maha Benar Allah
[Ar-Ruum]
وإلى التأويل {فَسُبْحَانَ اللَّـهِ حِينَ تمْسُونَ} وذلك تحديد الوقت للتسبيح من الشفق بعد غروب الشمس إلى الغسق، وذلك هو حين تمسون وهو أول الليل، ويقصد بذلك وقت صلاة المغرب من الشفق بعد غروب الشمس إلى الغسق، وهو دخول ميقات صلاة العشاء فذلك هو المعنى لقوله حين تمسون وهو زلفاً من أول الليل وذلك الذكر والتسبيح في صلاة المغرب والعشاء.
Untuk takwil “Maka bertasbihlah kepada Allah pada waktu kamu berada di sore hari”, itu adalah ketentuan batasan waktu untuk bertasbih dari terbit cahaya merah di waktu senja setelah terbenamnya matahari sampai gelap malam (lenyap mega merah), maka ianya adalah pada waktu kamu berada di sore hari di mana ianya merupakan awal malam
(senja).
Yang dimaksudkan dengan demikian adalah waktu sholat Maghrib, dari dari terbit cahaya merah di waktu senja setelah terbenamnya matahari sampai gelap malam, iaitu masuknya waktu sholat Isya, maka demikianlah makna bagi firman Allah SWT “pada waktu kamu berada di sore hari”, ia adalah bahagian dari permulaan awal malam, dan demikian itulah Zikir dan Tasbih dalam sholat Maghrib dan Isya.
وأما قوله تعالى {وَحِينَ تصْبِحُونَ} وذلك الوقت المعلوم للذكر والتسبيح في صلاة الفجر.
وأما قوله تعالى {وَعَشِيًّا} وذلك الوقت المعلوم لصلاة العصر، وجاء مطابقاً لما سبق ذكره وبيانه وبرهانه في أول الخطاب هذا، بأن العشي هو العصر.
وأما قوله تعالى {وَحِينَ تظْهِرُونَ} وذلك هو الوقت المعلوم لصلاة الظُهر.
Adapun firman Allah Ta’ala “dan pada waktu kamu berada di waktu shubuh”, maka itu adalah waktu yang dimaklumi untuk berzikir dan bertasbih dalam sholat Fajar
(Shubuh).
Adapun firman Allah Ta’ala “di waktu kamu berada pada petang hari”, maka itu adalah waktu yang sedia maklum untuk sholat Asar, serupa dengan yang telah kami sebutkan dan nyatakan pada keterangan lalu dan buktinya ada pada awal pernyataan ini, bahawa Al-‘Asyii (petang) adalah Asar.
Adapun firman Allah Ta’ala “dan di waktu kamu berada di waktu Zhuhur”, maka itu adalah waktu yang dimaklumi bagi sholat Zhuhur.
----------------------------
ونأتي الآن لنفي عذاب القبر في حفرة السوءة، فهلمُّوا يا معشر علماء السُّنة أشدَّ النّاس عقيدةً بأن العذاب من بعد الموت يكون في القبر وبهذه العقيدة أنكروا حقيقة الإسراء والمعراج وذلك لأن محمد رسول الله وجد الكفار المجرمين في نار جهنم يتعذبون جميعاً وليس أشتاتاً في قبورهم، وكذلك جعلتم للكفار عليكم سلطاناً بهذه العقيدة التي ما أنزل الله بها من سلطان بأن العذاب من بعد الموت في القبر حفرة السوءة فهلمُّوا لننظر الفتوى الحقّ من القرآن العظيم.
Sekarang kami datang untuk menafikan azab kubur dalam lubang mayat, maka kemarilah wahai ulama Sunni, manusia yang paling kuat mempercayai bahawa azab seksaan selepas mati terjadi dalam kubur, padahal dengan kepercayaan seperti ini mereka telah menafikan hakikat Isra Mi'raj.
Demikian ini kerana Muhammad Rasulullah menemukan orang-orang kafir yang berdosa berada dalam Neraka Jahannam semuanya diseksa, bukannya diseksa secara terpisah-pisah di kuburan mereka masing-masing.
Begitu juga dengan keyakinan ini, kalian telah menjadikan adanya pengaruh bagi orang-orang non-muslim untuk menguasai kalian, keyakinan yang Allah tidak turunkan suatu bukti apapun baginya, bahawa azab seksaan selepas kematian itu terjadi dalam lubang kubur, maka kemarilah kalian agar kita perhatikan fatwa yang haq dari Al-Quran yang agung.
الى الضارب وإلى جميع علماء المسلمين، بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على خاتم الأنبياء والمرسلين محمد رسول الله صلّى الله عليه وسلّم، السلام علينا وعلى جميع المسلمين التّابعين للحقّ إلى يوم الدين ولا أفرق بين أحدٍ من رسل الله وأنا من المسلمين، وبعد..
Kepada Dharib (forumer) dan seluruh ulama muslimin, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas Penutup Para Nabi dan rasul Muhammad Rasulullah SAW, semoga kesejahteraan tetap ke atas kami dan seluruh muslimin para pengikut kebenaran hingga Hari Pembalasan, tiadalah kami ini membeza-bezakan seorangpun dari para Rasul Allah, dan aku adalah dari kalangan orang-orang yang berserah diri -muslimin-, selanjutnya..
ويا معشر علماء المسلمين، إني أدعوكم إلى الرجوع إلى كتاب الله وسُنَّة رسوله الحقّ، حقيق لا أقول على الله بالبيان للقرآن غير الحقّ وأصدِّقُ بالحقّ وأكذب الباطل المخالف للحقّ، وأشهد لله شهادة الحقّ اليقين بأن عقيدتكم في عذاب القبر غير الحُكم في كتاب الله وتُخالف له عقيدتكم الموضوعة بمكرٍ من الطاغوت وأوليائه وذلك حتى يصدوا عن الإيمان بالعذاب من بعد الموت.
ولكني المهديّ المنتظَر الحقّ من ربّكم أشهد بالعذاب لمن يشاء الله من الكفار من بعد الموت مباشرةً يُدخله الله نار جهنم وساءت مصيراً. ولكن بالروح فقط والروح من أمر ربّي ولا تحيطون بها علماً.
Wahai sekalian ulama muslimin, sesungguhnya aku mengajak kalian kembali merujuk Kitabullah dan Sunnah RasulNya yang haq, wajib ke atasku untuk tidak mengatakan terhadap Allah dengan bayan bagi Al-Qur'an kecuali yang haq. Aku membenarkan yang haq dan aku ingkari kebatilan yang menyalahi kebenaran.
Aku bersaksi kerana Allah dengan kesaksian haqqul yakin, bahawa akidah kalian mengenai azab kubur bukan merupakan ajaran dalam Kitabullah Al-Qur'an, akidah kalian yang palsu itu menyalahi Al-Qur'an dengan makar tipudaya yang datang dari Thogut dan penolong-penolongnya, demikian ini agar mereka dapat memesongkan keimanan yang benar terhadap azab seksaan setelah kematian.
Akan tetapi aku Al-Mahdi Al-Muntazhar yang haq dari Tuhan kalian bersaksi, bahawa azab seksaan bagi sesiapa yang dikehendaki oleh Allah dari orang-orang kafir itu terjadi secara langsung setelah kematian mereka, Allah terus memasukkan mereka ke Neraka Jahannam seburuk-buruk tempat tinggal. Namun dengan ruh sahaja sedang ruh itu dari urusan Tuhanku dan ilmu pengetahuan kalian tidak dapat meliputi ilmu Allah.
وقد أخبركم محمد رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - بأنه مرَّ على أهل النَّار بطريق معراجه فشهدهم في النَّار يتعذبون في كوكب النَّار دون السماء وفوق الأرض.
ومن ثمّ واصل المعراج هو وأخيه جبريل عليهما الصلاة والسلام حتى وصلا سدرة المُنتهى للمعراج فوجد عندها جنّة المأوى والسابقون فيها.
Sesungguhnya Muhammad Rasulullah SAW telah memberitahukan kepada kalian bahawasanya beliau telah melewati penduduk Neraka sewaktu Mi'raj yang beliau alami, yang mana Nabi telah melihat mereka berada di Neraka sedang diseksa dalam Kaukab Naar -planet api- yang tanpa langit dan lebih besar dari bumi.
Kemudian Mi'raj diteruskan, Nabi dan saudara beliau Jibril-semoga kesejahteraan ke atas mereka berdua- sehingga sampai di Sidratul Muntaha dan Nabi SAW mendapati di sisi Sidratul Muntaha ada Syurga Ma'wa, sedang penduduknya adalah kalangan orang-orang terdahulu berada di dalamnya.
إذاً يا معشر علماء الأمَّة لقد أصدق الله نبيه بالحقّ على أن يُرية النَّار التي وعد بها الكفار بعين اليقين وكذلك يُريه الجنّة التي وعد بها الأبرار بعين اليقين من قبل مماته عليه الصلاة والسلام، وعده الله أن يُرية من آيات ربّه الكُبرى، ومنها النَّار التي وعد بها الفجار، والجنة التي وعد بها الأبرار.
Jika demikian wahai sekalian ulama umat, sesungguhnya Allah telah membuktikan kepada NabiNya bahawa Dia benar-benar akan memperlihatkan kepada Nabi dengan Ainul Yaqin, terhadap Neraka yang diancamkanNya untuk orang-orang kafir.
Demikian juga Allah memperlihatkan kepadanya Syurga yang dijanjikanNya untuk orang-orang yang berbuat baik dengan Ainul Yaqin sebelum Nabi SAW wafat, yang mana Allah telah janjikan kepada Nabi untuk memperlihatkan sebahagian dari tanda-tanda besar kekuasaan Tuhannya, antaranya adalah Neraka yang dijanjikanNya buat para pendosa dan Syurga yang dijanjikanNya buat para pelaku kebaikan.
وأنا المهديّ المنتظَر الحقّ من ربّكم أشهد بأن محمد رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - أُسري به بالروح والجسد من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى ثمّ إلى سدرة المنتهى عندها جنّة المأوى عند مليك مقتدر.
Aku adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar yang haq dari Tuhan kalian, aku bersaksi bahawa Muhammad Rasulullah SAW telah diperjalankan dengan ruh dan jasadnya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa (Isra'), ; lalu ke Sidratul Muntaha yang di dekatnya ada Syurga Ma'wa di sisi Tuhan Yang Maha Berkuasa.
وذلك الحدث الجلل العظيم جاء تصديقاً لوعد الله لنبيه عليه الصلاة والسلام في قول الله تعالى:
{وَإِنَّا عَلَىٰ أَن نُّرِيَكَ مَا نَعِدُهُمْ لَقَادِرُونَ ﴿٩٥﴾}
صدق الله العظيم [المؤمنون]
Demikian itu merupakan kejadian peristiwa hebat lagi luarbiasa, yang terjadi sebagai pembenaran bagi janji Allah kepada NabiNya SAW, dalam firman Allah Ta'ala:
Dan sesungguhnya Kami benar-benar kuasa untuk memperlihatkan kepadamu apa yang Kami ancamkan kepada mereka. (95)
Maha Benar Allah
[Al-Mukminun]
وتصديقاً لهذا الوعد أُسْريَ بمحمدٍ رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم، ثمّ شاهد النَّار التي وعد بها الفجار فوجد فيها المجرمين يتعذبون، ومن ثمّ واصل المعراج حتى شاهد الجنّة التي وعد الله بها الأبرار فوجد من وجد فيها من المكرمين السابقين. وذلك تصديقاً لوعد الله في قوله تعالى:
{وَإِنَّا عَلَىٰ أَن نُّرِيَكَ مَا نَعِدُهُمْ لَقَادِرُونَ ﴿٩٥﴾}
صدق الله العظيم [المؤمنون]
Sebagai pembenaran dan pembuktian bagi janji Allah inilah Muhammad Rasulullah SAW diperjalankan oleh Allah, lalu Nabi menyaksikan Neraka yang Allah ancamkan kepada orang-orang yang berbuat jahat, yang mana Nabi mendapati di dalam Neraka itu ada orang-orang yang berdosa sedang terseksa.
Kemudian Mi'raj diteruskan hingga Nabi melihat Syurga yang Allah janjikan kepada orang-orang yang berbuat baik, dan Nabi menemukan di dalamnya ada orang-orang yang dimuliakan Allah dari kalangan pendahulu yang sholeh.
Begitulah pemenuhan janji Allah pada firmanNya:
Dan sesungguhnya Kami benar-benar kuasa untuk memperlihatkan kepadamu apa yang Kami ancamkan kepada mereka. (95)
Maha Benar Allah
[Al-Mukminun]
..................................
وأنذر عشيرتك الأقـــــربين...
Berilah peringatan kepada keluarga dan kaum kerabatmu yang terdekat...
وقال محمد رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم:
[يا فاطمة بنت محمد اعملي فان محمداً لا يغني عنك من الله شيئاً، يا عباس عم محمد اعمل فان محمداً لا يغني عنك من الله شيئاً، يا بني هاشم لا يأتي النّاس يوم القيامة بأعمالهم، وتأتوني أنتم بأنسابكم وأحسابكم، فاعملوا فإني لا أغني عنكم من الله شيئاً]
Muhammad Rasulullah SAW bersabda:
Wahai Fatimah binti Muhammad, beramallah dengan amal perbuatan yang baik, kerana Muhammad tidak dapat membantumu sedikitpun dari azab seksaan Allah.
Wahai Abbas paman Muhammad, beramallah engkau dengan amal baik, sesungguhnya Muhammad tidak mampu menyelamatkanmu sedikitpun dari azab Allah.
Wahai Bani Hasyim, tiadalah manusia datang pada Hari Kiamat dengan amal perbuatan mereka sedang kalian mendatangiku dengan nasab keturunan kalian lalu aku memperhitungkan kalian.
Maka ketahuilah kalian, aku sama sekali tidak dapat berbuat apa-apa untuk melindungi kalian dari azab Allah.
وقال محمد رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم:
[يا فاطمة بنت محمد يا صفية بنت عبد المطلب يا بني عبد المطلب لا أملك لكم من الله شيئاً]
Sabda Muhammad Rasulullah SAW:
Wahai Fatimah binti Muhammad, wahai Sofiyyah binti Abdul Muththalib, wahai Bani Abdul Muththalib, aku tidak memiliki hak sedikitpun (untuk melindungi kalian) dari seksaan Allah.
وقال رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم:
[يا معشر قريش اشتروا أنفسكم من الله لا أغني عنكم من الله شيئاً يا بني عبد المطلب لا أغني عنكم من الله شيئاً يا عباس بن عبد المطلب لا أغني عنك من الله شيئاً يا صفية عمة رسول الله لا أغني عنك من الله شيئاً يا فاطمة بنت رسول الله سليني بما شئت لا أغني عنك من الله شيئاً]
Muhammad Rasulullah SAW bersabda:
Wahai sekalian Quraisy, selamatkanlah diri kalian dari azab Allah, aku sedikitpun tidak dapat menyelamatkan kalian dari seksaan Allah.
Wahai Bani Abdul Muthallib, aku sedikitpun tidak dapat menyelamatkan kalian dari azab Allah.
Wahai Abbas bin Abdul Muthallib, aku sedikitpun tidak dapat menyelamatkanmu dari seksaan Allah.
Wahai Sofiyyah ibu saudara Rasulullah, aku sedikitpun tidak dapat menyelamatkanmu dari seksaan Allah.
Wahai Fatimah binti Rasulullah, mintalah kepadaku apa sahaja yang engkau inginkan (dari hal keduniaan), aku sedikitpun tidak dapat menyelamatkanmu dari seksaan Allah.
صدق محمد رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - فليس له من الأمر شيئاً. تصديقاً لقول الله تعالى:
{لِيَقْطَعَ طَرَفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَوْ يَكْبِتَهُمْ فَيَنقَلِبُوا خَائِبِينَ ﴿١٢٧﴾ لَيْسَ لَكَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْءٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يعذبهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ ﴿١٢٨﴾ وَلِلَّـهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرض يَغْفِرُ لِمَن يَشَاءُ وَيعذب مَن يَشَاءُ وَاللَّـهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿١٢٩﴾}
صدق الله العظيم [آل عمران]
Benarlah sabda Muhammad Rasulullah SAW, kerana perkara itu (mengampunkan atau menyeksa) sama sekali bukan urusan baginda.
Benarlah firman Allah Ta'ala:
[Kemenangan itu] adalah untuk membinasakan segolongan orang-orang yang kafir atau untuk menjadikan mereka hina, lalu mereka kembali dengan tiada memperoleh apa-apa.(127)
Tak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka itu atau Allah menerima taubat mereka, atau mengazab mereka, karena sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim. (128)
Kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dia memberi ampun kepada siapa yang Dia kehendaki; Dia menyiksa siapa yang Dia kehendaki; dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (129)
Maha Benar Allah
[Ali 'Imran]
وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
Salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam
................................
sumber:
https://mahdialumma.net/showthread.php?p=4537