مقتبس من >>>إلى علم الجهاد الذي يريد أن يضل العباد والحق لهُ لبالمرصاد..<<<
{ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ }
Sesungguhnya yang benar-benar takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama.
Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Pengampun. (28)
المهدي المنتظر الحق ناصر محمد اليماني يحذر المسلمين والناس أجمعين من التفكير في ذات رب العالمين
Al-Mahdi Al-Muntazar yang sejati, Pembela Muhammad dari Yaman - Naser Muhammad Al-Yamani- memberi amaran dan peringatan kepada kaum muslimin agar berwaspada dan menghindar dari memikirkan Dzat Tuhan Sekalian Alam
بسم الله الرحمن الرحيم
الإمام ناصر محمد اليماني سوف يأتي الناس بتعريف لربي وربهم الله رب العالمين، وأقول: يا أيها الباحث من الناس عن الحق، إن الله يقول في القرآن العظيم بأن لكُل فعل فاعل ولا بُد لخلق الإنسان والسماوات والأرض من فاعل. وقال الله تعالى مخاطباً المُلحدين: { أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ ﴿35﴾ أَمْ خَلَقُوا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۚ بَل لَّا يُوقِنُونَ ﴿36﴾ } صدق الله العظيم [الطور]
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Imam Mahdi Al-Muntazar yang sejati, Imam Naser Muhammad Al-Yamani, kelak akan mendatangkan kepada manusia ta'rif yakni definisi, pengenalan dan informasi terhadap Tuhanku dan Tuhan mereka, iaitu Allah-Tuhan Semesta Alam, dan aku katakan:
Wahai pencari kebenaran di kalangan manusia, sesungguhnya Allah menyatakan di dalam kitabNya Al-Qur'an yang agung bahawasanya setiap perbuatan itu pasti ada pelakunya, dan tentunya kejadian manusia, langit dan bumi juga pastilah ada penciptanya.
Allah Ta'ala berfirman, yang ditujukan kepada kaum atheist:
{ أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ ﴿35﴾ أَمْ خَلَقُوا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۚ بَل لَّا يُوقِنُونَ ﴿36﴾ }
صدق الله العظيم [الطور]
Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatupun ataukah mereka yang menciptakan?Ataukah mereka telah menciptakan langit dan bumi itu?; bahkan sebenarnya mereka itu tidak meyakini.
Maha Benar Allah
[الطور-36-35]
ومن بعد التفكر في خلق أنفسهم وخلق السماوات والأرض وما بينهم يأتي اليقين بالخالق، وكذلك اليقين بعظمة الخالق، وتُعرف عظمة الفاعل من خلال أفعاله، ومن ثم يقول المُتفكر من بعد التفكر والتدبر فيقول: "كم أنت عظيم يا إلهي". فيخشع قلبه وتدمع عينه مما عرف من عظمة الحق سُبحانه ولو لم يقرأ ولا يكتب فلا تحتاج معرفة الله إلى القراءة والكتابة بل مجرد التفكر في نفسه وفي خلق السماوات وفي الأرض آيات للمُوقنين، ومن بعد التفكر والتأمل تأتي الخشية والخضوع والخشوع والدموع مما عرفوا من الحق فيكونون من الموقنين بوجود ربهم وعظمته سبحانه، ومن ثم يخشون ربهم بالغيب بعد علم المعرفة بالله رب العالمين، وليست معرفة الرب محصورة من خلال القراءة والكتابة إذاً لما خشعت قلوب الأميين الذين لا يقرأون ولا يكتبون. ولم يقصد الله في قوله تعالى: { إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ } صدق الله العظيم [فاطر:28]
Setelah bertafakkur tentang penciptaan diri mereka, memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi, serta terhadap segala sesuatu di antara keduanya, maka akan datanglah keyakinan terhadap Al-Khaliq Sang Pencipta, Allah SWT. Dengan bertafakkur juga akan hadir keyakinan mendalam terhadap keagungan dan kebesaran Sang Pencipta, lalu kehebatan dan keagungan Allah sebagai Pembuat segala sesuatu dapat diketahui melalui perbuatan-perbuatan-Nya.
Sebab itulah orang yang bertafakkur -setelah memikirkan dan merenungkan- maka mereka akan mengucapkan:
"Betapa agungnya Engkau Wahai Tuhanku".
Kemudian khusyu' dan tunduk hati mereka lalu mengalirlah air matanya, dikeranakan oleh kebesaran, keagungan dan kehebatan Allah Al-Haq -Subhaanahuu wa Ta'ala- yang telah mereka ketahui, walaupun mereka tidak boleh membaca dan menulis, kerana ma'rifatullah -mengenal Allah- itu, tidak butuh pada pembacaan dan penulisan bahkan ia merupakan kejernihan yang murni lahir dari tafakkur, merenungi dirinya, memikirkan penciptaan langit dan bumi, yang kesemuanya itu merupakan ayat-ayat-Nya serta tanda-tanda-Nya bagi orang-orang yang yakin.
Maka, selepas bertafakkur, memikirkan, mentadabburi dan merenungi secara mendalam, akan datanglah rasa ketakutan, ketundukan, kepasrahan, kekhusyu'kan hingga mengalirlah air mata mereka oleh kebenaran yang telah mereka ketahui, lalu jadilah mereka itu termasuk di kalangan orang-orang yang yakin dengan kewujudan Tuhan mereka, yakin akan keagungan dan kehebatan-Nya -Maha Suci Dia-. Sebab itulah mereka takut akan Tuhan mereka, sedang mereka tidak melihat-Nya, setelah mengetahui dan mengenal Allah, Tuhan Semesta Alam.
Ma'rifat kepada Tuhan tidaklah terbatas hanya di dapatkan melalui pembacaan dan penulisan kerana jika demikian, tentulah tidak akan khusyu' hati orang-orang ummi, yakni orang-orang yang tidak tahu membaca dan menulis.
Allah juga tidak bermaksud menyatakan di dalam firmanNya,
{ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ }
صدق الله العظيم [فاطر:28]
Sesungguhnya yang benar-benar takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama.
Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Pengampun. (28)
-Maha Benar Allah-
فيزعم الذين يقولون على الله مالا يعلمون: "إنه لا يخشى من الله إلا العلماء الدارسون المتعلمون بعلوم الدين والأحكام الفقهية". إذا فقد أصبح الأميين الذين لا يقرأون ولا يكتبون لا يخشون ربهم حسب التأويل بالباطل، ولكن المهدي المنتظر الحق الناصر لمحمد رسول الله والقرآن العظيم الإمام ناصر محمد اليماني أفتي وأقول: إن الله لا يقصد أنه لا يخشاه من عباده إلا فُقهاء الأمة بل منهم من يمشي سوياً على صراط مُستقيم ومنهم من لا يخشى الله رب العالمين وذلك لأن الله لم يؤتيه العلم. ولربما يود أحد أن يقاطعني فيقول:" وكيف تقول إن الله لم يؤتيه العلم مع أنه عالم بعلوم الدين والأحكام الفقهية؟ ومن ثم يُرد عليه المهدي المنتظر الحق وأقول: إنما سبب عدم خشية هذا العالم بعلوم الدين والأحكام الفقهية فلم يغني عنه علمه شيئاً، وذلك لأنه جاهل وليس عالم بمعنى أنه جاهل في علم العظمة الإلهية بمعنى إنه ينقصه معرفة علم العظمة الإلهية، فمن جهل عظمة الله فقد جهل العلم كُله مهما كان عالماً ومهما كان مثقفاً ومهما كان دارساً فإنه لمن الجاهلين عن قدر عظمة ربهم مهما درس وتعلم، فما دام لا يخشى الله فهو من الجاهلين وإن كان عالماً بعلوم الدين والأحكام الفقهية وذلك لأن الله يقول في محكم كتابه العزيز: { إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ } صدق الله العظيم [فاطر:28]
lalu kemudian orang-orang yang mengatakan terhadap Allah sesuatu yang tidak mereka ketahui menyangka "bahawa sesungguhnya, tidak ada yang takut kepada Allah kecuali para- alim-ulama yang belajar dan mendalami ilmu-ilmu agama serta hukum hakam perundangan islam lagi terpelajar".
Jika begitu, orang-orang ummi yang tidak tahu membaca dan menulis akan menjadi orang-orang yang tidak takut terhadap Tuhan mereka, menurut takwil yang batil ini. Akan tetapi Imam Mahdi Al-Muntazar yang sejati, penolong Muhammad Rasulullah dan pembela Al-Qur'an yang agung, Imam Naser Muhammad Al-Yamani memberi fatwa dan aku katakan:
Sesungguhnya Allah tidak maksudkan bahawa-tidak ada yang takut kepada-Nya di antara hamba-hamba-Nya melainkan para fuqaha umat ini-, kerana di antara mereka itu ada yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus, dan ada pula di antara mereka yang tidak takut terhadap Allah, Tuhan semesta alam. Ini kerana Allah tidak menganugerahkan ilmu kepadanya. Mungkin seseorang mahu menyelaku mengatakan: Mengapa pula engkau mengatakan bahawa Allah tidak memberinya ilmu, padahal dia orang alim yang tahu ilmu-ilmu agama dan hukum-hakam feqah? Untuk ini, Imam Mahdi Al-Muntazar yang sebenar membalas, dan aku katakan: Penyebab tiadanya rasa takut dalam hati orang alim yang tahu ilmu-ilmu agama dan hukum-hakam feqah, hanyalah kerana ilmunya itu sedikitpun tidak bermanfaat bagi dirinya.
Demikian ini terjadi kerana dia sebenarnya jahil bukan orang alim, maksudnya,dia jahil dalam ilmu ketuhanan, jahil mengenai keagungan Tuhan. Maknanya, sedikit sekali ilmu ketuhanan dan rendah ma'rifatnya terhadap ilmu keagungan Tuhan, kerana barangsiapa yang jahil terhadap keagungan Allah, maka sesungguhnya dia jahil dalam ilmu seluruhnya-walaupun dia alim, walaupun dia terpelajar lagi terdidik. Kerana dia sebenarnya termasuk di kalangan orang-orang yang jahil terhadap kadar kehebatan Tuhan mereka dan mereka tidak mengetahui nilai keagungan-Nya, walaupun mereka studi dan belajar.
Sebabnya, selagi dia belum dan tidak takut kepada Allah, maka selama itulah dia termasuk di kalangan orang-orang yang jahil, walaupun dia alim dan tahu ilmu-ilmu agama serta hukum-hakam feqah. Demikian ini kerana sesungguhnya Allah berfirman dalam muhkam kitab-Nya yang mulia:
{ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ }
صدق الله العظيم [فاطر:28]
Sesungguhnya yang benar-benar takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama.
Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Pengampun. (28)
-Maha Benar Allah-
إذاً يا أيها الباحثون عن الحق، فمنهم العلماء من الناس والذين لا يخشون الله إلا هم وغيرهم جاهلين. ومن ثم نفتيكم بالحق ونقول: إنهم الُعلماء بعظمة ربهم سبحانه وتعالى علواً كبيراً سواء كان قارئاً أوعالماً أو أمياً لا يقرأ ولا يكتب فكيف أن الأمي أصبح يخشى الله؟ وذلك لأنه عالم بمعرفة قدر عظمة الله رب العالمين ولذلك تجدونه يخشى الله لأنه عالم بقدر عظمة ربه سُبحانه مع أن منهم من لا يقرأ ولا يكتب فهو أميٌّ، وبرغم أنه أميُّ تجدونه يخشى الله رب العالمين خير من كثير من المُتعلمين، ولكن كيف توصل للخشية من الله فقدره حق قدره؟ وذلك لأن معرفة عظمة الله لا تحتاج للقراءة والكتابة بل تحتاج للعقل الذي يتفكر به فيما خلق الله بين يديه في السماء والأرض ومن ثم يتوصل لعظمة ربه فيقدره حق قدره، فتدبروا الآية جيدا كاملة تفهمون الخبر وأن علم معرفة عظمة الرب تأتي بالتفكر فيما خلق الله. وقال الله تعالى: { أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّـهَ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَاتٍ مُّخْتَلِفًا أَلْوَانُهَا وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ ﴿27﴾ وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّـهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّـهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ ﴿28﴾ }صدق الله العظيم [فاطر]
Jika demikian wahai para pencari kebenaran, maka siapa pula para alim-ulama di kalangan manusia, sedangkan orang-orang yang tidak takut terhadap Tuhan mereka, ulama atau selain mereka sebenarnya adalah orang-orang yang jahil.
Oleh itu, kami fatwakan kepada kalian dengan kebenaran dan kami katakan: Sesungguhnya ulama yang dimaksud pada ayat di atas adalah ulama yang mengetahui dan mengenal keagungan Tuhan mereka, Maha Suci Dia dan Maha Luhur lagi Maha Tinggi dengan keagungan yang setinggi-tingginya. Sama sahaja apakah dia seorang yang dapat membaca, seorang alim ataupun seorang ummi yang tidak tahu membaca dan menulis. Ini kerana, bagaimana pula seseorang yang ummi boleh menjadi seorang hamba yang takut kepadaAllah?
Demikian ini kerana dia adalah seorang yang mengetahui dan mengenal kadar keagungan dan nilai kehebatan kekuasaan Allah, Tuhan semesta Alam. Sebab itulah kalian akan menemukan bahawa dia takut kepada Allah, kerana sesungguhnya dia adalah orang alim yang mengetahui kadar kehebatan dari keagungan Tuhannya- Maha Suci Dia- begitu juga di antara mereka itu, ada yang tidak tahu membaca dan menulis kerana dia ummi. Tapi sungguhpun dia begitu, kalian akan mendapati bahawa dia takut kepada Allah Tuhan sekalian alam, lebih baik dari rasa takutnya kebanyakan dari orang-orang yang terpelajar. Akan tetapi, bagaimana cara untuk mengapai dan mendapatkan rasa takut kepada Allah, sehingga mengenal-Nya dengan sebenar-benarnya?
Demikian ini kerana mengenal dan berma'rifat terhadap keagungan dan kebesaran Allah itu tidak membutuhkan pembacaan dan penulisan, akan tetapi ia perlu kepada akal pemikiran yang digunakan untuk mentafakkuri ciptaan-ciptaan Allah di langit dan di bumi, yang Dia telah ciptakan dengan kekuasaan dan kebijaksanaan-Nya, maka dengan itulah akan tercapainya pengenalan dan ma'rifat terhadap keagungan dan keMaha-an-Nya, lalu dia akan mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya.
Maka renungkanlah kalian, bertadabburlah terhadap ayat ini dengan baik dan menyeluruh, maka kalian akan memahami khabar penjelasan bahawa sesungguhnya ilmu ma'rifat terhadap keagungan Tuhan itu, muncul dari tafakkur, yakni bertafakkur merenungi, memikirkan tentang makhluk yakni segala sesuatu ciptaan Allah.
Firman Allah Ta'ala :
{ أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّـهَ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجْنَا بِهِ ثَمَرَاتٍ مُّخْتَلِفًا أَلْوَانُهَا ۚ وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ ﴿27﴾ وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّـهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّـهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ ﴿28﴾ }
صدق الله العظيم [فاطر]
Tidakkah engkau melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada yang hitam pekat.Dan demikian juga di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya . Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama . Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
صدق الله العظيم [فاطر]
إذاً قد علمتم أنه يقصد العلماء بمعرفة عظمته سبحانه سواء من الأميين أو علماء الدين أو الدارسين، وذلك لأن خشيتهم جاءت من خلال التدبر والتفكر في السماء والأرض. وقال الله تعالى: { وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ } [آل عمران:191]
Jika begitu, sungguh kalian telah mengetahui bahawa ulama yang benar-benar takut kepada Allah yang dimaksudkan-Nya, adalah ulama yang ma'rifat terhadap keagungan-Nya, mengenal kehebatan dan kekuasaan-Nya, sama sahaja samaada dia di kalangan orang-orang ummi ataupun di kalangan para alim-ulama yang menekuni ilmu agama ataupun para pelajar.
Demikian ini disebabkan rasa ketakutan mereka yang datang melalui perenungan, pemikiran, dari tadabbur dan tafakkur terhadap ciptaan-ciptaan Allah di langit dan di bumi.
Allah Ta'ala berfirman:
{ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ }
[آل عمران:191]
dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi : "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.
أما لو تجعلون الآية محصورة على علماء الفقه والدين إذا لما وجدتم أميّاً واحداً يخشى الله لأنه أميٌّ، وكذلك لما وجدتم حاكم قضاء يرتشي أو يظلم ولكنكم تجدون علماء وحكام قضاة يظلمون فيقبلون الرشوة فيحكمون لصالح الظالم فيزيدون المظلوم ظلماً إلى ظلمه. وقال الله تعالى:
{ وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿188﴾ } صدق الله العظيم [البقرة]
Adapun jika kalian menjadikan ayat tadi terbatas hanya terhadap alim-ulama yang menekuni fiqh dan ilmu-ilmu agama, jika begitu, pasti kalian tidak akan menemukan seorangpun di kalangan ummi yang takut kepada Allah, kerana dia tidak tahu membaca dan menulis. Demikian pula, kalian juga tidak akan menemukan seorang hakim pun yang menerima rasuah atau berbuat kezaliman.
Akan tetapi hakikatnya, kalian malah mendapati adanya para alim-ulama dan hakim bijak pandai yang menetapkan hukum dengan zalim, menerima rasuah dan menghukum orang baik sebagai orang jahat, maka mereka semua membuatkan orang yang dizalimi malah bertambah terzalimi dengan kezaliman yang bertumpuk-tumpuk.
Firman Allah Ta'ala:
{ وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿188﴾ }
صدق الله العظيم [البقرة]
Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan kamu membawa harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan dosa, padahal kamu mengetahui.
إذاً يا معشر الباحثين عن الحق، إنما العالم يكون عالماً حقاً حين يستحضر عظمة الله إلى قلبه من خلال التدبر والتفكر فيخضع ويخشع قلبه وتدمع عينه وأولئك هم العلماء من الناس والذين تساوت شهادتهم بشهادة الله لعظمة ذاته ووحدانيته، وكذلك تساوت شهادتهم بشهادة ملائكته المقربين العلماء بقدر عظمة ربهم لا آله إلا هو. وقال الله تعالى: { شَهِدَ اللَّـهُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿18﴾ } صدق الله العظيم [آل عمران]
Jika demikian wahai seluruh para pencari kebenaran, sesungguhnya orang alim itu, akan menjadi orang alim yang sebenarnya ketika dia menghadirkan keagungan, kebesaran dan kemahakuasaan Allah dihatinya, melalui tadabbur dan tafakkur, perenungan dan pemikiran lalu kemudian pasrah, tunduk dan khusyu' hatinya dan mengalir air matanya.
Mereka itulah ulama sesungguhnya di antara manusia yakni orang-orang yang bersamaan, seimbang dan selaras kesaksian mereka itu dengan kesaksian Allah terhadap keagungan Dzat-Nya dan keEsaan-Nya. Begitu juga seimbang dan selaras kesaksian mereka itu dengan kesaksian para malaikat yang didekatkan. Mereka merupakan ulama yang mengagungkan Allah dengan pengagungan yang sebenar-benarnya. Tiada ada tuhan yang berhak disembah kecuali Dia.
Allah Ta'ala berfirman:
{ شَهِدَ اللَّـهُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ ۚ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿18﴾ }
صدق الله العظيم [آل عمران]
Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang menegakkankeadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (ulama) juga menyaksikan yang demikian, bahawasanya: Tak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
ولماذا لم يقل الله في هذه الآية بدلاً عن قوله { وَأُولُو الْعِلْمِ } أن يقول: ( والمؤمنون )؟ وذلك لأن الكفار يؤمنون بالله ولكنهم لا يقدرونه حق قدره بمعنى أنهم لا يعرفونه حق معرفته. وقال الله تعالى: { وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعلمون } [لقمان:25]
Dan mengapakah Allah tidak berfirman pada ayat ini, sebagai ganti dari firmannya
{ وَأُولُو الْعِلْمِ }-
dan orang-orang yang berilmu
dengan mengatakan:
( والمؤمنون )
dan orang-orang beriman
?
Demikian ini terjadi kerana bahawasanya orang-orang kafir itu sebenarnya beriman, yakni percaya kepada Allah akan tetapi mereka tidak mengagungkan-Nya dengan pengagungan yang sebenar-benarnya. Bermaksud bahawa mereka sesungguhnya tidak mengenal-Nya dengan sebenar-benar pengenalan terhadap-Nya.
Allah yang Maha Luhur berfirman:
{ وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعلمون }
[لقمان:25]
Dan sesungguhnya jika engkau tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?"Tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah : "Segala puji bagi Allah"; akan tetapi kebanyakan dari mereka itu sebenarnya tidak mengetahui.
إذا اليقين في القلب والخشوع والخضوع والدموع من خشية الله تأتي من التفكر والتذكر والتدبر وفي الأرض آيات للمُوقنيين وفي أنفسكم أفلا تُبصرون؟ إذاً معرفة عظمة الله ووحدانيته سُبحانه تأتي إلى القلب من خلال التفكر فيما خلقه الله في السماء والأرض وكذلك من خلال التدبر والتفكر في آيات كتابه الحكيم فيجدها الحق على الواقع الحقيقي.
Jika demikian, maka keyakinan dalam hati, kekhusyu'kan, ketundukan serta kepasrahan dan air mata yang mengalir kerana gentar dan takut terhadap Allah, datang setelah adanya tafakkur, tazakkur, dan tadabbur terhadap ciptaan-ciptaan Allah kerana di bumi terdapat ayat-ayat dan tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin, bahkan pada diri mereka sendiri. Maka mengapakah kalian tidak memperhatikannya?
Oleh itu, ma'rifat terhadap keagungan dan kemahakuasaan Allah dan keEsaan-Nya -Maha Suci Dia-, akan datang dan hadir dalam hati seseorang melalui tafakkur terhadap ciptaan-ciptaan Allah di langit maupun di bumi, demikian juga melalui tadabbur dan tafakkur terhadap ayat-ayat kitab-Nya yang penuh hikmah dan kebijaksanaan, maka dia akan mendapati bahawa ayat-ayat Allah adalah benar, sesuai dengan kenyataannya.
وأما ذات الله ياعلم الجهاد، فهو مستوٍ على عرشه وليس كمثله شيء ولا يتحمل رؤيته شيء ويخاطب الخلائق من وراء الحجاب ووسع كل شيء رحمة وعلماً فهو يعلم ظاهر الأمور وباطنها ويعلم خائنة الأعين وما تخفي الصدور: { أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ ﴿14﴾ } [الملك]
Adapun mengenai Dzat Allah wahai Panji Jihad (forumer), Dia bersemayam di Arsy-Nya dan tidak ada sesuatupun yang semisal dengan-Nya dan tidak ada yang mampu melihat-Nya sedang Dia berkata-kata dengan para makhluk ciptaan-Nya dari belakang tabir. Maha luas rahmat dan ilmu-Nya meliputi segala sesuatu dan Dia Maha Mengetahui urusan-urusan yang zahir maupun yang batin lagi Maha Mengetahui mata-mata yang khianat dan Maha Mengawasi apa yang tersembunyi di dalam hati.
{ أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ ﴿14﴾ }
[الملك]
Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui; sedang Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui?
وأنا المهدي المنتظر الحق لا أُدخل الناس في متاهات في ذات الله الذي ليس كمثله شيء لا ملاك ولا جان ولا إنسان، فلو أسأل أحدكم كيف شكل سيارة صالون بكس موديل 2020؟ لقال: "الله أعلم". مع أنه يعرف موديل 2008، ولكن ذلك لم يغنِ عنه شيء ليعرف من خلاله موديل 2020 ولله المثل الأعلى، فكيف تكلم الناس في ذات الله ياعلم الجهاد وهو ليس كمثله شيء؟ فهل تريد أن تقول إنه كشكل الإنسان ولكنه ضخم كبير! أو كمثل الملاك ولكنه أعظم حجماً! أو تشبه بأي شيء من المخلوقات؟ سبحانه!! بل ليس كمثله شيء، فكيف تتجاوز بالتفكير إلى ذات الله الذي ليس كمثله شيء يا علم الجهاد؟ إنما تريد أن يكفر الناس بربهم بخزعبلاتك وتريدون أن يتفكرون في ذات ربهم، ولكن المهدي المنتظر الحق ناصر محمد اليماني يحذر المسلمين والناس أجمعين من التفكير في ذات رب العالمين والذي لا تحيط بعظمة ذاته عقولهم الصغيرة والحقيرة، كما لا تتحمل رؤية ذاته أبصارهم، فهل تحمَّل الجبل رؤية ذات الله من بعد التجلي؟ فكيف بالإنسان الضعيف؟! بل تفكروا في عظمة صفاته الرب القُدْراتية وسوف تعلمون ذلك من خلال التفكر في مخلوقاته ولا تتفكروا في ذاته فتهلكوا، وإنما يريد علم الجهاد أن يشغل بالكم بالتفكر في ذات ربكم فتهلكوا.
Dan aku Imam Mahdi Al-Muntazar yang sejati, aku tidak membawa manusia ke dalam teka-teki terhadap Dzat Allah, yang tidak ada sesuatupun yang serupa dengan-Nya, tidak malaikat, tidak pula jinn, apalagi manusia. Sekiranya aku tanyakan kepada salah seorang dari kalian bagaimana bentuk kereta sedan model tahun 2020 kelak? Pasti dia akan menjawab: "Allahu 'alam", meskipun dia mengetahui model tahun 2008, akan tetapi pengetahuan itu tidak bermanfaat untuknya bagi mengetahui bentuk model tahun 2020 kelak.
Kepunyaan Allah-lah sifat yang Maha Tinggi lagi Maha Luhur. Lalu bagaimana pula manusia dapat berbicara tentang Dzat Allah wahai Panji Jihad, padahal Dia itu, tidak ada sesuatu apapun yang serupa dengan-Nya?
Apakah engkau mahu mengatakan bahawa bentuk-Nya seperti bentuk manusia akan tetapi Dia besar dan lebih besar lagi! Atau Dia seperti malaikat akan tetapi dimensi-Nya lebih besar lagi! Atau Dia menyerupai segala sesuatu dari makhluk-makhluk ciptaan-Nya? Maha Suci Dia
!!
Bahkan tidak ada suatu apapun yang serupa dengan-Nya, lalu bagaimana pula engkau dapat pergi terlalu jauh memikirkan Dzat Allah, yang tidak ada keserupaan sama sekali dengan suatu apa pun
wahai Panji Jihad?
Sebenarnya, engkau hanya mahu agar manusia kafir terhadap Tuhan mereka dengan tahyul, teka-teki dan senda guraumu. Kalian (syaitan jinn dan manusia) mahu agar manusia memikirkan Dzat Tuhan mereka. Akan tetapi Imam Mahdi Al-Muntazar yang haq, Pembela Muhammad dari Yaman - Naser Muhammad Al-Yamani- memberi amaran dan peringatan kepada kaum muslimin agar berwaspada dan menghindar dari memikirkan Dzat Tuhan Sekalian Alam.
Supaya mereka tidak memikirkan Dzat yang mana akal-akal kecil lagi cetek dan rendah mereka itu tidak akan mampu meliputi keagungan Dzat-Nya, sepertimana penglihatan-penglihatan mereka yang tidak mampu mencapai-Nya.
Adakah gunung mampu menatap Dzat-Nya setelah Dia bertajalli menampakkan Diri-Nya?
Bagaimana pula dengan manusia yang serba kekurangan lagi lemah ini?!
Namun, bertafakkurlah pada keagungan sifat-sifat-Nya, Tuhan yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Maka kelak kalian akan mengetahui yang demikian itu setelah bertafakkur pada makhluk-makhluk ciptaan-Nya, dan jangan bertafakkur pada Dzat-Nya kerana kalian akan binasa.
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين..
الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.
..Salam ke atas para Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam
Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani
____________
sumber:
https://mahdialumma.net/showthread.php?p=3985
https://mahdialumma.net/showthread.php?t=11627