وسأل سائل فقال: ما هي الغيبتان التي للمهدي المُنتظر؟ ومن هو السفياني؟
وأجاب الذي عنده عِلم الكتاب فقال:
Pertanyaan: Apakah Imam Mahdi menghilangkan diri dua kali?
Siapakah dia As-Sufyani
?
Imam Mahdi menjawab:
بسم الله الرحمن الرحيم
والصلاة والسلام على النبي الأُمّي الأمين وآله والتابعين للحق إلى يوم الدين، وبعد..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Sholawat dan salam ke atas Nabi yang Ummi lagi terpercaya, beserta ahli keluarga baginda dan para pengikut kebenaran hingga Hari Kiamat,
wa ba’d..
ويا جعفر ويا معشر الشيعة الإثني عشر إن للمهدي المُنتظر غيبتان عن أهله وربعه لا يعلمون أين صاحبهم وحدث ذلك نتيجة أسباب شخصية سبق شرحها، المهم أن عقيدة الشيعة أن للإمام المهدي غيبتان هي حق حدثت بقدرٍ من الله وليس تطبيق الغيبتان بتعمّدٍ منّي كلا ورب الكعبة ولم أكن أعلمُ أن للمهدي المُنتظر غيبتان ولم أكن أعلمُ أني المهدي وليس لدي من العِلم تلك الأيام إلّا قليلاً كمثل أي مُسلم يعلمُ الضروري من أمور دينه، المهم أن الغيبتان حقاً حدثت والله على ما أقول شهيدٌ ووكيل
Wahai Ja’far (anggota forum), wahai sekalian Syi’ah Itsna ‘Asyara, sesungguhnya bagi Imam Mahdi ada 2 kali dia telah menghilangkan diri dari keluarganya dan kerabat karib tempat tinggalnya, dan tiada sesiapa mengetahui di mana Imam. Demikian ini terjadi sebagai natijah dari sebab-sebab peribadi, yang telah berlalu penjelasanku mengenainya.
Namun apa yang penting, kepercayaan Syi’ah bahawa Imam Mahdi menghilang sebanyak 2 kali itu adalah benar, dan ianya telah terjadi dengan kadar ketetapan dari Allah SWT. Bukanlah menghilangkan diri 2 kali itu terjadi dengan kesengajaan dariku, tidak, sekali-kali tidak demi Tuhan Pemilik Ka’bah. Malah aku tidak tahu Imam Mahdi menghilangkan diri sebanyak 2 kali, bahkan waktu itu aku belum tahu bahawa aku adalah Imam Mahdi, dan aku tidak memiliki ilmu pada waktu-waktu terjadinya perkara itu kecuali sedikit, sebagaimana ilmu yang dimiliki oleh kebanyakan muslim yang hanya mengetahui perkara-perkara wajib dari urusan agamanya.
Apa yang penting, bahawasanya 2 kali menghilangkan diri itu benar-benar telah aku alami dan Allah-lah yang Maha Menyaksikan terhadap kebenaran ucapanku ini dan Dia Maha Melindungi.
. والغيبة الكُبرى حدثت قبل الغيبة الصُغرى، فأما الغيبة الكُبرى فكانت في اليمن ولا يعلمُ بمكاني أيّن من أهلي وربعي وسبب اختفائي هي ظروف لا أحب أن أذكرها وسبق أن ذكرتها في أحد البيانات، المهم إنها أجبرتني على الاختفاء عن أهلي وربعي وجميع من يعرفوني إلّا من أعتمد عليهم في قضاء حوائجي وليس هُم من أهلي وربعي ورُبّ أخٍ لك لم تلده أُمّك. ومن ثُمّ سافرت إلى خارج اليمن ومن ثُمّ تفاجئوا أهلي وجميع من يعرفني برؤيتي في القناة الفضائية العراقية وكان وقوفي إلى جانب السُفياني صدام حُسين بدافع أخوّة الدين والأرض والعرض العربي، ولكني علمت هُناك بما لم أكن أعلم من قبل أنه كان ظالم.! ومن ثُمّ علمت أنه لن ينتصر وإنما يبعث الله له من هو أظلم منه تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَكَذَٰلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضًا}
صدق الله العظيم, [الأنعام:129]
Menghilang diri yang besar telah terjadi sebelum menghilang diri yang kecil. Adapun yang besar, maka ianya di Yaman tidak ada sesiapa dari kalangan keluargaku dan kerabat karib tempat tinggalku yang tahu di mana tempat aku berada. Sebab persembunyianku ini adalah sebuah kondisi yang aku tidak suka untuk menyebutkannya, aku pernah menyatakannya pada salah satu dari keterangan-keteranganku.
Apa yang penting, situasi demikian ini telah memaksaku untuk menghilangkan diri dari keluargaku dan kerabat karib teman tempat tinggalku, dan dari semua orang yang mengenaliku kecuali orang-orang yang aku andalkan mereka buat memenuhi keperluan-keperluanku, sedang mereka bukanlah keluargaku dan kerabat karib tempat tinggalku, namun mereka bagai saudara seibu denganku.
Kemudian aku pergi keluar dari Yaman beberapa waktu, lalu setelah itu keluargaku dan kerabat karib tempat tinggalku serta semua orang yang mengenaliku terperanjat kerana menyaksikan diriku muncul dalam Channel Satelit Iraq. Pada waktu itu aku berada di dekat As-Sufyani Saddam Hussein yang menolak saudara seagama, tanahair dan kehormatan orang arab, namun di sana aku mengetahui sesuatu yang sebelumnya aku tidak mengetahuinya bahawa dia zalim
!
Setelah itu aku tahu bahawa dia tidak akan menang, dan Allah SWT hanya akan mengutus untuk Saddam, orang yang lebih zalim darinya.
Benarlah firman Allah SWT:
Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi teman bagi sebagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan. (129)
Maha Benar Allah
(Al-An’am)
وكذلك تلقيت فتوى من الله عن طريق مُحمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[أن السفياني هو صدام حُسين ولا خير في صدام]
انتهت الرؤيا بالحق
Demikian juga aku telah menerima fatwa dari Allah SWT melalui Muhammad Rasulullah SAW:
[Sesungguhnya As-Sufyani adalah Saddam Hussein, tidak ada kebaikan pada Saddam]
selesai visi dari mimpi yang benar
وكذلك يُسمى السفياني لأن نسبه من قُريش من ذُرية معاوية إبن أبي سُفيان، وعلمت أنه لن ينتصر على أميركا وأمريكا أظلمُ من صدام ومن والاهم أظلمُ من صدام، وإنما ولّاه الله أظلمُ منه يُذيقونه سوء العذاب كما كان يُعذّب تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَكَذَٰلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضًا}
صدق الله العظيم
Demikian dia dinamakan As-Sufyani kerana nasabnya dari Quraisy, dari keturunan Mu’awiyah bin Abu Sufyan. Aku mengetahui bahawa dia tidak akan menang melawan Amerika beserta sekutu-sekutu Amerika yang lebih zalim dari Saddam.
Allah SWT hanyalah menjadikan bagi Saddam teman yang lebih zalim darinya, yang merasakan buruknya azab siksaan sebagaimana dia sekarang diazab.
Benarlah firman Allah SWT:
Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi teman bagi sebagian yang lain
Maha Benar Allah
وانهزم صدام ومن ثُمّ انقطعت أخباري عن أهلي وربعي وجميع من يعرفوني من بعد أن رأوني بالقناة الفضائية، ومن ثُمّ اعتقدوا بلا شك أو ريب أني قُتلت في حرب العراق ومن ثُمّ تفاجئوا أني لم أزل على قيد الحياة وبُشرى كُبرى لأهلي وربعي وجميع من يعرفني من بعد أن استيئسوا من نجاتي لأني ظهرت في القناة العراقية مرتين ومن ثُمّ انقطعت أخباري إلى بعد الحرب الأمريكية بالعدوان على العراق، ومن ثُمّ خرجت من العراق إلى سوريا دمشق لكي أتصل بوالدتي أطمئنها على سلامتي لأن أهلي وربعي قد علموا أني في العراق يوم شاهدوني على أحد القنوات الفضائية أتكلم من العراق، وحاولت العودة إلى العراق بكلِّ حيلةٍ ووسيلة ولكنهم منعونا السوريين في حدودها مع العراق وقالوا ممنوع الدخول للعراق إلّا من كان عراقي.!
Saddam telah dikalahkan, lalu khabarku terputus dari ahli keluarga, kerabat karib dan orang-orang yang mengenaliku setelah mereka menyaksikanku di Channel Satelit. Setelah itu mereka meyakini tanpa syak dan ragu lagi bahawa aku telah terbunuh dalam peperangan Iraq.
Beberapa lama kemudian mereka terkejut bahawasanya aku masih ada menjalani kehidupan, dan sebagai berita gembira yang besar buat ahli keluargaku, kerabat karib dan orang-orang yang mengenaliku setelah mereka berputus asa dari keselamatanku. Ini kerana aku telah muncul di Channel Satelit sebanyak dua kali lalu khabarku terputus hinggalah setelah perang Amerika dengan serangan ke atas Iraq.
Kemudian aku keluar dari Iraq menuju Syiria Damsyik agar aku dapat menghubungi ibuku untuk membuatnya tenang terhadap keselamatanku, kerana ahli keluargaku dan kerabat karib telah mengetahui bahawa aku berada di Iraq sewaktu mereka menyaksikanku di salah satu Channel Satelit aku berbicara dari Iraq.
Aku telah berusaha untuk kembali ke Iraq dengan berbagai helah dan cara namun mereka mencegah kami penduduk-penduduk Syiria di sempadan Syiria dan Iraq. Mereka melarang untuk masuk ke Iraq kecuali warga Iraq
!
وحاولت معهم ليلة كاملة فأبوا ومن ثُمّ رجعت إلى دمشق ومكثت فيها إلى ما شاء الله ومن ثُمّ سافرت اليمن واختفيت كذلك عن أهلي وربعي. والمهم لدي أني اتصلت بوالدتي من سوريا وطمنتها أني بخير ومن ثُمّ انقطعت أخباري عنهم، وسافرت اليمن واستمرت الغيبة الأُخرى واختفيت في صنعاء ولم أظهر لأهلي الذين يسكنوا في صنعاء ولا لأحد من ربعي ولا يعلم بعودتي أحد إلّا ثلاثةً ممن أعتمد عليهم لقضاء حوائجي ولا أمشي في الأسواق حتى لا يعرفني أحداً وقررت الاختفاء إلى أجلٍ مسمى حتى تنحل مشكلتي فأنا مُطالب تلك الأيام باثني عشر مليون ريال يمني بسبب خسارتي في تجارة السيارات وذلك سبب غيبتي الكُبرى والصغرى ومريت بظروف في الغيبتان والحمدُ لله، المهم تلك غيبتان قد مضت وانقضت وأنتم الآن في عصر الحوار من قبل الظهور يا معشر الشيعة الإثني عشر فاتقِ الله يا جعفر وكُن من الأنصار السابقين الأخيار، فأقسمُ لك بمن خلقني وخلقك أنك تستهزئ بالإمام المهدي الحق من ربك أخي في الله هداك الله وعفا الله عنك فإنك لا تعلم أني الإمام المهدي الحق من ربك ولو كنت تعلم أني الإمام المهدي الحق من ربك لكنت من الأخيار السابقين الأنصار ونِعم الرجل لو صدق بالحق..
Aku berusaha bersama-sama penduduk Syiria sepanjang malam namun mereka penjaga-penjaga sempadan menolak, lalu aku kembali ke Damsyik dan menetap di sana sampai waktu yang dikehendaki Allah. Setelah itu aku pergi ke Yaman dan bersembunyi dari ahli keluargaku dan kerabat karib tempat tinggalku.
Apa yang penting, aku telah menghubungi ibuku dari Syiria untuk membuatnya tenang dengan memberitahunya keadaanku baik-baik sahaja, kemudian khabarku terputus dari mereka dan aku pergi ke Yaman. Kehilanganku yang kedua berterusan, aku menyembunyikan diri di Sana’a dan tidak menampakkan diriku pada ahli keluargaku yang tinggal di Sana’a, dan tidak juga menunjukkan muka pada seorangpun dari kerabat karibku.
Tidak ada sesiapa yang mengetahui kepulanganku kecuali tiga orang andalanku bagi memenuhi keperluan-keperluanku, aku tidak berjalan di pasar-pasar agar tiada sesiapa yang mengenaliku. Aku membuat keputusan untuk bersembunyi sampailah pada waktu yang ditentukan hingga permasalahanku dapat diatasi. Aku dikehendaki pada waktu-waktu itu dengan 12 juta Riyal Yaman disebabkan kerugian dalam perniagaan kenderaan. Itulah penyebab kehilangan yang besar dan kecil yang aku alami dan aku telah melewati situasi serta kondisi sulit semasa terjadi dua kali kehilangan itu, syukurlah pada Allah - Alhamdulillah.
Apa yang penting, dua kali kehilangan itu telah berlalu pergi, sedang kalian sekarang ini berada di zaman hiwar sebelum zaman untuk muncul wahai sekalian Syi’ah Itsna ‘Asyara, bertakwalah kepada Allah wahai Ja’far (anggota forum), jadilah engkau dari kalangan para anshar pendahulu terpilih.
Aku bersumpah kepadamu demi Dzat yang menciptakan aku dan kamu, sesungguhnya engkau memperolok-olok dan mempermain-mainkan Imam Mahdi yang haq dari Tuhanmu wahai saudaraku di jalan Allah.
Semoga Allah menunjukimu dan memaafkanmu kerana sesungguhnya engkau tidak tahu bahawa aku adalah Imam Mahdi yang haq dari Tuhanmu, dan sekiranya engkau mengetahui bahawa aku adalah Imam Mahdi yang sesungguhnya, nescaya engkau termasuk kalangan terpilih dari pendahulu anshar. Merekalah sebaik-baik lelaki sekiranya mereka membenarkan dengan haq..
وسلامٌ على المُرسلين والحمدُ لله رب العالمين..
أخوك الإمام ناصر مُحمد اليماني
Salam ke atas para Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam
Saudaramu, Imam Nasser Mohammed Al-Yamani
_____________
https://mahdialumma.net/showthread.php?t=5234
اقتباس المشاركة 162549 من موضوع Ensiklopedia Soal Jawab Ringkas - Juz 1
اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..